x terhitung salahku

Tuesday, 22 November 2011

sampai suatu masa.........

samapai suatu masa
kamu dilahirkan
tnpa mengetahui apa2 pun


sesungguhnya
sentiasa ada Allah bersamamu
memerhatikanku


sampai suatu masa
kamu memulakn nafas
dari nafas pertama hingga terakhir
dari nafasmu tnpa sedar setiap detik
sehinggalah kepada nafasmu dgn bantuan mesin bantuan pernafasan
disitulah ada Allah bersamamu
disetiap helaan nafas


samapi suatu masa
kamu menangis
setiap tangisanmu
Allah mengetahuinya
dimulai dgn tangisan pertama hinggalah ke tangisan penghujung nyawamu
dgn titisan air mata atau tanpa air mata atau dgn air mata hipokrit sekalipun
sesungguhnya
sentiasa ada Allah memerhatikanmu


samapi suatu masa,
tanpa disedari
Allah menghadirkan rasa sayang dalam dirimu
kamu mulai menyayangi
menyayangi ibu ayah
menyayangi adik beradik
menyayangi sahabat
sehinggalah kamu menemui insan yg kamu rasakan dialah bakal suami/isterimu
kamu kenal apa itu sayang
kamu yakin dgn kasih sayang
dan suatu masa
kamu akan berputus asa dgn kasih sayang
terasa tiada siapa yg menyayangimu kembali
setelah kamu terasa sungguh letih menyayangi
sesungguhnya
akan sentiasa ada Allah bersamamu


sampai suatu masa,
terasa diri bersendirian
sesungguhnya
akan sentiasa ada Allah bersamamu


sampai suatu masa
dirimu sungguh bahagia
dan sampai satu masa dirimu cukup derita tanpa apa yg kamu rasakan itulah bahagia
sesungguhnya
akan sentiasa ada Allah bersamamu


samapi suatu masa
terasa diri dipinggirkan
kamu mencari dimana dirimu
kamu mencari siapakah dirimu
kamu mencari apakah halatujuanmu
sedangkan tanpa kamu sedari kamu sebenarnya dalam pencarian akidahmu
kamu terjumpa tarikan bg mu
disko
club
pub
karok (atau karaoke)
kamu mencari keseronokan
kamu rasa puas dgn keseronokan
malah kamu berasa x cukup dgn keseronokan yg kamu nikmati
dan kamu tersesat ke arah yg tidak sepatutnya
itukah yg kamu cari






sesungguhnya
akan sentiasa ada Allah bersamamu


sampai suatu masa
terasa tiada bantuan
sesungguhnya
akan sentiasa ada Allah bersamamu


samapi suatu masa
terasa masalah disepanjang perjalanan
sesungguhnya
akan sentiasa ada Allah bersamamu


sampai satu masa
kamu akan lupa dimana Allah sedangkan Allah memerhatikanmu


igt Allah





nota : post ni x siap lg... akan disiapkan...


Buat Insan Yang Diuji



Share
Oleh: shi_xunia Editor: niahani 

Ya Allah, dunia yang Engkau hamparkan ini indah, tetapi durinya sering menusuk. Nikmat yang Kau berikan takkan dapat untukku menghitungnya. Tetapi ya Allah, hambaMu ini sering alpa dan lena 
dek buaian mimpi yang tak sudah. Ya Allah, ujian yang Engkau berikan terasa begitu memeritkan, kadangkala ianya menguji kesabaran dan keimananku yang terkadang nipis, senipis kulit bawang. Ya Allah, jika ini ujian yang pantas untukku lalui, bantulah aku. Agar aku tidak tersasar dari jalanMu. Agar aku bisa bersyukur dengan ujianMu ini ya Allah.Buat insan yang diuji, bersabarlah, sesungguhnya Allah bersama-sama kamu. Percayalah, Allah mendengar segala tangisan dan kesedihanmu itu. Ingatlah ujian Allah ini bukan satu penyiksaan, tetapi hakikatnya engkaulah insan yang terpilih. Engkaulah insan yang layak menerima rahmat dan keredhaanNya, sekiranya engkau sabar dan redha. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 214:








Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).


Terimalah takdir yang telah ditetapkan Allah untukmu wahai insan. Terimalah dengan hati yang terbuka, berlapang dadalah kamu dengan segala ketentuanNya. Kerana pasti akan ada kemanisan disebalik kepahitan yang engkau rasai.ahai insan yang diuji, jangan sekali engkau merasa keseorangan. Sungguh, Allah sentiasa bersamamu. Setiap derita yang engkau lalui itu sering diiringi rahmat ujianNya, maka bersabarlah dan tabahlah. Firman Allah dalam surah Al-Furqan, ayat 20:



Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang yang tentu makan minum dan berjalan di pasar-pasar, dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa Melihat (akan keadaan makhluk-makhlukNya).


Untuk insan yang diuji, sedang ramai teman-temanmu yang lalai diuji dengan kesenangan dan kekayaan mereka, tetapi engkau diuji dengan derita dan kesengsaraan. Sedarkah engkau wahai insan terpilih, engkaulah yang bertuah dan beruntung, kerana ujian yang diberikanNya membuatkan Engkau semakin dekat denganNya.Tidakkah engkau melihatnya? Tidakkah engkau menyedarinya? Bersyukurlah, bersyukurlah, bersyukurlah wahai insan yang dikasihi Allah

No comments:

Post a Comment