x terhitung salahku

Saturday, 25 June 2011

tudung vs hujan





arini org nk share cerita ttg tudung vs hujan


abis exam, sblm bmulanya cuti sem sbln dan plus g praktikal selama setahun.. org dgn kwn2 g la bjalan kat KL.. x la jln mna pun. g Maju Junction(MJ), sogo ngn kwsn sekitar tu je pun.


ditetapkan, mse kte org nk balik.. hujan pun turun. nk kata lebat x la lebat tp bukan gerimis.sedang2 je.


lmbat betul bas rapid @ metro ni. ada 2 bas yg bole bhenti kat bus stop medan slera kg baru tu. klu rapid U4 dgn lg 1 rapid pe nth lupa.kalau nak naik metro plak, metro16.


tunggu dan terus tunggu bas smpi ..ujan pun x reda..


dlm 15 minit lpas tu bas smpi.
panjang queue (Q) kali ni.dtambah dgn ujan. ish, payung org x bwh plak... klu x beratur, confirm kna bdiri @ x pun, silap2 kna tggu bas selepasnye.


plg org x suke, ble ade yg potong Q..ish..tp mmg la kan..bile time ujan terdesak , time tu la kte akn nmpk identiti msing2... ptgkn diri@ setia kawan @ tolak ansur @ degil pun ada jgk ..


kwn2 org stkt ni smuanya setia kwn ngn tolak ansur dan degil tu ada dlm diri diorg.. 


tp kli ni.. nk x nk org brutur je la dlm ujan. kwn2 lain pun bratur dlm ujan. pyung, diorg pun x bwk.


time tgh bratur, eh... ada sorg akak ni tetibe je bdiri sblh org...
dpn orgada sorg je lg tuk naik bas,  faizah (roomate org) ..lpas dia naik bas, turn org la naik...sbnrnya, kaki org dh pun pijak tangga pintu bas tu.. tggu faizah naik, org pun naik la.


tp faizah x dpt naik cpt2 sbb ada org kat dlm tgh Q tuk byr tambang. guna kad rapid cepat la. tp ada yg byr cash tu yg jd lambat.guna kad, scan je.(rapid skng dh canggih guna kad je, tp tuk certain org, guna kad tu untung.. tp tuk certai org, guna kad tu sbnrnya lbh merugikan. dlm kad rapid org skng ada baki rm 3 lbih (ala rm3 lbh je apa nk kisah kn tul x?-utk kata2 org kaya.. kalau rm3 lbh tu utk sst yg org nmpk org gunakan, org x kisah tp ni burn rm 3 lbh, duet tu baik org guna isi minyak motor. harga minyak melambung skng. x yh kluar brita dh .tg2 esk mse isi minyak, "eh, dh naik lg harga minyak?").. baki dlm kad kat mne nk guna? kat muar mne ada rapid...aish.. membazir..3 bln lpas tarikh topup kad, kad tu expired klu x ditopup.. kalaulah kad rapid tu dpt guna tuk naik LRT, awal2 lg abis dah org gunakan sblm balik ke muar stahun...pe nk wat apa yg tertulis pd kad tu ttg boleh guna tuk LRT hnyalah gambar semata. .. sbnrnya mmg akan dtg boleh digunakan utk LRT.tp itu cerita akan dtg stahun akan dtg?2 thn akan dtg?10 thn akan dtg? @ tunggun pun mmg x dtg2?..entahla.., x yh lah ltak gmbr LRT tu skng kan.. ada lg gmbr lain - KTM, PARKING, FASTFOOD,DINING, 24 HOUR STORE, MOVIE, SHOPPING,PETROL, MEDICAL HEALTHCARE.. semua ni x pyh dletakkan spatutnya dan lg 1 gambar, TOLL tp gmbr ni dipalangkan.maksudnya ket tol je x leh guna kad ni dan yg ni org setuju dia diletakkan....)


KAD RABBIT dgn simbol kat mne kad ni boleh dan x digunakan


k.. balik cerita asal


dlm nak naik tu, akak yg potong Q boleh plak..


"bg org yg x pakai tudung dulu naik la. yg pakai tudung x pe naik lambat"
"nt kena ujan sakit kepala plak ni"

"awak pakai tudung, xpela naik lambat" sambil dia pandang org.


rasa2nye apa tindakan org?org kat sblh dia je..


...
...
...
...


jwpnnya, 


org senyum je kat dia.. 


nmpknya bdn org dgn kaki yg sblh dh ada tekanan tuk naik bas dan tgn sblh dh pegang besi penghalang pd pintu pun melangkahkan kaki lg satu tuk naik bas... maaf ye akak.. sy naik dulu.


dlm hati org, . wah diskriminasi ke apa ni?


dah sekian... 


p/s : moralnya ..  fikirlah..


tp org nk highlight .. tutup lah aurat (nada slow, bukan org marah @ dgn nada tinggi). ada sbb Allah suruh kte tutup aurat kan syg.. 

nota : sila baca artikel dibawah.yg  org petik drp link aurat wanita muslimah menurut syarak

Aurat Wanita dalam Hayaatul ‘Am (Kehidupan Umum/Public Life) 
Yang dimaksudkan dengan hayaatul ‘am adalah keadaan di mana wanita itu berada di luar dari kawasan rumahnya di mana mereka bercampur dengan masyarakat. Pakaian wanita dalam kehidupan umum iaitu di luar rumahnya terdiri dari dua jenis iaitu

(a) libas asfal (baju bawah) yang disebut dengan jilbab, dan
(b) libas ‘ala (baju atas) iaitu khimar (tudung).

Dengan dua pakaian inilah seseorang wanita itu boleh berada dalam kehidupan umum seperti di jalanan, di pasar-pasar, pasar raya, kampus, taman-taman, dewan orang ramai dan seumpamanya. Dalil wajib memakai jilbab bagi wanita adalah berdasarkan firman Allah,

Wahai Nabi! katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin, ‘Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya.” [TMQ Al-Ahzab (33):59].

Oleh sebab Al-Quran adalah berbahasa Arab, dan perkataan “jilbab” itu adalah perkataan Arab, maka kita hendaklah memahami apakah yang dimaksudkan “jilbab” di dalam bahasa Arab. Dengan kata lain, kita hendaklah memahami dan mengikuti apakah yang orang Arab faham bila disebut jilbab. Maka inilah pakaian yang diperintahkan oleh Allah kepada perempuan. Di samping itu, perincian tentang pakaian ini telah pun dijelaskan di dalam banyak hadis sahih yang wajib diikuti oleh setiap orang.

Jadi, apakah makna jilbab itu? Selain dari melihat sendiri kepada nas-nas hadis tentang pakaian yang dipakai Muslimah semasa zaman Rasulullah, kita juga boleh merujuk kepada banyak kamus Arab untuk mengetahui makna “jilbab”. Dalam kitab Al-Mu’jam Al-Wasith karya Dr. Ibrahim Anis [Kaherah: Darul Maarif ms 128], jilbab diertikan sebagai ats-tsaubul musytamil ala al-jasadi kullihi (pakaian yang menutupi seluruh tubuh), atau ma fauqa ats-tsiyab kal milhafah (pakaian luar yang dikenakan di atas pakaian rumah, seperti milhafah (seperti jubah), atau al-mula’ah asy-tamilu biha al-mar’ah (pakaian luar yang digunakan untuk menutupi seluruh tubuh wanita).

Berdasarkan pengertian ini, jelaslah bahawa yang diwajibkan ke atas wanita adalah mengenakan pakaian yang satu (sekeping) yang lurus dari atas hinggalah ke bawah, yakni hingga ke mata kaki. Maksud milhafah/mula’ah (Arab) adalah pakaian yang dikenakan sebagai pakaian luar [di dalamnya masih ada pakaian dalam (pakaian rumah) atau pakaian sehari-hari tetapi bukan hanya coli dan seluar dalam] lalu diulurkan ke bawah hingga menutupi kedua mata kakinya. Untuk pakaian atas, wanita disyariatkan/diwajibkan memakai “khimar” iaitu tudung atau apa sahaja bahan/kain yang serupa dengannya yang berfungsi menutupi seluruh kepala, leher, dan lubang leher baju di dada.

Dalil mengenai wajibnya mengenakan pakaian bahagian atas (khimar/tudung) adalah Firman Allah,

Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka” [TMQ An-Nur (24):31].

Pakaian jenis ini (jilbab dan khimar) wajib dipakai oleh seorang Muslimah (yang telah baligh) apabila hendak keluar menuju ke pasar-pasar atau berjalan melalui jalanan umum. Setelah memakai kedua jenis pakaian ini (jilbab dan khimar) maka barulah dibolehkan baginya keluar dari rumahnya menuju ke kehidupan am tanpa sebarang dosa. Jika tidak, maka dia tidak boleh (haram) keluar dari rumah kerana perintah yang menyangkut kedua jenis pakaian ini datang dalam bentuk yang umum, dan tetap dalam keumumannya dalam semua keadaan. Mana-mana wanita yang telah baligh dan melanggar ketetapan Allah ini, maka berdosalah mereka dan layak mendapat seksa Allah di akhirat nanti.  








No comments:

Post a Comment