DEFINISI
Malaria adalah merupakan infeksi yang berlaku pada sel darah merah manusia yang disebabkan oleh parasit Plasmodium.
Malaria dapat tersebar sama ada melalui gigitan nyamuk betina Anopheles (sebagai vektor) ataupun dengan melalui tranfusi darah yang terkontaminasi. Infeksi malarian ini sering berlaku di Negara-negara tropika. Pendatang daripada negara tropika ini yang berkemungkinan telah terinfeksi akan menyebabkan penularan wabak ke negara yang dikunjungi.
Terdapat 4 spesies parasit malaria yang menyebabkan jangkitan malaria adalah Plasmodium vivax, Plasmoduim ovale (ditemui di Afrika dan Pasifik barat), Plasmodium falsiparum (malaria tropika), dan Plasmodium malariae.
Kitar hidup parasit malaria bermula apabila seekor nyamuk betina Anophles mengigit manusia yang telah menghidap penyakit malaria. Nyamuk akan menghisap darah yang mengandungi parasit malaria peringkat mikrogametosit dan makrogametosit. Seterunya ia memasuki kelenjar liur nyamuk. Makrogametosit dan mikrogametosit malaria ini akan bersenyawa didalam lambung perut nyamuk dan akan matang daripada peringkat zigot ke ookinate dan membesar ke peringkat Oocyst. Oocyst ini akan matang dan pecah dan mengeluarkan sporozoit. Sporozoit akan bepindah ke kelenjar liur nyamuk. Apabila nyamuk ini kembali menggigit manusia, sporozoit ini akan memasuki sistem peredaran darah manusia dan memasuki hati untuk berkembang biak di dalamnya.
Gambarajah kitar hidup Plasmodium falciparum
Plasmodium vivax dan Plasmodium ovale akan berada di dalam sel hati dalam 1 tempoh masa (hipnozoit) dan secara periodic ia akan melepaskan parasit yang matang kedalam aliran darah sehingga menyebabkan gejala-gejala malaria.
Plasmodium falciparum dan plasmodium malariae akan keluar dari hati. Jika pesakit tidak dirawat, parasit Plasmodium falciparum ini akan kekal berada didalam aliran darah sehingga berbulan-bulan lamanya dan Plasmodium malariae pula akan berada di dalam aliran darah sehingga bertahun-tahun lamanya dan akan mengakibatkan gejala malaria yang berulang.
Gejala biasanya mulai timbul dalam tempoh masa 10-35 hari setelah sporozoit parasit masuk kedalam tubuh badan manusia daripada gigitan nyamuk..gejala awal adalah demam ringan yang hilang timbul, sakit kepala, sakit otot, dan menggigil diikuti dengan malaise. Kadangkala permulaan gejala adalah menggigil dan diikuti dengan demam. Malaria falciparum boleh megakibatkan serebral malaria dengan simptom demam 40°C, sakit kepala yang teruk, delirium. Ia boleh mengakibatkan kematian.
Bagi semua jenis malaria, bilangan sel darah putih adalah normal tetapi jumlah limfosit dan monosit meningkat. Jika tidak dirawat, ia akan mengakibatkan jaundis dan hepatomegali dan spleenomegali.
Black water fever adalah komplikasi malaria yang jarang berlaku. Demam ini berlaku akibat daripada pemecahan sejumlah sel darah merah. Sel yang pecah akan melepaskan hemoglobin kedalam aliran darah.Hemoglobin ini akan dibuang melalui urin dan urin akan kelihatan gelap.
GEJALA DAN POLA MALARIA
1. Plasmodium vivax dan Plasmodium ovale
Satu serangan yang dimulai dengan samar-samar menggigil, diikuti berpeluh dan demam yang hilang timbul. Dalam seminggu akan terbentuk pola yang khas dari serangan yang hilang timbul. Satu tempoh sakit kepala, tidak sedap badan diikuti dengan menggigil. Demam akan berlangsung selama 1-8 jam. Setelah demam reda, pesakit akan merasakan dirinya sihat sehingga dia merasa menggigil berikutnya. Bagi malaria daripada Plasmodium vivax serangan berikutnya cenderung terjadi setiap 48 jam.
2. Plasmodium falciparum
Satu serangan yang dimulai dengan menggigil. Suhu badan akan naik secara berperingkan dan kemudian ia tiba-tiba turun. Serangan boleh berlangsung selama 20-36 jam. Pesakit akan mengalami kesakitan yang lebih teruk berbanding penghidap malaria vivax. Diantara serangan (dalam selang waktu 36-72 jam) pesakit biasanya mengalami tidak Selesa badan dan mengalami demam ringan.
3. Plasmodium malariae
Serangannya menyerupai malaria vivax dengan selang waktu adatara 2 serangan adalah 72 jam.
PENDIAGNOSAN MAKMAL
Pendiagnosan adalah bedasarkan gejala.dimana terjadi serangan demam dan menggigil secara periodic tanpa penyebab yang jelas.
Pendiagnosan dilakukan dengan menggunakan specimen darah dan filem darah dilakukan. Pendiagnosan ini juga perlu dilakukan berulang kali kerana kadar parasit dalam darah bervariasi dari waktu ke waktu.
RAWATAN
Ubat malaria adalah bergantung kepada jenis parasit dan resistansi parasit tersebut kepada kloroquine. Ubat yang bisanya diberikan adalah kloroqkuin dan primakuin.
LANGKAH PENCEGAHAN
Orang yang tinggal disekitar kawasan yang mempunyai kes malaria artau disyaki sebagai kawasan malaria atau sesiapa yang akan pergi ke kawasan tersebut, hendaklah ;
· Hendaklah menggunakan repellent
· Memasang kawat nyamuk di pintu dan tingkap
· Memakai pakaian yang menutupi tubuh
· Terdapat juga ubatan yang boleh diminum untuk mencegah malaria selama berada dikawasan yang berisiko. Ubat ini boleh diminum seminggu sebelum melakukan perjalanan ke kawasan malaria dana diteruskan selama berada dan sebulan selepas di kawasan tersebut. Ubat yang sering digunakan adala klorokuin. Tetapi terdapat kawasan Plasmodium falciparum dimana nayamuknya telah resistan kepada klorokuin. Ubat lain yang boleh digunakan adalah meflokuin dan doksisiklin. Doksisiklin ini tidak boleh digunakan oleh kanak-kanak bawah 8 tahun dan wanita hamil.
(sumber: drp buku yg telah org translatekn guna google crome dgn bantuan kemahiran mnyusun smula ayat. x lah.. sumber sebenar drp buku Pengenalan Parasitologi Perubatan oleh Noor Hayati Mohd. Isa. Terbitan DBP 2006. Edisi pertama)
No comments:
Post a Comment