x terhitung salahku

Sunday 31 July 2011

1 Ramadhan 1432H

alhamdulillah..


harini, org masih dberi peluang tuk bernafas pd 1 ramadhan 1432H, igt solat, igt utk berpuasa..


org teringat kata2 ni,"ala sembahyang tu x kn lupe punye la walaupun tinggalkn"


pastikah x kan lupa?? atas jaminan siapa?


soalan org, knapa kita ni islam?


org teringat masa daurah kat KTMP (Kolej Teknologi Makmal Perubatan). (nota: tempat lain pun org biasa dengar, tp yg latest kat KTMP la).. seorg ukhti tnye pd akhwat yg ada, "mcm mna antum ni adalah islam, mksudnya skng ni mcm mna antum boleh jd seorang yg dikatakan islam?" ..org ada jugak kat kumpulan akhwat yg disoal tu.. ble ditanya, bnda biasa yg org buat... dgr, fikir,diam, dgr, fikir, diammmmm (^_^).. org dah ada jwpnya..sje jgk nk dgr jwpn drp akhwat2 yg ade ni.. 


"sbb mak ayah islam"
"sbb takdir ...lahir2 je dah jd islam"
"sbb setiap org kan mmg fitrah dia beragama islam"


org senyap je... 


akhirnya, ukhti yg menyampaikan daurah tu kata, "kita islam sebab syahadah bukan sbb mak ayah sahaja..bygkan mak ayah islam tp kita sendiri x pernah sekali pun seumur hidup mengucap syahadah.mcm mna tu?.. andainya mak ayah islam, tp kita terpisah drp mak ayah yg beragama islam, jd, mcm mna keadaan kita saat tu.islam kah? belum lg kan.. tp kita islam setelah kte mengucap 2 kalimah syahadah"


jd, islam kita sbb kalimah syadahah.. tp...mcm mna dgn hati ye??yg zahir tu selari ke dgn yg batin?

Muqaddimah

Mengucapkan dua kalimah syahadah merupakan rukun Islam yang pertama. Seorang kafir yang ingin memeluk Islam mestilah mengucapkannya. Ini kerana keimanan yang berada di hati tidak akan diketahui melainkan dizahirkan dengan ucapan. Namun, ucapan dua kalimah syahadah tanpa keimanan di hati, tidaklah menjadikan seseorang itu Islam di sisi Allah SWT.

Lafaz Dua Kalimah Syahadah
أَشْهَدُ أَنْ لاَّ إِلهَ إِلاَّ اللهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُوْلُ اللهِ.
Aku bersaksi bahawa tiada tuhan (yang sebenar) melainkan Allah, dan aku juga bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu adalah utusan Allah (Rasulullah).

Maksud Dua Kalimah Syahadah
Syahadah yang pertama bermaksud meyakini bahawa tiada Tuhan yang sebenar melainkan Allah SWT. Dialah yang berhak disembah, dan segala yang disembah selain Allah adalah salah dan palsu. Syahadah pertama menafikan segala apa yang disembah selain Allah dan juga menetapkan bahawa ibadah atau penyembahan hanya layak untuk Allah SWT. Syahadah kedua bererti mengakui kerasulan Nabi Muhammad dan menerima segala ajaran baginda, kerana baginda adalah utusan Allah kepada manusia.

Syarat Sah Syahadah “La ilaha illallah”
Seseorang yang mengucapkan syahadah, tidak akan sempurna syahadahnya melainkan dengan syarat-syarat berikut:-
1- Ilmu (Mengetahui dan memahami makna syahadah itu)
2- Yakin dengan apa yang difahami itu.
3- Menerima kandungan kalimah syahadah itu dengan hati dan lidah.
4- Patuh dengan maknanya dan tidak melakukan perkara yang membatalkannya.
5- Membenarkan hati dengan apa yang disebutkan lidah
6- Ikhlaskan syahadah hanya kepada Allah dan menjauhkan kesyirikan.
7- Mencintai segala tuntutan dan ajaran kalimah syahadah itu.
8- Menolak segala yang bertentangan dengan tuntutan syahadah.

Syarat Pertama: Ilmu ( Mengetahui Dan Memahami)
Seorang yang bersyahadah mestilah mengetahui dan memahami makna kalimah syahadah itu, samada nafi (penafian kepada sebarang sembahan selain Allah) atau isbat (meyakini hanya Allah yang layak dianggap sebagai tuhan). Dia mestilah memahami apa ajaran yang tersirat di sebalik syahadah tersebut. Firman Allah SWT:

فَاعْلَمْ أَنَّهُ لا إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ
Ertinya: “Maka ketahuilah, bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah”. Surah Muhammad: 19. 

Usman bin Affan menyatakan bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
مَنْ مَاتَ وَهُوَ يَعْلَمُ أَنَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ دَخَلَ الْجَنَّةَ.
Ertinya: “Sesiapa yang mati, sedangkan dia mengetahui bahawa tiada tuhan melainkan Allah, maka dia akan masuk syurga”. Hadis riwayat Muslim.

Syarat kedua: Yakin
Pengetahuan dan kefahaman yang ada tadi mestilah diyakininya seratus peratus, tanpa sebarang keraguan dan syak. Ini kerana aqidah yang disertakan dengan keraguan bukanlah aqidah yang sebenar dan ia tertolak. Firman Allah SWT:

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أُولَئِكَ هُمُ الصَّادِقُونَ
Ertinya: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang (berjihad) dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar”. Surah al-Hujurat: 15.

Abu Hurairah r.a. menyatakan bahawa Nabi s.a.w. memberikan kepadanya dua kasut baginda dan bersabda:
فَمَنْ لَقِيْتَ مِنْ وَرَاءَ هَذَا الْحَائِطِ يَشْهَدُ أَنْ لاَّ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ مَسْتَيْقِنًا بِهَا قَلْبُهُ، فَبَشِّرْهُ بِالْجَنَّةِ
Ertinya: “Sesiapa sahaja yang kamu jumpa di belakang kebun ini, yang menyaksikan bahawa tiada tuhan melainkan Allah, dengan hati yang penuh yakin, maka gembirakanlah dia dengan (ganjaran) syurga”. Hadis riwayat Muslim.

Syarat Ketiga: Terima
Ilmu dan keyakinan tadi tidak lengkap tanpa menerima apa sahaja kandungan ajaran kalimah ini dengan hati dan lidahnya. Janganlah dia menyombongkan diri dengan menolak sebahagian ajaran “La ilha illallah”. Firman Allah SWT:

إِنَّهُمْ كَانُوا إِذَا قِيلَ لَهُمْ لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ يَسْتَكْبِرُونَ
Ertinya: “Sesungguhnya mereka dahulu apabila dikatakan kepada mereka: "Laa ilaaha illallah" (Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah) mereka menyombongkan diri”. Surah as-Sofat: 35.
Orang yang memahami dan meyakini bahawa Islam adalah agama yang benar, namun menolaknya, maka ia adalah orang yang kafir.

Syarat Keempat: Patuh
Kepatuhan atau penyerahan diri yang sempurna terhadap tuntutan syahadah, dan meninggalkan segala yang membatalkan syahadah juga merupakan pelengkap kepada syarat sah syahadah. Orang yang bersyahadah sekali-kali tidak boleh melakukan perkara yang boleh membatalkan syahadahnya. Firman Allah SWT:

وَمَنْ يُسْلِمْ وَجْهَهُ إِلَى اللَّهِ وَهُوَ مُحْسِنٌ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى وَإِلَى اللَّهِ عَاقِبَةُ الأُمُورِ
Ertinya: “Dan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (patuh), sedang dia adalah orang yang muhsin, (beraqidah dan melakukan amalan dengan penuh keikhlasan), maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan tali yang kukuh (“La ilaha illallah”)”. Surah Luqman: 22.

Ini bukanlah bererti orang yang melakukan maksiat itu terbatal syahadahnya, namun ia mengurangkan keimanannya. Dan jika dia tidak patuh, sehingga melakukan apa yang boleh membatalkan syahadahnya, maka keimanannya sudah tidak berguna lagi, bahkan syahadahnya tertolak dan tidak diterima, sehinggalah dia kembali bertaubat (dengan bersyahadah, patuh dan menyempurnakan keseluruhan syarat syahadah).

Syarat Kelima: Benar
Syahadah menuntut supaya benar ucapan lidah dengan keyakinan di hati. Orang yang mengucapkan syahadah di lidah, tetapi kosong daripada keimanan di hati adalah orang kafir munafiq. Firman Allah SWT:

وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَقُولُ آمَنَّا بِاللَّهِ وَبِالْيَوْمِ الآخِرِ وَمَا هُمْ بِمُؤْمِنِينَ (8) يُخَادِعُونَ اللَّهَ وَالَّذِينَ آمَنُوا وَمَا يَخْدَعُونَ إِلاَّ أَنْفُسَهُمْ وَمَا يَشْعُرُونَ
Ertinya: “Di kalangan manusia ada yang mengatakan: "Kami beriman kepada Allah dan hari akhirat," pada hal mereka itu sesungguhnya bukan orang-orang yang beriman. Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya menipu diri sendiri, sedang mereka tidak sedar”. Surah al-Baqarah: 8-9.

Kerana inilah Rasulullah s.a.w. bersabda sebagaimana yang diceritakan oleh Muaz bin Jabal r.a.:
مَا مِنْ أَحَدٍ يَشْهَدُ أَنْ لاَّ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُولُ اللهِ صِدْقًا مِنْ قَلْبِهِ إِلاَّ حَرَّمَهُ اللهُ عَلَى النَّارِ.
Ertinya: “Sesiapa sahaja yang bersaksi dengan benar dari hatinya bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhamad itu Rasulullah (pesuruh Allah), maka Allah akan haramkannya daripada Neraka”. Riwayat Bukhari dan Muslim.
Syarat Keenam: Ikhlas (Bersih Daripada Syirik)
Orang yang bersyahadah perlu mengikhlaskan ibadah dan perhambaan hanya kepada Allah. Dia perlu membersihkan dirinya daripada sebarang syirik, kerana ia akan membatalkan syahadahnya. Bahkan amalan yang dilakukan juga perlu bersih daripada riak dan mencari nama dan kemegahan, supaya ibadahnya diterima Allah. Firman Allah SWT:

وَمَا أُمِرُوا إِلاَّ لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ
Ertinya: “Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepadaNya dalam (menjalankan) agama yang lurus”. Surah al-Bayyinah: 5.

Itban bin Malik meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda:

فَإِنَّ اللهَ قَدْ حَرَّمَ عَلَى النَّارِ مَنْ قَالَ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ يَبْتَغِيْ بِذَلِكَ وَجْهَ اللهِ.
Ertinya: “Sesungguhnya Allah telah haramkan api neraka kepada sesiapa yang mengucapkan (La ilaha illallah) “Tiada tuhan melainkan Allah”, dengan tujuan mencari keredhaan Allah”. Hadis riwayat Bukhari.

Syarat Ketujuh: Cinta Dan Sayang
Kesemua syarat yang lepas tidak akan sempurna tanpa kecintaan kepada Allah SWT dan juga ajaranNya. Firman Allah SWT

وَالَّذِينَ آمَنُوا أَشَدُّ حُبًّا لِلَّهِ
Ertinya: “Dan orang-orang yang beriman sangat-sangat mencintai Allah (melebihi segala-galanya)”. Surah al-Baqarah: 165.

Dan tanda kecintaan kepada Allah ialah mencintai apa yang dicintai Allah dan membenci apa yang dibenci Allah. Orang yang mencintai Allah dengan sendirinya akan mentaati Allah dan meninggalkan laranganNya. Dia akan menyokong orang yang menyokong ajaran Allah dan membenci orang yang membenci dan menafikan ajaran Allah, walau sesiapa pun. Kerana inilah asas keimanan yang paling penting ialah kecintaan kepada Allah. Dan orang yang membenci Allah SWT dan ajaranNya adalah orang yang kafir murtad, dan terbatal segala amalannya. Firman Allah SWT:

وَالَّذِينَ كَفَرُوا فَتَعْسًا لَهُمْ وَأَضَلَّ أَعْمَالَهُمْ (8) ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ كَرِهُوا مَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأَحْبَطَ أَعْمَالَهُمْ
Ertinya: “Dan orang-orang yang kafir, maka kecelakaanlah bagi mereka dan Allah menyesatkan amalan-amalan mereka. Yang demikian itu adalah kerana sesungguhnya mereka benci kepada apa yang diturunkan oleh Allah (Al Quran), lalu Allah menghapuskan (pahala-pahala) amalan-amalan mereka.” . Surah Muhammad: 8-9.
Syarat Kelapan: Menolak Segala Yang Bertentangan Dengan Syahadah
Di samping semua perkara tadi, syahadah tidak akan sempurna melainkan setelah ditolak segala sembahan selain Allah dan segala ajaran selain Allah. Ini kerana syahadah yang pertama ini bukan sahaja bererti mengisbatkan ketuhanan Allah SWT, tetapi juga menafikan ketuhanan kepada selain Allah, kepatuhan yang mutlak kepada selain Allah dan menafikan segala ajaran dan hukum selain Allah.
Orang yang mengakui ketuhanan Allah SWT dan menyembahNya, tetapi menyembah juga perkara lain selain Allah adalah orang yang kafir. Firman Allah SWT:
Firman Allah SWT:

فَمَنْ يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِنْ بِاللَّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى لاَ انْفِصَامَ لَهَا وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
Ertinya: “Maka sesiapa yang mengkufuri Thaghut (syaitan dan apa saja yang disembah selain dari Allah s.w.t.) dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kukuh yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”. Surah al-Baqarah: 259.

FirmanNya lagi:
وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولاً أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ
Ertinya: “Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul pada setiap umat (untuk menyerukan): "Sembahlah Allah (sahaja), dan jauhilah Thaghut ". Surah an-Nahl: 36.

Rasulullah s.a.w. juga bersabda:

مَنْ قَالَ لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله وَكَفَرَ بِمَا يُعْبَدُ مِنْ دُونِ اللهِ حَرُمَ مَالُهُ وَدَمُهُ، وَحِسَابُهُ عَلَى اللهِ.
Ertinya: “Sesiapa yang menyatakan bahawa tiada tuhan melainkan Allah, dan mengkufuri apa sahaja yang disembah selain Allah, maka terpeliharalah harta dan darahnya. Dan perhitungan (yang sebenar terserah) kepada Allah”. Hadis riwayat Muslim. 

Firman Allah SWT:
وَلا يَأْمُرَكُمْ أَنْ تَتَّخِذُوا الْمَلائِكَةَ وَالنَّبِيِّينَ أَرْبَابًا أَيَأْمُرُكُمْ بِالْكُفْرِ بَعْدَ إِذْ أَنْتُمْ مُسْلِمُونَ
Ertinya: “Dan (tidak wajar pula bagi seorang Rasul) menyuruhmu menjadikan malaikat dan para nabi sebagai tuhan. Apakah (patut) dia menyuruhmu kufur (kafir) sesudah kamu (menganut agama) Islam?"”. Surah Ali Imran: 80. 

FirmanNya lagi:
اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ وَالْمَسِيحَ بْنَ مَرْيَمَ وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا إِلَهًا وَاحِدًا لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ سُبْحَانَهُ عَمَّا يُشْرِكُونَ
Ertinya: “Mereka menjadikan orang-orang alim dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah dan (juga mereka mempertuhankan) Al-Masih putera Maryam, padahal mereka tidak disuruh melainkan menyembah tuhan yang Esa, tidak ada tuhan selain Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan”. Surah at-Taubah: 31.

Dan orang yang mengaku beriman, namun masih menerima selain hukum Islam sebenarnya orang yang kurang yakin dengan Islam dan akidahnya tertolak. Begitu juga orang yang mengaku beriman, tetapi masih menerima selain ajaran Allah dan tidak menganggapnya sesat, maka dia sebenarnya adalah orang yang kafir.

أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ يَزْعُمُونَ أَنَّهُمْ آمَنُوا بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ يُرِيدُونَ أَنْ يَتَحَاكَمُوا إِلَى الطَّاغُوتِ وَقَدْ أُمِرُوا أَنْ يَكْفُرُوا بِهِ وَيُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَنْ يُضِلَّهُمْ ضَلالا بَعِيدًا (60) وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ تَعَالَوْا إِلَى مَا أَنْزَلَ اللَّهُ وَإِلَى الرَّسُولِ رَأَيْتَ الْمُنَافِقِينَ يَصُدُّونَ عَنْكَ صُدُودًا ((61
Ertinya: “Adakah kamu tidak melihat orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan sebelum kamu ? (Padahal) mereka hendak berhakim kepada thaghut, sedangkan mereka telah diperintah mengingkari thaghut itu. dan syaitan (pula) ingin menyesatkan mereka (dengan) kesesatan yang sejauh-jauhnya. Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah kamu (tunduk) kepada hukum yang telah diturunkan Allah dan kepada hukum Rasul", nescaya kamu lihat orang-orang munafik menghalangi (manusia) dengan sekuat-kuatnya dari (mendekati) kamu”. Surah an-Nisa’: 60-61.

أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ حُكْمًا لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ
Ertinya: “Apakah hukum Jahiliyah yang mereka mahu, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?”. Surah al-Maidah: 50.

Syarat Tambahan Tentang Syahadah Kenabian
Syahadah yang kedua mengandungi pengiktirafan bahawa Nabi Muhamad adalah hamba pilihan Allah dan merupakan Rasul iaitu utusan Allah kepada manusia untuk menyampaikan ajaran Allah SWT. Syahadah kedua tidak lengkap melainkan dengan:
1- Mengiktiraf dan meyakini kerasulan Nabi Muhammad
2- Melafazkan pengiktirafan tersebut dengan lidah
3- Mengikuti baginda dengan mengamalkan kebenaran yang dibawanya dan meninggalkan kebatilan yang dilarang oleh baginda.
4- Membenarkan segala ajaran baginda
5- Mempercayai segala perkara ghaib yang dibawa oleh baginda
6- Mencintai baginda melebihi segalanya, termasuk diri sendiri, anak isteri & ibu bapa.
7- Mendahulukan ajaran baginda berbanding ajaran orang lain dan mengamalkan sunnah baginda.

Kelebihan Dua Kalimah Syahadah
Tidak ada satu kalimah yang lebih hebat daripada mengaku ketuhanan Allah SWT dan kenabian Nabi Muhammad s.a.w. Bahkan inilah asas pertama yang membezakan antara Islam dan kufur. Orang yang enggan mengakuinya merupakan penderhaka yang memilih jalan ke neraka. Ubadah bin as-Somit r.a. meyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

مَنْ شَهِدَ أَنْ لاَّ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُوْلُ اللهِ، حَرَّمَ اللهُ عَلَيْهِ النَّارَ. رَوَاهُ مُسْلِم.
Ertinya: “Sesiapa yang bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah, maka Allah akan mengharamkannya daripada neraka”. Riwayat Muslim.

Asas Agama Islam
Berdasarkan dua kalimah syahadah, asas agama Islam ialah:-
1- Jangan disembah melainkan Allah. ( Difaham daripada syahadah pertama)
2-Jangan menyembahNya melainkan dengan cara yang ditentukanNya. Iaitu melalui perantaraan Rasulullah s.a.w. (Difaham daripada syahadah kedua)

Disediakan Oleh: Tuan Mohd Sapuan Tuan Ismail, Masjid Taman Al-Barakah, Tasek Pauh,16810, Selising, Pasir Puteh, Kelantan

nota: org nk ceritakan tentang ramadhan sebenarnya, tp tiba2 tangan org laju tuk menaip tentang syahadah..xpela, tp persoalan org yg ada skng: dimana syahadah kita itu???? salam ramadhan org ucapkan pd semua, semoga mulai bulan ramadhan ni dan seterusnya kite dapat sucikan hati dan sentiasa diberikan taufik dah hidayah drNYA.

info:kefardhuan puasa dibulan Ramadhan telah difardhukan pada tahun kelapan hijrah, dan Rasulullah SAW telah berpuasa bulan Ramadhan sebanyak 9 tahun dan wafat selepasnya

Sunday 24 July 2011

khabar dari seseorang tentang seseorg

xtau dr mana utk bermula

dimana org
dimana mereka

apa khabar mereka
bila khabar itu penting antara org dan dia

balkis!
balkis!
balkis!
sangat marah tdhp diri sendiri

ifa
azani
apa khabar kamu

maaf
x mampu tuk org brkonsi perasaan org masa ni

semoga Allah beri kesihatan pd kalian

ifa
azani
kalian permata agama
diri ini x seberhaga kalian
diri ini x sekuat kalian
kalian berdua lebih kuat daripada ini

lebih kuat!!
lebih kuat!!
lebih kuat!!

teruskan dgn kekuatan yg kalian ada
malah jdlah lebih kuat daripada yg kalian ada
setiap ujian jdkan kalian lebih kuat
walaupun zahirnya
seolah-olah ia adalah kelemahan yg dtg

nota : "umi sufi..dia ada sakit jantung", seorg adik yg beritahu pd org.. Ya Allah berilah kesihatan pd nur latifah ahmad zaidi dia permata agama ini.

begitu juga..
ya Allah berilah kesihata pd siti nur azani azizan. dia juga permata agamaMu.

amin ...amin..amin ya rab

Thursday 21 July 2011

remove facebook virus


 Face Book Anda hilang sesetengah fungsi?




 Recently, there are new facebook virus that attacks alot of Facebook users... It is spreading via Facebook's IM (Instant Messaging a.k.a. chatbox), and it is started like this :

"Hi. How are you?"
you repiles...
"Wanna laugh?"
you replies...
"Is it you on the video? want to see?"
And it will send you a LINK and DO NOT click the link!!!

What? you already clicked it?
Dont worry, this is the solution...

If your computer automatically turned off and then it will start in safe mode, dont worry...

Just follow this step...


1 : Click "Start" button


 2 : Search : msconfig

3 : Run it and it will be like this :


4 : Click on the "Boot" tab and if you are really "infected", it should be like this :

5 : Untick "Safe boot" until you see this :


6 : Click "OK" and then restart your PC...and its done!!!





Wednesday 20 July 2011

jantung..jantung..dan jantung..

jujurnye...

org agak bosan bila ditanya tentang jantung dan operation jantung.

tp org lain berhak nk tahu utk kbaikan diri diorg..spy diorg lbh berhati2 tuk jga jantung.

kalaulah diorg tahu apa rasanya operation jantung tu sakit mcm mna

kesakitan x boleh dikongsi.tp luahan rasa je yg boleh dikongsi..itu pun org x dpt nk ekpresi dgn baik.. xpela.skurang2nya, diorg x takut tuk operate jantung.

Friday 15 July 2011

kematian

hari ni


sekali lg, kematian tu dtg dkt dgn org.. terlalu dekat..


blood agar plate, was found alpha lysis streptococcus and beta lysis streptococcus
mac conkey was found klebsiella pneumonia


esk, senior man lab mikrobiologi HPSF akn buatkan ujian sensi (sensitiviti) antibiotik utk org... nk dtg makmal, nk tgk pkembangan plate org tp x dpt sbb ada hal kat JB. lamanya nk tunggu hari isnin tuk tau antibiotik yg sesuai. skng ni org asymptomatic. mmg mslh ble g klinik. sbb doctr xkn pcaya..

"kak kis, kak kis bwk plate bwk g jumpa doctor kak kis."

"haha..mariam.. mslhnye, ade doctr yg x reti baca koloni bakteria"




drp result, org mgkn akn cbe g ospital kjaan . klu xde pape tindakn, org akn ke ospital swasta...nmpknye kna tangguhla utk beli treadmill.

Wednesday 13 July 2011

sentuhan lelaki dan perempuan

"rileks la.. pakai glove.. bukannye x blapik", kata sorang pelatih lelaki pd pelatih perempuan yg dia sentuh dengan sengaja

"rileks??pegang glove pun..ade lapik kononnye... tp ade hadnye sentuh lelaki dgn perempuan..buka suke2, bila2 mase!!", marah pelatih perempuan.

tulah...
baru org perasan...
rupanya, masih ramai yg anggap lelaki dgn perempuan boleh bersentuhan dgn syarat berlapik (untuk yg kurang jelas, x berlapik maknanya kulit lelaki dan perempuan x bersentuhan secara direct)

yeke..
lelaki dgn perempuan boleh pegang tangan(bersentuhan) asalkan berlapik?

maknanya,
perempuan pakai baju..pakai seluar..lelaki boleh sentuh la?
kan berlapik...

so,
pastikan jelas tentang sentuhan lelaki dan perempuan

Siti Aisyah r.a ada berkata: “…demi Allah, tidak pernah Rasulullah s.a.w menyentuh tangan seorang perempuan lain yang bukan mahramnya, hanya baginda membai’ah mereka dengan percakapan.” (Riwayat Imam Ahmad)

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya jika kepala seseorang dari kamu ditikam dengan jarum besi, itu lebih baik baginya daripada menyentuh seorang perempuan yang tidak halal baginya.”

jd, jelas tentang persentuhan badan antara lelaki dan perempuan bukan mahram adalah dilarang keras Allah s.w.t.

nota:  Pergaulan antara lelaki dan wanita di tempat kerja sudah menjadi satu fenomena biasa pada hari ini, dan tergolong dalam kategori “umum al-balwa” (bahaya dosa yang sukar dielakkan). Namun begitu tidak semua jenis percampuran dan pergaulan lelaki dan wanita di tempat kerja itu jatuh dalam kategori haram. Jika pergaulan itu dapat dikawal sebaiknya, dosa masih boleh dielakkan. Apa yang penting, semua aspek komunikasi yang meningkatkan syahwat, menggoda, mendedahkan aurat, pandangan nafsu dan sentuhan adalah antara faktor dosa yang boleh berlaku di tempat kerja.

Sunday 3 July 2011

orang dan politik

thn ni umo org 23thn...

duk umah, minda org akan dikembangkan dgn minda politik..(mgkn dlm fb akan slalu nmpk org post ttg politik)

secara jujurnya, mse org sklh menengah rendah.. mse tingkatan 3 dalam subjek sejarah dan bahasa melayu (2 org cikgu) terlibat jugak dlm mengecas minda org supaya berfikir tentang politik...seorang tu pnyokong dan seorg plak NGO yg x setuju dgn mana2 parti politik (pd org mgkn dia pembangkang tp dia berkias dlm berikan pendidikan politik utk bdk sekolah).org ok je.. terima seadanya.. balik umah xde plak mengadu kat mak abah ttg hal cikgu berpolitik kat sklh...ok je.. org dpt tgk dan dpt tahu sesuatu drp apa yg diorg cakap dan org dpt bandingkan..tp, ada seorg ckgu tu mnybbkn org mngadu kat mak.. teruk!taksub sgt dgn politik, smpi pelajar tertelan paku tekan pun dia buat x tau. pe punye ckgu yg bpolitik nih.. aishhh..

tingkatan 4 & , x de dh berpolitik dlm sklh.. tp ble masuk tingkatan6, mula la semula pendidikan minda politik ni pd diri org... normal je tuk bdk tingkaan 6 sbb bljr bg subjek pengajian am.

klu nk tau mse org form 3, pnh tfkir tuk amik corse sains politik..

dan kebetulan 2 ari lpas, org ada chat dgn seorg kwn lama.. dia tnye org, "smbung study kat mna.. kat UPSI jgk ke?"

jwpn org, "tgk lah CGPA dpt bape"
mgkn jgk org akn ambil corse yg bkaitan dgn politik ...

k. dh cukup la.. nk g iron uniform, lab coat, cari stokin, hand sock,hah.. buku nota, buku laporan amali..buku log... lg 1, nk belajar bwk moto abah..esk dh mule praktikal..

nota: org ni kdg2 selalunye ble dgr pape ceramah ke.. kuliah ke.. org jenis x bg respond sgt..sbb org lbh suke dgr ..mmg amik mse tuk bfikir dulu..mgn sehari lpastu, sminggu lpastu atau sbln lpastu.. bru org dpt msgnye.

lmbt xpe asalkn dpt..