x terhitung salahku

Saturday, 12 May 2012

hari ibu


aha~~~ tu post org kat fb org... ada sesiapa yg terasa? x.. bkn niat org tuk wat sesiapa terasa.. tp meh org tekankan skali lg ea.. blog dan fb org adalah ingatan tuk diri org, sesiapa yg dpt kbaikan bersama, Alhamdulillah...

rasanya, post kali ni org nk wat agak panjang... ada sesiapa yg berani nk baca? klu berani, n nak ilmu.. baca lah.. silakan.. tp klu x nk baca,cube la baca gak.. ne tau tetiba dpt ilmu kan..


first, org nk share tentang tarikh sambutan hari ibu


13 Mei 2012
MALAYSIA, Anguilla, Aruba, Australia, Austria, Bahamas, Bangladesh, Barbados, Belgium, Belize, Bermuda, Bonaire, Brazil, Brunei, Bulgaria, Canada, Chile, China, Colombia, Croatia, Cuba, Curaçao, Cyprus, Czech Republic, Denmark, Ecuador, Estonia, Finland, Germany, Ghana, Greece, Grenada, Honduras, Hong Kong, Iceland, India, Italy, Jamaica, Japan, Latvia, Malta, Myanmar, The Netherlands, New Zealand, Pakistan, Peru, Philippines, Puerto Rico, Singapore, Slovakia, South Africa, St. Lucia, Saint Vincent and the Grenadines, Suriname, Switzerland, Taiwan, Trinidad and Tobago, Turkey, Ukraine, United States, Uruguay, Venezuela, Zimbabwe
6 Mei 2012
Hungary, Lithuania, Portugal, Spain
27 Mei 2012
bagi negara Algeria, Dominican Republic, France,Haiti, Mauritius, Morocco, Sweden, Tunisia.
22 Mac 2011
Ireland, Nigeria, United Kingdom
12 Ogos 2012
Thailand yang juga merupakan tarikh lahir Queen Sirikit
22 Disember 2012 di Indonesia
(Sumber: Tarikh Hari Ibu 2012 Di Malaysia | melvister.com)


second: hari ibu menurut pandangan islam





Hari Ibu: Menurut pandangan Islam. Jawapan kepada Hari Ibu: Pemujaan DEWA golongan Kafir?
Perayaan ini disambut dengan asal-usul yang berbeza-beza. Setelah diteliti kembali berpandukan maklumat yang ada, setiap negara yang menyambut HARI IBU ini berbeza-beza tujuannya.
Sebagai contoh:
masyarakat Yunani Purba merayakan Hari Ibu bertujuan untuk memuja ibu-ibu sebagai simbolik kepada Cybele, ibu dewa-dewi Yunani yang agung.
Manakala di Rom Purba pula Hari Ibu disebut sebagai perayaan Montralia yang memperingati dewi Juno, dan ibu lazimnya diberi hadiah pada hari ini.
Malah di China, sesetengah rakyat China sedang mula memupuk Hari ibu sebagai memperingati Meng Mu, ibu kepada Mencius, tetapi masih belum menjadi perayaan rasmi kecuali di beberapa bandar sahaja.
Adakah menyambut HARI IBU bererti menyambut perayaan seperti yang disambut oleh masyarakat kuffar seperti di negara-negara lain?
Setelah meneliti dan membaca kembali sejarah dan kenyataan tentang Hari Ibu di dalam beberapa makalah, apa yang dapat simpulkan adalah perayaan ini disambut mengikut tujuan dan sebab-sebab tertentu seperti yang dinyatakan di atas.

Rasulullah SAW bersabda;
Maksudnya: Sesungguhnya setiap perbuatan itu disertakan dengan niat dan sesungguhnya setiap orang itu apa yang diniatkan. Barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya kerana Allah dan Rasulnya dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia atau kerana perempuan yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya kepada apa yang dihajatkannya. (Muttafaqun Alaih)
Pengajaran daripada hadis di atas, walaupun hijrah itu merupakan suatu perkara yang diperintahkan oleh Allah dan melaksanakannya merupakan suatu ketaatan yang akan dibalas dengan pahala sekiranya dilakukan semata-mata kerana Allah SWT dan seandainya dilakukan kerana niat selain kerana-Nya walaupun ianya perkara ketaatan namun ianya tidak akan diganjari dengan pahala oleh Allah SWT.
Begitu juga keadaannya dengan sambutan Hari Ibu ini, seandainya dilakukan kerana mengagung-agungkan tuhan selain daripada Allah, maka ianya akan menyebabkan kekafiran yang nyata.

Di Malaysia, Hari Ibu disambut kerana merealisasikan pengiktirafan yang dinyatakan oleh Allah di dalam Al-Quran;.
Maksudnya: Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). [ Al-Isra’: 23]
dan 


Maksudnya: Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan Aku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah engkau taat kepada mereka. kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan. [Al-Ankabut: 8]

Malah Nabi SAW juga bersabda;
 Maksudnya: Telah bersabda rasulullah kepada seorang lelaki ketika ditanyakan kepada baginda : “Siapakah manusia yang paling layak aku berbuat kebaikan padanya? Rasulullah bekata : ibu kamu, kemudian siapa? Berkata rasululah : ibu kamu, kemudian siapa? Berkata rasulullah : ibu kamu, kemudian siapa? Ayah kamu.

Malah dengan menyambut hari ibu, secara tidak langsung dapat mengingatkan kepayahan dan jerih perit yang dilalui oleh ibu bapa untuk membesarkan dan mendidik anak mereka mengikut acuan yang sebenarnya. Memandangkan keadaan masyarakat Malaysia yang semakin teruk mengikut cara hidup barat yang keterlaluan, maka Hari Ibu merupakan cara yang terbaik untuk menyedarkan sebuah masyarakat yang alpa untuk beramal mengikut apa yang diajar oleh Al-Quran dan As-Sunnah.

Dengan menyambut Hari Ibu, kita dapat menggembirakan wanita-wanita yang bergelar ibu kerana perbuatan membuat baik kepada manusia adalah suatu perkara yang sangat dianjurkan oleh agama sepertimana yang disebut oleh Syeikh Siddiq Al-Minsyawi di dalam kitabnya Syarhu Al-Arbain An-Nawawiyah, apabila terdapat sesuatu perbuatan dan ianya diiringi dengan niat maka perbuatan itu dilakukan di atas 3 keadaan:
1. Amalan yang dilakukan kerana takut kepada Allah SWT.
2. Amalan yang dilakukan adalah semata-mata untuk mendapatkan ganjaran pahala dan syurga daripada Allah SWT.
3. Amalan yang dilakukan adalah kerana malu kepada Allah dan untuk melaksanakan tanggungjawabnya beribadat kepada Allah SWT.
Dakwah Kepada Non-Muslim.
Hari Ibu juga merupakan suatu medium dakwah yang sesuai terhadap golongan non-muslim di negara berbilang kaum seperti di Malaysia. Semua agama (tidak kira agama samawi ataupun agama ciptaan) bersepakat bahawa perbuatan memuliakan kedua ibu bapa merupakan suatu amalan yang akan mendapat ganjaran yang baik lebih-lebih lagi di dalam agama Islam.

Maksudnya: Daripada Abi Abdul Rahman Abdullah Ibn berkata: Aku telah bertanya kepada Rasulullah SAW: Apakah amalah yang paling disukai oleh Allah SWT? Nabi menjawab: Solat pada waktunya. Aku bertanya lagi: Kemudian? Nabi menjawab: Berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Aku bertanya lagi: Kemudian? Nabi menjawab: Berjihad di jalan Allah. (Muttafaqun Alaihi)

 Peluang Hari Ibu seharusnya kita gunakan untuk menjadikannya sebagai suatu wasilah dakwah kepada golongan nonmuslim.
Islam meninggikan martabat wanita dengan menghalangnya daripada dibunuh dan ditanam hidup-hidup sepertimana yang berlaku di zaman Jahiliyyah. Di dalam agama Islam juga golongan wanita ditatang bagai minyak yang penuh, tidak dibenarkan untuk berpakaian yang menjolok mata, diperintah agar susuk tubuhnya ditutup daripada menjadi santapan manusia yang tidak berhak untuk menatapnya dan ini berlainan dengan apa yang berlaku di negaranegara BARAT.
Di barat, golongan wanita dilabel sebagai suatu ikon seks yang keterlaluan dan wanita juga diperagakan untuk kepentingan individu. Ini tidak sepatutnya berlaku kerana setiap manusia yang dilahirkan oleh Allah SWT adalah suatu makhluk yang cukup dimuliakan oleh Allah SWT dengan beberapa kelebihan.

Allah berfirman di dalam Surah Al-Baqarah ayat ke-31;
Maksudnya: Dan ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu ia berfirman: "Terangkanlah kepada-Ku nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar".

Al-Israa' ayat 70;
 Maksudnya: Dan Sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda Yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka Dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk Yang telah Kami ciptakan.
Kesimpulannya menggembirakan para ibu dengan menyambut Hari Ibu adalah suatu perkara yang dianjurkan oleh agama selagimana tidak berlebih-lebihan dan tidak menyambutnya dengan mengadakan perkara-perkara yang berbentuk maksiat dan menyambut Hari Ibu untuk mengagung-agungkan Tuhan Ibu adalah perkara yang jelas kekufurannya dan menyekutukan Allah adalah suatu dosa besar di sisi Allah SWT.

Maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan Syariat-Nya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.


 Rujukan:
[1] Tafsir Al-Quran Al-Karim.
[2]RiyadhusNuzhatul Muttaqin Syarah Ri Solihin [1/314]
[3] Syarhu Al-Arbain An-Nawawiyah

org kidnap drp : bkasm.org (main page), jawapan hari ibu (format PDF drp bkasm.org)

Tuesday, 8 May 2012

light painting

~ALLAH~

~MAAF~(org wat tuk seseorg yg org dh wat dia mrh..)


nota: nk buat light painting ni susah~~~ :')

p/s : nk buat light painting, jgn give up (bkn light painting je.. tp semua benda lah.. cube korg wat light painting.. x tahu?? xpe dgn ilmu yg ciput ni org leh share.. tp x leh la nk ajar dgn penulisan, kna scra praktikal 'one to one' atau 'face to face' la ea..).. pnh je org wat light painting ni dgn nangis2,.. pcaya x? sbb tgn org x la konstant sgt .. ttg background yg gelap ni sbb org off light dan nk wat light painting x smestinya kna off kn light.. (tp org lbh slesa off light.. sbb tu background hitam.. gelap..)

bila light painting seterusnya? apa light painting seterusnya? wallahu 'alam.. mgkn jgk..org dh x wat light painting .. tuk wat sesuatu, perlu ada perasaan.. 

persoalan: apakah yg akan timbulkan perasaan org tuk wat light painting seterusnya?  ada ke? ^^,.. (org teringin gk nk wat light painting scra bercouple.. aha~~ teringin nk tgk hasilnya.. tp confirm serabut sbb berebut tempat.)

pesanan utama : jangan pernah GIVE UP.. JANGAN!!.. nk dptkn target tu mmg susah.. nk capai target, JGN GIVE UP!

Sunday, 6 May 2012

pesanan ibrahim adham (2)

Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan aku tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Aku berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepadaku, yang akan membuat aku takut kepada Allah s.w.t..Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :




· Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.

· Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata himat darinya.

· Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.
· Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.

· Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.
· Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya. 
· Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah s.w.t. daripadanya." 






nota: org ni.... 
msih bnyk bicaranya... 
ttg mkn? (msih dlm kwln)... 
ttg banyak bergaul, org bgaul je wlpn pmalu (maaf klu ada yg trasa geli.. tp org mmg pemalu)... 
bodoh tu ye ... tp org nk blajar lg...
kadang2 msih lg ada rasa cintakan dunia ...
org ni zalim... ksian spe yg bkawan dgn org.. tp org perlukan kwn2 tuk bntu diri org..
ttg redha manusia, kkdng terbuat slh kat org, ada la rse basalah sgt.. tp x la smpi nk dptkn redha manusia.. tp redha ibu bapa tu penting.. 'keredhaan Allah terletak kpd keredhaan ibubapa'- ambil apa yg benar..


p/s: sblm melihat org lain, lihatlah diri sendiri.. hmmmm

Monday, 30 April 2012

baby

kalau 1 hari ditakdirkan org keguguran
dan ditakdirkan post mortem dibuat pd baby org
pulangkan baby tu pd org
bg org tgk baby tu


teringat kes post mortem baby POC (product of conception- fetus @ placenta yg diperolehi drp keguguran) ...
dsbbkn miscommunication antara doctor dan patient, baby 5 bln dlm perut dihantar ke lab tuk dibuat grossing/post mortem sedangkan situasi yg sbenarnya, ayah baby tu nk baby dia (x nk anak dia dihantar ke lab)




soalan kpd korg :


1) adakah korg akan faham bila baby disebut spesimen? klu korang kan...apa tu spesimen dlm fikiran korang? (anggap diri sbg org biasa, public.. jgn letakkan diri dlm medic klu korang part org medical staff).


2) sanggup x gelarkan baby kita sbg spesimen?


3) sanggup x nk biarkan baby kte dimasukkan dalam larutan pengawet 10% formalin?


4) sanggup x biarkan baby kte di grossing (dipotong2)?


5) sanggup x kalau baby kte dipulangkan semula pd kita dlm larutan formalin dgn keadaan baby tu berjahit  pd bdn dia.






pengajaran yg org dpt:


1) org dpt tgk kesungguhan seorg ayah yg nk kn anak dia walau apa pn.. berkali2 nes wad col lab ttg ayah baby dh desak tuk pulangkan baby dia. dr kata akan pulangkan ptg, tp ayah baby tu tetap berkeras spy dr pulangkan baby dia tgh hari tu jgk.dan akhirnya baby tu dipulangkn kpd ayah dia..


2) komunikasi doctor dan patient kna betul, org awam x faham bahasa medic tlg jgn kata fetus (janin) sbg spesimen... (org bkn doctor.. tp staf ospital tlg ea... ) pd org, jgnlah 'medic' sgt kat org awam..






p/s: tlg pulangkn baby org x kira apa yg berlaku... org nk tgk dia.. (ble something berlaku la..skng xde baby lg.)

Friday, 20 April 2012

festival belon udara panas 20 mac 2011

rasa nk update ttg 'perjalanan' org dgn family kali ni


ok.. org ni jenis yg suka berjalan.(terutama dgn family- mcm mna kwn2?jwpn: ok je klu bjalan dgn kwn2.. tp org LEBIH SUKA bjalan dgn family.. )




ttg festival belon udara panas..


2010 org g festival belon udara panas tu dgn kwn2 usrah
2011 org g festival tu dgn family (x plan .. dan org pn x tahu tgh ade festival ni wktu tu)




mse tu org msih lg dlm proses pmulihan lpas operation.. nafas pun masih x betul.. bnda2 berat pn masih x bleh nk angkat..tuk bln mac 2011, abah dh x duk kat kl tuk jaga org. jd, org duk ostel adk yus je la (ujung minggu sbb x nk susahkn mak abah jemput dn hantar ke kl. dan org x larat nk blik muar dgn bas..).. jd ujung minggu biasanya mak abah turun KL tuk tgk org.tp kali ni 1 family turun kl mak, abang, abah ).. org x suke duk ostel KTMP lme2 sbnrnya.. jd org ajak mak g jejalan. faiz bwa helikopter control yg org blikn tuk diservis sbb rosak. jd, plannya g masjid jamek tuk servis helikopter dan g mkn.. pastu balik ostel...dlm ati, x ske blik ostel...


lepas servis helikopter




makannnn...


kteorg mkn nasi beriani dkt dgn Sogo
(lupe nme kdai tu)
ok.. sdap.. 
favorite abah.>>>kari kambing.


dlm kete otw nk balik ostel
faiz ajak g muzium tentera udara
aha.. peluang tuk bjln (x nk blik ostel..)..
abah usaha jgk cari muzium tu
bpusing2
last2 x jumpa


tetiba ... adk yus...ckp pe nth (org x ingat)
pe yg org igt
"jom la g.. x dpt tgk belon... dpt tgk tapaknye jd la"
org ketawakan dia mse tu


so, kte org g putrajaya
"mana ni.. xde pape pn.. hhahaha.. kesian tgk tapak je" org ketawakn dia


destinasi pertama ble dh sampai kat putrajaya adalah Masjid Putra, Putrajaya
mmg x nmpk apa2 aktiviti pun
jd... alang2 dh sampai dan sblm tgk tapak belon udara panas
jom kte masuk Masjid Putra, Putrajaya ..
kte solat jap

pesanan: sila tutup aurat dgn memenuhi syarat tutup aurat walau dimana sahaja.. klu dh tutup aurat, x pyhla pakai jubah ni..
ble kurang sempurna aurat yg ditutup, silap2 ada yg x nk masuk masjid sbb malu tuk pakai jubah pink ni ble brada dlm masjid
 walaupun dia bertudung dan berbaju lengan panjang, x smstinya dh tutup aurat kn.. cube cek diri kita..
rugilah kalau dh sampai tp x nk masuk masjid
xpe.. klu kena pakai jubah, kita pakai je..
x de yg memalukan lah..dn xde yg mnggelikan pn.. diorg basuh ea.
serius, org pakai gk jubah ni walaupn dh tutup aurat
saja nk rasa.. x salah kn..



dn klu dpt baca ayat alquran kejap,dpt baca 1 ayat pun jd la..


kmudian...
dgn ingatan yg x bpe ok lg time tu.. org ajak g masjid besi (masjid sultan mizan zainal abidin), putajaya
sbb seingat org thn lpas mse g festival ni ..masjid situ paling hampir dgn tapak festival
dan kiteorg wat usrah kat situ smbil mkn makaroni. ;)
(ada sisters yg sme2 wat.. maaf lupe spe nme dia.. huhuhu.. kakakkkk~~~ hmmm...)
lg pn diorg x family pnh masjid tu dh smpi g la skali
nota : mmg x nmpk pun ade pape festival kat situ.

xpe kteorg tenangkn fikiran kat masjid besi tu




org bwk laptop dan broadband mse tu..
(mmg x org leh lekang drp minilaptop hp org.)
adk yus search kat google dan betullah ari tu ari terakhir festival
excited plak dia.


x lme kmudian .. berterbangan lah belon2 tu.
(pmandangan daripada masjid besi)

dan daripada xde pape.. tetiba ble naik kat tingkat atas masjid
banyak rupanya lambakan kereta2 yg nk tgk festival belon udara panas ni..
alhamdulillah bersyukur sgt2 sbb org ngn family mlangkah masuk dlm masjid besi tu..dan x termasuk golongan yg crowded kat sana
(org x suke crowded .. terutama lpas operation lg la org x suke crowded.. skng pn x suke crowded.. tp klu bjln ngn org tpksala btahan )

ini kereta.. belum orgnya lg...
(pmandangan drp masjid besi jugak)


dlm crowded2 org kat sne tu,
org dn family sempat main helikopter control kat luar kwsn masjid tu
lg best main helikopter control dgn family
lebih menenangkan

abang tgh prepare helikopter dia
ada 2 helikopter
1-kecik je, yg org blikn tuk faiz.. tp tu tuk indoor
2- ni besar, abg pnye.. bleh guna outdoor..

seronok time tu..

mlm, kteorg smpat solat maghrb kat masjid besi ni

alhamdulillah



cahaya dalam masjid besi..
^_^




nota:
-dh lbh stahun, bru skng nk post.. sje nk share... nt cerita thn ni... thn dpt plak org ceritakan bleh?aha....
-keesokan harinya sbnrnya org ada exam midsem.. hehe.. org ada bwk nota, tp selak2 je.. dan kwn org sgt  
 prihatin (nurul ain jailani) dia msg pesan supaya org study... jazakillah ain jailani..

p/s: tmpt solat adalah tmpt yg paling menenangkan sbnrnya.. dlm kajian yg disiarkan dlm rncangan national geographic, bangunan2 tuk solat adalah tmpt yg plg bercas positif..

Friday, 13 April 2012

on off pain

bmulanya ...


epilog..

on off pain sejak jumaat lepas..

btahan!!!!!!!!!!!!

hidup dgn normal...






p/s : org bkn budak lembik~~ betul! it's work!

Sunday, 8 April 2012

degil

kat lab heamtologi

mula2..
 
"xpela.. biarla dia nk cube. usaha tangga kejayaan", kata kak muz staf lab hematologi

last skali...kak muz kata
"degil rupanya kiss ni.. baru skng akak tau"


org cume jwb, "hmmmm.. ha a.. kotttt"

betul sbnrnya, org agak degil..
dan apa yg ada dlm kepala org time tu

"kak.. kalau sy x degil.. sy x kuat mcm skng" ^_^

drp kedegilan dpt bina kekuatan
tp air mata pun bina kekuatan jgk
dn drp senyuman pun kita dpt bina kekuatan


ehemmm.. ketawa bedekah-dekah pun dapat membina kekuatan ( lbh baik kte usaha tuk elakkan.. jom elak~~)

kekuatan tu kita dpt drp pelbagai tmpat dn keadaan

nota: KEKUATAN DRP AL-QURAN, KEKUATAN DRP HADIS, KEKUATAN DRP KISAH2 SIRAH TERDAHULU.. KEKUATAN SEBENAR DIPEROLEH DRP ALLAH ^_^

Monday, 2 April 2012

la haw lawala quwwata illa billah

berat jari-jari ni nak menaip setiap huruf, perkataa yg dpt membina ayat ..


bnyak ketulan kata2 yang berbuku dihati


banyak perkara yg terjadi


banyak pengajaran yg terukir menjadi 1 tarbiah dlm diri


terasa sangat ingin dikongsikan 


tp


x terdaya utk diluahkan


la haw lawala quwwata illa billah
"tiada dayaupaya dan kekuatan melainkan dengan daya upaya ALLAH"


langkah TERcipta!
cipta langkah itu
langkah TERcipta!

cipta langkah itu
langkah TERcipta!

cipta langkah itu


ada sesuatu yg Allah ingin kamu lakukan krn itu kamu masih di dunia
kamu masih diberi peluang


kamu mesti belajar apa yg patut kamu lakukan
kamu mesti mendidik diri utk melakukan apa yg patut kamu lakukan wahai diri

hakikat insantiada daya, tiada kehendak, tiada melihat, tiada mendengar, tidak mengetahui , bisu malah tidak hidup pun melainkan.....


Yang Hidup, Yang Melihat, Yang Berkata-kata, Yang berkuas,Yang Berilmu, Yang Mendengar dan Yang Berkehendak itu ialah Tuhan kamu yang menamakan DiriNya sebagai Allah...


subhanallah... subhanallah... subhanallah


diri ini tersangat lemah ya Allah

bantulah diri ini

ingin langkah ini sentiasalah kpdMu ya Allah 

Allah.. 
bawakanlah hati ini setiap saat kpd Mu ya Allah


ya
kadang hati ini terasa sesak
kadang hati ini terasa terhimpit
kadang hati ini terasa lemas


ya Allah
perkenankanlah
“Ya Allah, saya berlindung kepada-Mu daripada penyakit gelisah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu daripada penyakit lemah dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada pengecut dan bakhil dan aku berlindung kepada-Mu daripada timbunan hutang dan penindasan orang.”





nota: terasa diri ini terleka.. astaghfirullah hal 'azim.. la haw lawala quwwata illa billah
(kna brusaha utk 'bangun' bukan jdkn diri sntiasa berserah smata ok~~..cipta langkah itu.)



info: info:  Hauqalah adalah kalimah "la haw lawala quwwata illa billah". Kata Imam a-Nawawi,“La haula wa la quwwata illa billah”,adalah kalimah yg digunakan utk bserah diri dan menyatakan bahawa bkn hak kita utk memiliki ssuatu urusan. Ia kalimah yang menyatakan bahawa seseorang hamba tiada mempunyai daya upaya untuk menolak sesuatu kejahatan (kemudaratan) dan tiada mempunyai daya kekuatan untuk mendatangkan kebaikan kepada dirinya melainkan dengan kudrat iradat Allah SWT juga. perbanyakanlah menyebut Hauqalah bila diri ditimpa sesuatu.






Sunday, 18 March 2012

cakap.. tulis..





....


diam
diam
diam


...


diam itu lbh baik bg dri org


...


diam drp berkata2 dgn suara


x semua org bole bcakap
dn x semua org boleh menulis


org...
x pndai bcakap
dn x pndai menulis


tp org lbh memilih menulis bbanding bercakap


....


spe suke bcakap, ckp la..

org mls nk praktis2 ni...

....



dunia ni luas..

Allah sentiasa bg jalan


terpulang utk memilih


nota: merapu utk arini..

Wednesday, 7 March 2012

PTPTN

dpt surat perjanjian pinjaman RM 60 000 plus intrest 1% dan jumlah keseluruhan RM 72 000.. 1% interest ikut sistem ujrah.. wow perkataan ujrah (nmpk islamik kan..hebat..hebat.. tp hnya perkataan .. sbnrnya interest) perkataan yg dipusing2kn tp maknanya tetap sama..


contoh perkataan yg dipusing2 kan adalah perkataan yuran dan bayaran


teringat mse najib (najib razak) umumkan kat media.. pelajar sekolah x dikenakan yuran sekolah.. wah.. xcited org yg ade anak2 kat sekolah... x lama lepas tu keluarlah perkataan bayaran... hahaha... lawok la pakcik najib.. "yuran tidak akan dikenakan.. cume sedikit bayaran yg perlu dikeluarkan oleh ibubapa"


pape pn... pinjaman PTPTN org bkn rm 60 000.. tp RM20 000.. (skng ade balance lg RM10 000 x tmsuk interest .. hantaran tuk org, org nk minta tuk langsaikn PTPTN je la. boleh x? nt x pyh dulang hantaran bnyk2.. 1 dulang tuk slip pembayaran PTPTN drp CIMB Bank je.. 1 dulang je...ade sesiapa yg sudi??haha..eh silap 2 dulang .. lg 1 dulang tuk mas kawin.. x bnyk rm 22.50 je...negeri Johor kn.. haha)


~~abaikan~~


pernah org ikut lawatan sambil belajar mse kat masterskill salah 1 destinasi kteorg g pejabat JAKIM


teringat org dan ukhty sufi tnye pd PRO kat pejabat JAKIM tentang interest PTPTN lepas taklimat ttg isu halal dan logo halal.


dia kata JAKIM pernah persoalkan kpd pihak PTPTN ttg isu interest..PTPTN kata itu utk pembayaran kos upah pekerja.. entah lah.. dia dgn Allah je tahu niat sebenarnya..hampir semua rakyat malaysia ni ada hutang PTPTN.. besar gaji pekerja PTPTN.. pejabat PTPTN yg ade kat sabah, sarawak, kl central, putrajaya dan damansara.. nk kata setiap negeri ade pejabat PTPTN xde plak..



drp seorg student PTPTN akan dpt interest rm 12 000.. RM12 000 X 500 student =  RM 6 000 000 interest diperoleh drp anggaran 500 student masterskill yg abis blajr pd dis 2011.


pihak PTPTN akan ckp, x semua student akan habiskan bayaran.. ok klu x abiskn bayaran.. org nk anggarkn jela tp msti x kurang RM 1 juta kn (ni utk 1 intake student masterskill)... bpe bnyk IPTA dan IPTS kat malaysia ni... 


nota : hutang tu WAJIB di BAYAR.....leganya bila xde utang.. ttg interest tu diorg yg tanggung

Monday, 5 March 2012

mukhayyam

alhamdulillah 2-3 mac lpas Allah beri peluang kat org tuk join mukhayyam



'Program Mukhayyam Akhawat IKRAM Johor Sembrong Agro Tourism Zone, Air Hitam, Johor'


1st... 
Alhamdulillah.. wah subahanallah best rupenya institut pertanian Air Hitam ni.. Luas rupenya kwsn dia..selama ni hantar adk yus praktikal kat sembrong cume tgk pintu gate dia jek ... ade mcm2 kebun dlm tu. spjg perjalanan.. ada kebung pisang.. kelapa sawit.. padang rumput yg sgt luas.. kebun jambu batu.. kebun cempedak/ nangka (entah.. x kenal.. sbb buahnya berbungkus)... ade lembu tgh ragut rumput... tp jalan dia x best la.. jalan batu kerikil (kesian kereta makcik yg kami pinjam sbb x cukup kereta).. 


hmmm.. mcm x pernah jumpa je semua tu.. bkn apa.. bukan x pernah jumpa..tp x pernah masuk.slama ni cuma tgk drp luar je dgn baca sign board dia je..
nak tahu x ??
dan rupanya dlm tu ade chalet.


nmpk jugak kandang kambing.. dan kandang kuda serta track kuda lg..(kuda dan kambing x nmpk plak kat mana)


hah... ade tasik... luaaaasssss...

(boleh x org nk kaitkan dgn syurga.. slama ni dgr dlm alquran dan hadis ttg keindahan syurga.. tu belum masuk lg.. klu msuk wallahu 'alam mcm mna la ye cantiknya..hmmmmm...(ini baru dunia..dh tkjut sbb x pnh pun thu tmpt tu mcm mna)




2nd.... 
tp gak kecewa... aktvtnya x selasak apa yg org harap kan.. 
aktivitinya dgn makcik2... ( sbb tu x lasak)




3rd...
 terfikir, mgkn Allah x beri org tuk wat aktiviti lasak lg.. mgkn belum masanya
wallahu 'alam..
org harap akan dpt join aktiviti lasak mcm apa yg org nk 1 ari nt.
kdngkala, kehidupan ni x la spt yg diharapkan..tp apa yg Allah berikan pd kite sbnrnya terbaik utk kita.
so, org x merungut.. 
ok je... ^_^



berkayak..(bkn 1st time.. 1st time org men kayak kat Kem Kaizen Chincin 
 (kursus kepimpinan sm teknik muar, 2004)..lpas tu slalu gk main kayak sendiri kat sungai muar, 2008(saje2 belia dan sukan yg punye dan free.. tuk org muar, g la tmpt kayak dkt dgn marina tu (bkn dlm marina tp bhg rekreasi). masuk dlm tu dan cakap nk kayak.. insyaAllah dia bg..(skng x tahu mcm mna..dh bpe thn org x g main kayak kat sungai muar tu))


yg ni 1st time.. memanah.. besttttt sgtttt... 

alhamdulillah

subhanallah
allahu akbar





Thursday, 1 March 2012

go mukhayyam !!!

mukhayyam

apa mukhayyam?

selama ni org dgr je apa tu mukhayyam..


mukhayyam tu setahu org camping dan dipenuhi dgn aktiviti lasak ckit disertakan dgn pengisian islamik..


entah la.. x de pengalaman lg...


umi dina inform ada muhayyam dan ajak org dan adk beradik usrah yg lain join..
mula2 rasa x tahu nk g @ x..
tetiba terasa nak g
so wat keputusan, g 


tnye kat mak... respon mak, " x pyh la kak.."
tanye kat abah.. respon abah plak, "x usahla camping2 ni.."


terus org x tanya lg lpas tu


ble fikir kan.. ada lg rasa sakit kat sternum.. mgkn x pyh g..


tp teringin sgt nk g.. lpas operation.. lama sgt berehat.. skng pun dh setahun 2 bln lpas operation.. lme dh x wat xtvt lasak.. last xtvt lasak mse sem 2, sbln sblm operation.. org g program kolej "program Sinar Legasi".. 


sehari je tp boleh thn lasaknya, 


lari turun naik bukit (cari check point)
jungle tracking (ade la beberapa kali tergelincir.. sikit je.. sedih, org x berjaya nk elakkan kesan kotoran.. aish...)
rentas halangan (x buat sgt pun.. x seronok.. x suke halangannya.org buat yg suke je)
flying fox
jambatan gantung


dan plg special.. sblm turn org tuk lalu kat jambatan gantung tu.. tgh org duduk perhatikan langit, bukit, jambatan, curang bukit dan org yg tgh meniti jambatan gantung tu...(sblm tu ada la org minta naquiah snap gmbr org (haha.. sempat..tp smpi skng org x ambil lg gmbr tu drp naquiah) ayu dtg dkt org.. dan bg short tazkirah, 'tadabbur alam' .. ini apa yg org igt ttg kata2 ayu, "betapa hebatnya Allah.. dia ciptakan daun tu pun berbeza wlpn nmpk drp jauh tu sama..warnanya sama"


mse tu org terfikirkn tentang langit.. 'luasnya langit subhanallah.... penat... tp x tahu bila ada lg peluang tuk join xtvt lasak.. Alhamdulillah Allah bg peluang hari ni tuk org ade dkt sini... mgkn last xtvt lasak org join..akan dtg org x tahu kat mana org akn berada..'.. org tgk jgk org yg tgh meniti jambatan tu, "mcm mna titian sirat? mcm mna nk meniti? halus dan x de pemegang.. mcm mna org kat sana.. banyak nye dosa.."




org nk kn peluang mukhayyam ni.. x tahu bila lg akan dpt ikut program mcm ni..


"mak esk org g camping ea? boleh?"
"akak camping kat mana"
"jb..boleh?dgn kak faizah.."
"hmmm.. boleh ke akak? esk kan ada maulidurrasul x nk g?"

"nk g 2 2"
"mak boleh x org g pekemahan?"
"sukahati akak"
"hmmm.. bole?"
mak diam...


org tnye abah plak.. mse tu abah dgn mak ada skali..

"abah.. boleh x org nk g pekemahan esk smpi ahad?"

"boleh.. klu akak nk pegi.. x pe la pegi la..tp elok2.. jgn buat benda2 lasak2..akak x kuat lg", muka abah mcm x bg.. tp org tahu abah x kn nk halang minat anak2 .. nmpk muka risau abah..
"x.. org dh kuat.. dh sihat..dh boleh"
"boleh bah?"
"xpela.. akak g la.. akak teringin nk g.jga diri elok2 kat sana"


sekali lg, 
"mak.. bole x org g?"
"sukati akak"
"ala.. klu mak kata x boleh..org x g"
"baik2 kat sane"


^_^



nota : teringat masa org sem 2 jgk.. dgn mak, abh, abg, adk yus g geopark ,langkawi.. jln kaki sana sini.. naik cable car (gunung mat cingcang), jln kaki turun naik kat gunung tu.mmg terasa jgk tekanan tinggi kat situ...dan mak abah asyik tanye je org penat x?.. org ckp x penat (tipu je.. agak penat sbnrnya.. selagi x pening, x rasa nk pitam ok la.. alhamdulillah x pening dan x de rasa nk pitam).. best.. turun drp cable car org dgn abg g main arnab dan jln2 kat geopark tu.. dan hari sblm tu dh, keliling perlis sbnrnya..  g gua kelam, padang besar, jln2 cari makan, g main campus Unimap... nmpk la ladang tebu yg mmg betul2 luas... 1st time tgk ladang tebu..

sem 3 dan 4.. xde yg mencabar sgt..

kesimpulannya : org bkn jnis yg manja2kn diri..

doakan org selamat dan terisi sepanjang mukhayyam.. nt org update lg ye.

Monday, 27 February 2012

pavlova

dpt wall post kat fb drp adk yus 
'resepi minggu ini: pavlova. g crik care nk wat. hihi'


arahan tuk org cari resepi.. tp dsbbkn org mls, adk yus yg cari
tp 80% yg buatnye, org
80% ke???
dan
hasilnya 


100% kosnya drp adk yus.. like....
jazakillah


alhamdulillah
msh dpt lg merasa rasa masam manis pavlova ni
x tahu la rasa sbnr kalau beli kat kedai mcm mna
^_^


resepi pavlova

bahan2 :
4 biji putih telur
1 cawan ula kastor
1 sudu kecil jus lemon
1/2 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecil esen vanila
1/2 cawan whipped cream
buah-bauhan masam (kiwi, strawberi, dll-ikut selera dan bajet)

cara nak buat pavlova :

-panaskan oven 140 celcius
-ambil keras minyak, lukis bulatan 7" pasa kertas minyak tersebut

- putar telur putih (4 biji) dengan medium speed sampai terbentuk tekstur soft peak
-masukkan gula sesudu demi sesudu sambul putar telur tadi (sampai gula hancur dan terhasil adunan berupa glossy stiff peak)
-masukkan tepung jagung dan jus lemon. kaup balik sehingga sebati.
-masukkan vanila dan kaup balik adunan tersebut.
-letakkan adunan ke atas kertas minyak (bahagian tepi lebih tebal drp bahagian tengah (ala bntuk biconcave la senang~~ .. bentuk sel darah merah tu))
-bakar 1 jam 15 minit.
-tutup oven dan keluarkan. biar sejuk pd suhu bilik

cara nk buat topping:

-putarkan 1 cawan whipped cream sampai kembang.
-sapu keatas adunan yg telah siap masak dan telah disejukkan td.
- letakkan buah-buahan masam spt strawberi, kiwi, ceri..
- letakkan dalam peti sejuk

nota: makan mse sejuk best~~~ insyaAllah.. alhamdulillah