x terhitung salahku

Wednesday 30 March 2011

Kenapa aku diuji

KENAPA AKU DIUJI

QURAN MENJAWAB :
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
(Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAMKAN

QURAN MENJAWAB :
"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah Al-Baqarah ayat 216)

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB :
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(Surah Al-Baqarah ayat 286)

KENAPA RASA FRUSTASI?

QURAN MENJAWAB :
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
(Surah Al-Imran ayat 139)

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB :
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
(Surah Al-Baqarah ayat : 45)

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB :
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... "
(Surah At-Taubah ayat : 111)

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB :
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
(Surah At-Taubah ayat 129)

AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB :
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
(Surah Yusuf ayat 12)

Monday 28 March 2011

kalaulah...


Adakah???
Apakah???
Adakah aku mampu
Apakah aku mampu

Ya Allah
Mampu kah aku
Sediakah aku untuk menerimanya kali ini
Adakah aku akan diuji dgn kesakitan stelah perginya satu kesakitan.
Ya Allah
Mampukah aku
Lemahnya diri ini
Kalaulah aku mampu untuk bertahan, maka ujilah aku
Kalaulah aku tidak mampu untuk bertahan, jgnlah Kau uji aku dgn kesakitan ya Allah
Kalaulah kekuatan ku lahir dgn kesakitan
Biarlah kesakitan ini benar-benar mnjadikan aku kuat
Kalaulah kesakitan ini mendekatkn diriku kepadaMU
Biarlah kesakitan ini benar-benar mendekatkn diriku pdMU selamanya
Kalaulah aku masih diuji dgn kesakitan
janganlah diriku jauh dari MU
janganlah diriku jauh dari rahmatMU

Ya Allah
Aku lemah ya Allah
Kau sahaja yg Maha mengetahui apakah kekuatanku
Kau sahaja yg Maha mengetahui dimana kekuatanku
 ya Allah,
kalau lah Kau sebenar-benarnya hendak mengujiku dgn kesakitan
jgnlah aku lemah dgn ujianMu ini
janganlah aku lemah
janganlah aku lemah

ya Allah
kalaulah aku teruji
sesungguhnya, ibubapaku turut teruji
sesungguhnya adk beradikku turut teruji
ya Allah
kuatkn mereka
kuatkn aku
tabahkan mereka
tabahkan aku

kalaulah ini ketetapan dariMU
biarlah selamanya aku redha
biarlah selamanya ibubapaku redha
biarlah org yg berada disampingku redha.

nota : mak, “akak g cek” ..org, “xnk la mak.nanti dulu la ea.. nt kalau org g skng, org x g kelas.”..Mak, “akak rasa sakit x skang”…Org, “x.” (maaf mak sbb org menipu.org xnk mak risau).. ttbe air mata org mngalir.
Mak jangan risau, org akn selalu senyum utk mak mcm yg mak pernah ceritakan mimpi mak tentang org, mse org bmalam kat ICU, “mak mimpi akak senyum ngn suka sgt mse kat ICU tu mcm dah btul2 sihat”…insyaAllah org akn sihat sepenuhnya .akan tiba saat tu.org yakin.

Saturday 26 March 2011

aktif, hyperaktif, pasif


Sabtu di bilik
Plan arini tuk jumpa ifa n kkwn2..
Smntara tunggu ifa, org duk bilik. Ingatan insyaAllah makin pulih
1 per 1 dtg smle.
InsyaAllah
Alhamdulillah
Allah huakbar dia yg menetapkn sgala sesuatu klu itu terbaik utk org igt, biarlah org igt smula pkara lpas.klu x baik utk org ingat smoga Allah x dtgkn ingatn tu utk org.
Ttbe org teringat
En Idrus ckgu matematik S&T org mse f6 kata,  “balkis, dia x nakal..dia aktif.. hyperaktif”
En idrus ckp mcm tu ble kwn sekelas mengadu org menganggu dia mse kat dlm kelas. “en Idrus, tgk balkis dia nakal dia kacau org study”
Tkejut gk org mse tu ble dia ngadu.mcm bdk sklh rndah jek..org pndang arina ahmad dia sme jugak nakal mcm org. kami pelik sbb mcm budak2 mngadu.( Pdhal org mcm bdk2 jgk kacau org)Tp, dlm kelas, biasa je diorg kata org nakal.ckgu2 lain pun ada jugak yg kata org nakal.
Tmasuk dpt gelaran ‘noty girl’ drp ckgu muet.
ckgu pengajian am pulak. Slalu je geleng kepala tgk org menganggu org lain. Kata2 dia yg salaunya, “awk ni kan balkis..aiya..” (ckgu pengajian am,bukan ckgu bahasa melayu)
Tp 1 je. Diorg tetap happy walau pun org ganggu diorg.(happy ke?pndaoi je org kata.yela.. ble org gnaggu je diorg x marah tp ketawa..so, happy la kn.) Sje je ganggu diorg sbb nk ilangkn stress science stream.dan org slalu minta maaf kat diorg ble mngacau diorg.(harap diorg btul2 maafkn org).
Persoalan: knapa org ceritankn semua ni?
Sje je sbb ari sbtu skng ni kat kolej akan wat axtivi kokurikulum tuk bg peluang pelatih kumpul creadit hour.stiap pelatih kementerian kesihatan perlu kumpul 64 jam creadit hour selama tempoh 3 thn student kat kolej kementerian.so, drp hari tu dorg sibuk dgn aktiviti explorace. Hari ni pun ada aktiviti xplorace. Mggu yg dulu kat tsk titiwangsa.n kali ni kat kolej. Mcm best je.tp org x dpt join. Jd, terasa diri btul2 berehat n pasif tu yg teringat apa yg blaku mse form 6 sbb org seorg yg aktif smpi dpt ‘gelaran’
Tp.. (ada lg tapi).. tp.. org ok je.ada bnda lain org bole buat.. I like.
Nota: sy perlu sentiasa ‘keep on moving’ spy jantung x lemah..dan sy prlu ‘keep on moving’ spy roh sy x lemah juga..sy nk ‘keep on moving’ fi mardhatilla.

 hope zaman nakal jahiliah berakhir sudah

Saturday 19 March 2011

x ready



Naik sem ni ..
Org jd lain
Msa mula sem, mood mmg nk lonely.trasa x nk bkawan sgt ats factor nk elakkn pgerakan yg lasak2 trutama x nk berlanggar dgn sesiapa dan apa2 tkut pcantuman sternum x cantik.
Bcakap dgn kwn2 pun x langsung n kalau ada pun kurang. sbb?? Memang nk kurangkn rasa sakit dada mse bcakap terutama kat diaphragm (bnyk ckp,bnyk bernafas. Diaphragm akn workhard). slain tu, org lupa dh nama classmate.so, senyap je la.
Masuk bulan ke 2 kat kolej
Masih lg terasa x nk bkawan. Tkut lg dgn bergerakan yg kasar2..dada still rasa sakit. Plg utama, Out off topic. X tahu k ck papa dgn diorg. Kalau dulu, selalunya dgn kwn2 org bnyk main2 n gurau. Sekarang, terasa x nk main dan bergurau.lg pun kalau  main2 dan bergurau  nt tersalah pergerakan abisla.. nk guraukn ttg apa pn org dh x tahu.
Masuk bulan k3
Org cuba baiki hubungn dgn kwn2..tp still xde topic utk diperbualkn.. tuk kwn2 x kira la ex-classmate,ex-schoolmate (pape yg ex la), classmate, dan org lain yg mengenali diri maaf sgt2 sbb x bcakap, x tegur… org x ready lg… harap beri masa pd org tuk baiki diri.
Nota: ttg kwn2 @ pe yg blaku, org msih bnyk yg org x dpt nk scan lg ttg  yg lpas2. Nk kata sedih sebab lupa? X la. Org x sedih sbb tahu org ni beruntung..sedih sbb ukhwah yg org tinggalkn tu ye.
p/s : ukhwah itu penting.manfaat dengan apa yg dicakap penting. org nk bcakap nk smpaikn yg bermanfaat , tp trasa x dpt nk menyampaikn sst yg bermanfaat tu sbb ble org bcakap, akan tersilap cakap.. sedihnya dgn berdiam..

Friday 11 March 2011

Pesanan ibrahim adham

ibrahim bin adham berkata:hai orang orang basrah sesungguhnya hati kamu semua telah mati dalam sepuluh perkara,maka bagaimana doa kamu akan diperkenankan ?

1.kamu telah mengenal allah,akan tetapi kamu tidak menunaikan haknya.
2.kamu mengaku mencintai rasulullah,tetapi kamu meninggalkan sunnahnya.
3.kamu telah membaca al-quran tetapi kamu tidak mengamalkanya.
4.kamu mengakui memusuhi syaitan,tetapi mematuhi dan menyetujuinya.
5.kamu mengaku ingin masuk surga tetapi kamu tidak berbuat untuk menuju kesana.
6.kamu mengaku ingin selamat dari neraka,tetapi kamu campakkan diri kamu sendiri kedalamnya.
7.kamu mengatakan bahwa mati adalah benar,tetapi kamu tidak bersiap-sip menghadapinya.
8.kamu sibuk memikirkan cela saudara-saudara kamu sehingga kamu tidak mengenal cela dirimu sendiri.
9.kamu
kamu setiap hari memakan rezeki Allah, tapi lupa mensyukuri nikmat-Nya
10.kamu telah menguburkan orang yang mati diantara kamu,tetapi kamu tidak mengambil ikhtibar dari mereka.





SIAPA IBRAHIM ADHAM?
Ibrahim bin Adham atau nama asalnya ialah Abu Ishak Ibrahim bin Adham dilahirkan daripada keluarga bangsawan Arab yang kaya raya. Beliau terkenal sebagai seorang raja Balkh yang sangat luas wilayah kekuasaannya. Ke mana saja pergi, beliau akan diiringi empat puluh bilah pedang emas dan empat batang tongkat kebesaran emas diusung di depan dan belakangnya. Nama beliau berada dalam tinta sejarah daripada seorang raja yang masyhur kepada ahli sufi yang terkenal.

Bermulanya perubahan kehidupan Ibrahim bin Adham apabila pada suatu malam ketika baginda tertidur di bilik istananya, langit-langit di biliknya bergerak seolah-olah ada seseorang yang sedang berjalan di atas atap. Ibrahim terjaga dan berseru: “Siapakah itu?”

“Saya adalah seorang sahabat, untaku hilang, aku sedang mencarinya di atas atap ini.” Terdengar sahutan dari atas.

“Bodoh, tidak ada orang mencari unta di atas atap!” Ibrahim menengkingnya.

“Wahai manusia yang lalai, apakah engkau hendak mencari Allah Subhanahu wata’ala dengan berpakaian sutera dan tidur di alas tilam emas?” Jawab suara itu penuh simbolik.

Kata-kata ini sangat menggetarkan hati Ibrahim. Ia sangat gelisah dan tidak dapat meneruskan tidurnya sehingga pagi. Seperti kebiasaannya, di sebelah siang Ibrahim berada di atas singgahsananya untuk mendengar pengaduan dan masalah rakyat jelata. Tetapi hari itu keadaannya berlainan, dirinya gelisah dan banyak termenung.

Para menteri, pembesar istana dan rakyat yang hadir merasa hairan melihat perubahan yang terjadi dengan tiba-tiba kepada raja mereka.

Tiba-tiba masuk seorang lelaki berwajah menakutkan ke dalam ruangan perjumpaan itu. Tidak seorangpun di antara askar dan pengawal istana yang berani menanyakan sesuatu dan menghalangnya masuk. Kejadian berlaku begitu pantas, semua lidah menjadi kelu. Lelaki itu melangkah ke depan Ibrahim Adham.
“Apakah yang engkau inginkan daripada aku?” Tanya Ibrahim.
“Aku baru sahaja sampai, bagilah aku rehat dulu”, jawab lelaki itu.
“Ini bukan tempat persinggahan kafilah. Ini istanaku. Lagak engkau seperti orang gila saja!” Ibrahim menengking.
“Siapa pemilik sebenar istana ini sebelum engkau?” Tanya lelaki itu.
“Ayahku!” Jawab Ibrahim pendek.
“Sebelum ayahmu?” 
“Datukku!”
“Sebelum dia?”
“Datuk kepada datuk-datukku!”
“Ke manakah mereka sekarang ini?“ Tanya lelaki itu.
“Mereka telah meninggalkan dunia ini”, jawab Ibrahim.
“Jika demikian, tidakkah ini sebuah persinggahan yang diduduki oleh seseorang kemudian ditinggalkannya dan diganti oleh yang lain pula?” Kata lelaki itu.

Tersentak juga hati Ibrahim mendengar kata-kata lelaki itu. Belum sempat Ibrahim menjawab, lelaki itu mengundur ke belakang dan tiba-tiba ghaib di tengah orang ramai. Banyak para alim ulama membuat tafsiran sesungguhnya lelaki itu adalah Nabi Khidhir ‘Alaihissalam yang sengaja datang mengetuk hati raja Ibrahim bin Adham yang semakin lalai dengan tipu daya dunia.

Kegelisahan Ibrahim semakin menjadi-jadi sejak kejadian tersebut. Ia dihantui oleh bayangan dan suara lelaki itu sejak peristiwa di istananya. Akhirnya kerana tidak tahan lagi Ibrahim memerintah pengawalnya: “Persiapkan kudaku yang terbaik! Aku hendak pergi berburu. Ya, Allah! Bilakah semua ini akan berakhir?”

Ibrahim bin Adham dan rombongan terus merentasi padang pasir yang luas saujana mata memandangnya. Baginda memacu kudanya begitu laju sehingga akhirnya terpisah dengan rombongan tersebut. Dalam mencari jalan keluar baginda terlihat seekor rusa. Tiba-tiba Ibrahim ghairah hendak memburu rusa itu. Belum sempat berbuat apa-apa rusa itu berkata kepadanya: “Wahai manusia yang lalai, aku disuruh oleh Allah Subhanahu wata’ala memburumu. Engkau tidak dapat menangkapku. Bertaubatlah, untuk inikah engkau diciptakanNya?”

Ibrahim yang di dalam ketakutan itu tiba-tiba terkejut dengan kata-kata itu. Baginda langsung tidak terfikir selama ini untuk apa baginda dicipta ke dunia. Sekarang keyakinan serta keimanannya telah tertanam di dalam dadanya. Seluruh pakaian dan tubuh kudanya basah oleh cucuran air mata penyesalannya selama ini. Dengan sepenuh hati Ibrahim bertaubat kepada Allah Subhanahu wata’ala. Dalam keadaan panas terik itu, baginda meninggalkan kudanya dengan berjalan kaki yang akhirnya baginda bertemu dengan seorang penggembala yang sedang menjaga sekumpulan kambing-kambingnya.

Tiba-tiba Ibrahim meminta keizinan untuk menyerahkan bajunya yang bersulam emas serta topinya yang bertatahkan batu-batu permata yang sangat mahal harganya. Sebaliknya baginda mengenakan pakaian dan topi gembala itu yang diperbuat daripada kulit dan bulu kambing. Gembala kambing itu melihat kelakuan Ibrahim itu dengan penuh kehairanan. Semua malaikat menyaksikan perbuatan Ibrahim itu dengan penuh kekaguman sehingga salah satu malaikat berkata: “Lihat, betapa megahnya kerajaan yang diterima putera Adham sebelum ini, akhirnya telah mencampakkan pakaian dunia yang kotor dan menggantinya dengan jubah kesedaran.”

Dengan berjalan kaki Ibrahim mengembara merentasi gunung dan menyusuri padang pasir yang luas sambil menginsafi dosa-dosa yang pernah dilakukannya. Akhirnya sampailah baginda di sebuah gua. Ibrahim yang dulunya seorang raja yang hebat akhirnya menyendiri dan berkhalwat di dalam gua selama sembilan tahun. Selama di dalam gua itulah Ibrahim betul-betul mengabdikan dirinya kepada Allah Subhanahu wata’ala. Setiap hari Khamis baginda ke pekan bernama Nishapun untuk menjual kayu api. Setelah sembahyang Jumaat baginda pergi membeli roti dengan wang yang diperolehinya. Roti itu separuh diberikan kepada pengemis dan separuh lagi untuk berbuka puasa. Demikianlah yang dilakukannya setiap minggu.

Akhirnya baginda mengambil keputusan keluar dari gua tersebut untuk merantau lagi merentasi padang pasir yang terbentang luas itu. Baginda tidak tahu lagi ke mana hendak ditujui. Setiap kali baginda berhenti di sebuah perkampungan, baginda kumpulkan orang-orang setempat untuk memberitahu betapa kebesaran Allah terhadap hambaNya dan azab yang akan diterima oleh sesiapa yang mengingkarinya. Justeru itu banyaklah orang yang akrab dengannya dan ada yang menjadi muridnya. Baginda mengharungi padang pasir itu empat belas tahun lamanya. Selama itu pula baginda berdoa dan merendahkan dirinya serta tawaddhu’ kepada Allah Subhanahu wata’ala. Nama Ibrahim pula mula disebut-sebut orang; dari seorang raja berubah menjadi seorang ahli sufi yang merendah diri.

Pernah dalam perjalanannya baginda diuji. Disebabkan kewara’an baginda itu ada seorang kaya datang menemuinya untuk mengambil tabarruk ke atas baginda dengan memberi wang yang sangat banyak kepada Ibrahim. “Terimalah wang ini, semoga berkah”, katanya kepada Ibrahim.

“Aku tidak mahu menerima sesuatupun daripada pengemis”, jawab Ibrahim.

“Tetapi aku adalah seorang yang kaya”, pintas orang kaya orang itu.

“Apakah engkau masih menginginkan kekayaan yang lebih besar daripada apa yang telah engkau miliki sekarang ini?” tanya Ibrahim.

“Ya, kenapa tidak?” Jawabnya ringkas.

“Simpanlah wang ini kembali, bagi aku, engkau adalah ketua para pengemis di sini. Bahkan engkau bukan seorang pengemis lagi tetapi seorang yang sangat miskin dan meminta-minta.” Tegur Ibrahim.

Kata-kata Ibrahim itu membuatkan orang kaya itu tersentak seketika. Penolakan pemberiannya oleh Ibrahim disertai dengan kata-kata yang sinis lagi pedas itu turut meninggalkan kesan yang mendalam kepada dirinya. Dengan peristiwa tersebut orang kaya itu bersyukur kepada Allah kerana pertemuan dengan Ibrahim itu membuatkan dirinya sedar akan tipu daya dunia ini. Beliau lalai dengan nafsu yang tidak pernah cukup daripada apa yang perolehinya selama ini.

Suatu ketika sedang Ibrahim bin Adham menjahit jubah buruknya di tepi sungai Tirgis baginda ditanya oleh sahabatnya: “Engkau telah meninggalkan kemewahan kerajaan yang besar. Tetapi apakah yang engkau telah perolehi sebagai imbalannya?”

Disebabkan soalan yang tidak disangka-sangka itu keluar dari mulut sahabatnya sendiri maka dengan tiba-tiba jarum di tangannya terjatuh ke dalam sungai itu.

Sambil menunjukkan jarinya ke sungai itu Ibrahim berkata, “Kembalikanlah jarumku!”

Tiba-tiba seribu ekor ikan mendongakkan kepalanya ke permukaan air. Masing-masing ikan itu membawa sebatang jarum emas di mulutnya.

Ibrahim berkata: “Aku inginkan jarumku sendiri.”

Seekor ikan kecil yang lemah datang menghantarkan jarum besi kepunyaan Ibrahim di mulutnya.

“Jarum ini adalah salah satu di antara imbalan-imbalan yang ku perolehi, kerana meninggalkan kerajaan Balkh. Sedangkan yang lainnya belum tentu untuk kita, semoga engkau mengerti.” Kata Ibrahim Adham dengan penuh kiasan.

Begitulah kehidupan seorang raja Balkh yang bernama Ibrahim bin Adham yang luas pemerintahannya dan hidup di dalam kemewahan, tetapi akhirnya berkelana menjadi ahli sufi yang terkenal. Baginda menemui Allah Subhanahu wata’ala pada tahun 165H/782M di negeri Persia. Taubat Ibrahim itu merupakan sebuah kisah yang sangat unik bagi umat Islam yang merintis kehidupan yang penuh dengan tipu daya di dunia ini. Wallahu ‘alam.

Dipetik dari Tazkirat al-Aulia karangan Farid ad-Din Attar, Mukhtashar ar-Raudah ar-Rauyyahin Fi Manaqib as-Salihin karangan Abu Mazaya al-Hafiz.

Tentang helikopter control



 “kak kis, nanti beli helicopter beso”
“hah..bole.pakai duet pais”
“pakai duet kak kis la”

Sebelum balik cuti thn baru cina yg lepas, abah ajak org g masjid jamek tuk beli kain pelikat sbb nk hadiahkan pd imam masjid jamek sg abong.
Dlm jejalan  kat area masjid jamek, ada 1 booth tu dia jual mainan kawalan jauh.korang mesti perasankn, booth sky hobby(yes org igt nma dia.alhamdulillah).klu x prasan, perhatikan lah nt.org tertarik dgn booth tu.trasa nk masuk.dan teringat, dlu abang pernah ckp kat pais, klu dia dpt 5A utk UPSR abg belikn helicopter control.tp pais x dpt 5A.jd, x dpt la(6 thn lepas.skng ni pais dh abis SPM pun)
Jd, org trasa nk bli kn helicopter control utk dia.lg pun mse org sakit kat umh dan mak bkrja, dia yg jaga org.walaupun ble igt smle agk klakar.
Ptama..Time mkn, dia ambilkn bubur dan ikan haruan.utk pengetahuan korng.ikan haruan tu mak masak tak dibuang sisik(sbb khasiatnya pd kulit haruan tu.klu buang sisik, khasiat mgkn akn hilang bsama sisik).jd, mesti dgn susah payahnya pais asingkn sisik dan isi haruan tu.Ada msanya, org x dpt nk suap mknn sendiri wlaupun dgn gunakan sudu(bkn mngada, tp tgn org x dpt nk diangkat lbih2 sbb dada org akan terbuka dan mmg sakit sgt).jd, pais yg suapkn. Yg kelakarnye, ish.. x patut betul ble pais penuhkn sudu tu dgn bubur(banyak sgt. Nk bukak mulut luas2 sakit.nk kunyah pun x larat..).
Kedua.. org x dpt bangun drp baring.jd, org prlukn pertolongan drp org lain tuk bangun drp baring.mula2 org mntak tlg drp pais, ade ke patut dia nk tarik tangan org tuk bangun.mna bole.renggang semula la sternum org klu ditarik mcm tu..Dia x de pngalaman jga org sakit.org sndiri pn x tau pn nk jaga org sakit.
Ketiga, teringat ble pais tanya mak. “Mak knapa kak kis ngadap kiblat”.
Tu je la..
Pas bli kain pelikat, org ajak abah singgah booth Sky Hobby tu. Org tgk2 helicopter yg ade kat situ.
“bah, org nk bli helicopter la.nk bg pd pais. Dulu dia nak helicopter.pastu abg kte klu dia dpt 5A, abg belikn.tp pais x dpt pun 5A.ni org nk blikn la tuk dia”
“x pyh la akak bli.akak simpan duet akak”
“xpe..murah je”
“dia bukan reti main pun”
“xpe. Nt dh biasa reti je”
Org perhatikn helikoter2 yg ade kat situ.ish.org bukannya reti bab helicopter control ni.mne 1 nak bli,org pun x tau.
Ada jugak terdetik dlm hati. Trasa mcm xde faedah je blikn mainan utk pais. Mcm x mengimprovekn iman je.xde bg pape kbaikan je dlm islam.bnyk yg kontra bbnding pro.lg1 membazir je.klu guna duet tuk bntu org lain atau salurkan kat tmpt yg lbh bmnfaat lg bagus.
Org tgkpPlg murah org tgk rm50.kedua murah rm70.
Yg murah, rm50 3.0 channel .. dan yg rm70 3.5 channel.. pe plak channel nih?jd, org pn tnya tokey kedai.
“apa beza 3.0 dgn 3.5 channel ni kn”
“owh.. 3.0 ni bole terbang atas bawah je.3.5 tu dia boleh pusing.kiri, kanan.bole ke  dpn belakang”, tokey kedai ckp
“o..”
So, org ambil kputusan tuk bli yg rm70. Skali lg timbul dlm fikiran org.lbh baik belikan pais buku drp helicopter. Tp… pais bukannya minat baca buku. Lg1, nk belikn buku apa ye.majalah solusi yg org beli dan tinggalkn kat umah pun x pernah pulak org nmpk dia selak2 dan bace2 ke..mgkn jugak dia baca mse org xde kat umah kot..wallah hu ‘alam.harap2 dia dan yg lain2 ada la yg baca majalah solusi tu.
Org masih x dpt cari apa kebaikan org belikn helicopter tu utk pais. Tp, org ttp nk beli krn Allah. Bukan tuk bg sst yg buatkn dia enjoy.tp helicopter control, enjoy la tu balkis…nth.. xpe.. dh niat nk hadiahkn, org mesti belikn utk pais n still krn Allah.hope Allah tunjukkn kebaikn n beri manfaat pd pais.
Org hantar msg pd pais.org tnye sme ada dia nk helicopter control @ x. mne tau kn dia x nk.sbb boring je helicopter control ni. Org tunggu dlm 15 minit.dia x reply.
Keputusan muktamad, org blikn je la helicopter tu utk pais.
Ble tgk2 lg helikopter2 yg ade kat kedai tu, terasa mcm x ok plak yg harga rm70 ni.. org ternampak yg rm100 lebih.. ternampak juga rm 200lebih. Terdetik dlm hati. Alang2 nk beli, beli yg mahal terus la.
“nak beli yg mana ni abah?”
“akak, x pyh beli yg mahal2 sgt”
“x mhl mana rasenya rm200 tu.sbb dh alang2 beli”
Dilemma lg… nk beli yg mahal @ murah ni… org fikir..then, muktamad org beli yg murah je rm70. Sbbnya? Pertama, pais x reti main lg.x reti nk control.confirm terjatuh dan langgar dinding.silap2 langgar kipas angin.n silap2 juga hancur helicopter tu.mmbazir rm100 @200 lebih.
Dah sampai hostel baru receive sms drp pais.dia kata dia nak helicopter control tu.
So, cuti thn baru cina org bawa balik umah helicopter tu.
Time cuti, abg pn ade kat umah. Dia dpt cuti.Pastu abg cakap, “eh, helicopter control.org  baru nk beli”
Owh abg nk beli jugak rupenya.
Beberapa hari kemudian, ada komponen helicopter tu yg tercabut dan hilang.jenuh mencari.ish, mmg x jumpa rasanya sbb kecik je komponennya. Pais sampai menyapu rumah tuk cari komponen helicopter tu.org pun tlg cari gk.tp org cari ala kadar je. Mls.. dh nak hilang nk wat cmne. So, betul la apayg org jangkakn..helikopter tu akan berlanggar dgn barang2 yg ada kat rumah dan akan rosak. Pais dgn bersungguh2 mncari komponen helicopter tu.tp x jumpa.
Dan mse tu mmg nmpk la pais appreciate helicopter yg org bg walaupun murah je.walaupun dia main agak ganas, tp nmpk dia mnjaga helicopter tu. Nk marah mse dia main ganas2, x patut rasenye.mmg susah pun nk control.klu org sndiri, org pn x reti nk control helicopter tu. “klu rosak pn biar la.t,org blikn yg lain”,org ckp kat pais.
“main jela.. klu rosak, tgk la nt org blikn yg baru.org x bli yg mahal sbb tau nt rosak pais mule main”
Abis cuti thn baru cina, org pun bawa balik helicopter tu ke KL sbb nk kna bawa g servis tuk ganti komponen yg ilang.
Org bawa g servis, dan tokey kedai x cas pn kat org..alhamdulillah.save bajet.
Mak datang ujung minggu tuk melawat org(setiap ujung minggu mak dtg kl tuk tgk keadaan org dsbbkn org x sesuai tu balik kg setiap minggu ats factor nk kurangkn penat).mak balik muar, dia  bawa balik helicopter tu.
Beberapa hari kemudian mse org col mak, skali lg, “akak helicopter rosak”..agak dah. Kali ni kipas helicopter rosak terlanggar kipas angin dan sayap patah. “Xpe la mak,nt btulkan”,org ckp kat mak. “mse mak abah dtg amik org tuk cuti midsem bawa la.nt, g repair”
So, mse mak ngn abah dtg amik org, pais ikut sekali. Dan kami g sky hobby booth kat masjid jamek tu tuk repair sayap..pais pun tgk2 helikopter yg ade kat situ.dan dia terpandang helikoter control yg gunakan minyak.dia minat kat helicopter tu.tgk harga rm 2+++ dan 3+++.
“kak kis.. nk beli yg ni la”
Org mls nk lyn.org diam je.org nk ckp “pais main nt jatuh.. hancur bekecai, wat mmbazir je.baik simpan beli moto ke.. kereta ke..rumah ke..helikoter utk mainan watpe”tp x ckp mls nk kluarkn suara so org ckp dlm hati je la ni.org pandang je helicopter minyak tu smbil pais bcakap dgn org
Tetiba, x pyh org ckp pais dh ckp sendiri
“peh kak kis yg ni klu org main tjatuh mcm mna ek?”
“hancur…” dgn muka sje je org ckp
Pd helicopter tu tertulis 6.0 channel
“channel 6.0 ni apa ek?”pais tnye org
“6.0 tu dia boleh terbang terbalik, kipas kat sblh bwh” org jwb.ceh tau2 je org ni. Org tau sbb nmpk gmbr pd kotak helicopter yg lain.btul la tu.org kdai diam je.btul la tu.
“yg kak kis beli utk org ni bape channel?”
“3.5..bole depan belakang atas bawah je”
“ea”balas pais
Kami sume diam smbil tgk helicopter yg direpair
“tula kan kak kis.kena main yg kecik dulu baru boleh main helicopter yg beso.dh pandai main helicopter kecik baru bole main helicopter beso”
Dlm hati org.. yesssss..alhamdulillah..pais dpt blajar sesuatu drp helikoter yg org belikn utk dia.x mmbazir pun walaupun belikan mainan utk seseorg.yg penting niat krn Allah dan dgn harapan Allah akan berikn sesuatu pd org tu dgn apa yg kita hadiahkan tu. Walaupun pd mulanya trasa mcm xde faedah.tp yakin la segala sesuatu tu mmg ada faedahnya.
pengajaran yg pais dpt lpas hampir sebulan org belikan helicopter control tu utk dia adalah  ‘Sesuatu perkara yg kecil tu dpt melatih diri utk mengadapi perkara yg lbh besar’.lg 1, org nmpk pais menghargai pe yg org blikn..

hah, tuk repair kali ke 2 tu.. tokey kedai Cuma cas rm2 tuk tukar sayap n kaki helicopter tu.murah kan?alhamdulillah.save lg sakli bajet org..
nota: pais minta org utk blikan dia helicopter yg besar.hakikatnya, org x kn blikan.. cukup la yg kecik tu.lg 1, skng pais nk beli xbox plak.. “kak kis, blikn xbox la”..wahh.. ehem.. tggu nt org kaweh dgn bank Negara. … pd org ttg mainan xbox, Org x kn blikn utk pais.tp org MUNGKIN akan belikn dia wii.. persoalannya, knapa wii? Jawapannya: sbb mainan wii ni melibatkn pergerakan badan yg banyak. Berbeza dgn xbox yg hanya duduk dpn tv. Permasalah yg plg besar xbox dan wii adalah, waktu solat.. so, org xkn belikn utk pais smpila dia bole solat awl waktu.sbb tu org tekankn MUNGKIN.(wii ni MUNGKIN org akn blikn 5-6 thn akn dtg)