x terhitung salahku

Sunday, 18 December 2011

hati tido

"lan... ptg ni org nk g mndi kat umah atuk.pukul 4 org pegi la. pukul 5.30 ptg ada hal kat ospital"
(kat umah, toilet x boleh guna sbb tengah wat extension dapur)


"laaaa... g ospital ke?? pais??? dia kan g ospital gak kan?", lan buat muka x nak duduk dekat rumah sesorang


"pais g ospital??", org terlupa pais kena g ambil report dan model gigi dia tuk transfer rawatan ke pekan pahang.(atas sbb dia pakai braces)


"ha a.. pukul 4 ni", lan masih lg buat muka


"owh.. g klinik gigi tuk transfer cek gigi ea... kenapa?"


"org tinggal sorang la?"akhirnya dia luahkan


"tak lama, nanti kan mak long balik keje.. lan x sesorang pun"


...


"kak kis wat pe g ospital"


"saje"


"nak ikutttt.."


"lan nak ikut? haha.. tak payah la.. tak malu ke kawan-kawan orang semuanya perempuan"


"ala... tak pe nk ikut jugak"


...


"kak kis wat pe jumpa kwn kak kis tu?"


"saje-saje.. meeting"


"x la..org ada usrah petang ni"


"oooo000oooo..usrah ea... ala.. pais tak de kat umah"


"lan ikut la pais"


"dia tak nak bwk"


....


lan senyum2 kat org.. lebar pulak tu... lan nk ikut jugak ke ni..aishhhh..


"kak kisssss.."


org angkat kening sebagai tanda mls nk layan.. (2 2 kening la orang angkat.. sebelah x reti.. )


"kak kisssss...."


"appe(pkataan asalnye 'apa'.. tp sebut ikut ejaan ea..)?"


"kak kis x payah g usrah arini bole?"


...
...
...
...


erp.. terdiam...


...
...
...


"tak boleh..kna g jugak...jiwa kosong..tau jiwa kosong?"


"eeeee... yeke??"


"yela.."


"bukaaaaannnnn.... kan jiwa tido bukan jiwa kosong."


...
...
...


betul jugak.. jiwa tido... x terfikir pun nk jwb jiwa tidur

nota: ramai je yg x kenal apa tu usrah.. tp kesimpulan yg org nk wat, usrahlah kte dpt mendidik jiwa











nota lain: lann...umur 13 thn, nama penuh muhammad shahrul eizlan bin muhammad shafie, minat dancing (adk yus ada upload kat youtube..link rahsia..).. dia ni rajin...tp penakut..hahahahaha..dia selalu je duk umah org time2 cuti sekolah ni. ujung minggu pun ade jugak dia datang.. dan dia ada kat umah, agak rajin jugaklah org memasak.... masak telur goreng, wat air milo...(eleh semua org buat macam tu..tp kalau dah selalu datang, layan diri la x payah kite buatkan tp lan ni mengada suruh org buatkan.. pernah je suruh dia buat sendiri.. x jd mcm apa yg dia nak.. kesian..)benda lain yg dia selalu request nasi goreng...dannnnnn jugak kek.. huhu.. kek?? beli jek la ea lan.. cup cake yg dia nk org x buat pun lagi.. haha.. dia selalu je request kat org tuk masak. ade dia kat umah, rajin la org nk memasak.. kalau x sedap pun org tak kisah sangat sbb dia x memilih..faktanya,itu time baik.. time tak baik, gaduh jugak.. tak la gaduh pukul2 (ade jugak terpukul lengan dia.. )cume perang mulut.. umah org x ramai penghuninya.. ada lan ni meriah jugak la.. 

Saturday, 17 December 2011

untuk sahabat ..

sahabatku..
terasa seolah2 baru semalam kita bersua
di kala akhlakmu masih rapi terjaga
masih lembut dalam berbicara
seluruh auratmu masih terpelihara
masih menundukkan pandangan mata

lalu kita berjalan seiringan
menempuh badai persada kehidupan
walau ribut walau taufan
kita masih mara ke hadapan
mengembara mencari keredhaan Tuhan

namun sahabatku..
tanpa kusedari dirimu sedikit terleka
sedikit tercicir dari landasan kehidupan
mungkinkah diriku yang alpa
kadangkala membiarkan dirimu sendirian
maafkanlah aku wahai teman
ampunkanlah aku wahai Tuhan

kini..
kulihat dirimu sudah berteman
persahabatan kita mulai renggang
kuteruskan berdoa dan berikhtiar
semoga Allah meredhai persahabatan kalian
walau kelihatan sedikit menyimpang
semoga segaris cahaya akan terlakar

perhiasan iman telah kau tanggalkan
perhiasan dunia kini kau sarungkan
itu tabarruj namanya wahai teman
apa gunanya sejuk di dunia, andai di akhirat kepanasan


wahai teman..
hanya doa tulus kudus kutadahkan
moga dirimu dipayungi naungan iman
berubahlah selagi mempunyai harapan
tinggalkan segalanya sebagai kenangan

sesungguhnya..
tiada insan baik tidak mempunyai kisah silam
tiada insan jahat tidak mempunyai masa depan
tinggalkan segala kabus yang kelam
marilah seiringan memburu Syurga idaman


p/s:
Kutujukan khas buat teman-teman..
Jangan ke kiri atau ke kanan..
Bersamalah kita mara ke hadapan..
Teruslah berada di atas landasan iman..
Juga buat diriku yang sering ditimpa ujian..
Kadangkala buntu mencari arah tujuan..
Moga sentiasa ditetapkan iman..
Akhlak Rasulullah jadikan ikutan..
Al-Quran dan Sunnah dijadikan pedoman.



nota: terasa sedih saat terima msg .. "kak, myra sdih.. myra x thu nk ngadu kat spe? rs hdup ni mcm kosong n sia2 sje",5.18pm...sedangkan org prasan msg tu 6.30pm.. nk je org col myra.tp xde kekuatan tuk mnjwb kalau la yg mnjwb col tu org lain...  ya Allah berilah kekuatan kpdnya utk berubah..

org pernah rasa  ble keseorgn.. org tfikir knapa kwn2 xde mse tu.. sedih.. org nk cakp kat kwn2 yg sefikrah apa yg org rasa..tp x nk menyusahkan diorg..org nk kn seseorg  ...tp saat tu org tahu org kuat.org ada Allah.tp utk myra org x tahu apa yg dia rasa apa yg dia dpt fikirkan.. 



kkdng.. ble org sedih.. org akan pegang bahu kwn org.. dan terus peluk dia. wlpn sekadar peluk, org akan rase lega ..x perlu ckp... terima ksh kpd yg sudi dipeluk.. 


p/s : tolong tegur org bila org silap..org selalu buat silap..terlalu sgt.... dan jgn sesekali putus asa thadap penghijrahan

Tuesday, 13 December 2011

Hati kata rindu

hati ini rindu

ALLAH



video

jangan Engkau sisihkan kami dari rahmat-Mu

Monday, 12 December 2011

Muhasabah ICU

tuk cuti sem yg panjang, selama sebulan ni..


xde apa sgt yg org buat


cume... blog walking, on9 fb, baca buku (baca al-quran boleh juga dimasukkn dgn baca buku??).. qada' solat yg tertinggal??..jom kite buattt


sedang org jalan2 dari blog ke blog..


org terjumpa entri blog yang bertajuk "tadabbur I.C.U"


org pastekn entry blog tersebut kat bawah ni.. 




Bayangkan, Allah menarik nikmat paru-paru daripada kita. Bayangkan bagaimana kita menghirup oksigen dan menghembus karbon dioksida. Bayangkan kita terpaksa guna ventilator untuk bernafas setiap masa. Bayangkan kita perlu menyambung tiub-tiub besar ke dalam mulut untuk bernafas. Bayangkan kita perlu membawa ventilator ke mana saja kita pergi. Bayangkan ventilator yang kita guna tidak berfungsi tiba-tiba. Bayangkan…

Beza saiz ventilator dan paru-paru
Bayangkan Allah menarik nikmat buah pinggang kita. Bayangkan bagaimana kita nak membuang sisa-sisa toksik dari badan kita. Bayangkan kita tidak mampu lagi kencing seperti biasa. Bayangkan kita terpaksa guna mesin dialisis empat sesi setiap minggu dengan harga EURO 600 untuk setiap sesi. Bayangkan kita perlu suntik lengan dan masukkan tiub ke dalam salur darah setiap kali menjalankan dialisis. Bayangkan…

Beza saiz mesin dialisis dan buah pinggang
Bayangkan Allah menarik nikmat jantung kita. Bayangkan jantung kita tidak lagi mampu mengepam darah ke seluruh tubuh. Bayangkan kita akan jadi lemah, selemah-lemahnya. Bayangkan kita terpaksa guna artificial heart yang besar untuk mengepam darah ke seluruh tubuh. Bayangkan kita berjalan sambil membawa artificial heart yang besar ke mana saja. Bayangkan aritificial heart yang kita guna tidak berfungsi tiba-tiba. Bayangkan…

Beza saiz artificial heart dan jantung
Bayangkan Allah menarik nikmat thyroid gland kita. Bayangkan kita tak dapat menahan sejuk walaupun tak berapa sejuk. Bayangkan pula waktu musim sejuk. Bayangkan kita perlu mandi pada waktu pagi musim sejuk. Bayangkan kita terpaksa menggunakan temperature control machine setiap masa untuk mengawal suhu badan. Bayangkan kita terpaksa membawa ia ke mana saja. Bayangkan…

Beza saiz temperature control dengan thyroid gland
Bayangkan Allah menarik nikmat glands dalam badan kita. Bayangkan badan kita tak mampu lagi merembes hormon-hormon penting. Bayangkan pankreas kita tak mampu lagi merembes insulin. Kandungan glukos dalam darah kita akan meningkat. Bayangkan adrenal gland kita tak mampu lagi merembes epinephrine, aldosteron. Sistem badan kita akan kucar-kacir. Bayangkan kita perlu memasukkan ubat-ubatan sebagai ganti hormon setiap jam. Bayangkan kita perlu menggunakan mesin penyuntik ubat untuk memasukkan ubat-ubatan ke dalam badan kita. Bayangkan…

Beza saiz automatic infusion devices dengan pankreas dan adrenal gland
Bayangkan Allah menarik nikmat otak kita. Bayangkan hanya satu bahagian dalam otak kita yang rosak, hypothalamus. Bayangkan hypothalamus tak mampu lagi mengawal selia sistem badan kita. Bayangkan kita terpaksa menggunakan pelbagai monitoring device seperti ECG, manometer, thermometer, dan sebagainya untuk mengawal selia sistem badan kita. Bayangkan kita kena bawa ke mana saja alat-alat tu. Bayangkan…

Monitoring device (ECG) dan hypoyhalamus di otak
Bayangkan kita terlantar di ICU bila dah tua nanti. Bayangkan kita terpaksa menggunakan semua alat-alat, mesin-mesin di atas. Bayangkan kita dalam keadaan koma sepanjang masa – Glasgow Coma Scale=3. Bayangkan kita perlu sentiasa dijaga oleh seorang nurse dan doktor siang dan malam. Bayangkan kita makan dengan menyumbat tiub melalui hidung. Bayangkan kita kencing melalui tiub yang disumbat ke dalam urethra. Bayangkan kita kena bayar EURO 1000 sehari untuk dirawat di ICU. Bayangkan…

Bayangkan kita di tempat ini
Bayangkan, bayangkan, bayangkan.
Bayangkan betapa besarnya nikmat yang Allah dah beri pada kita.
Bayangkan betapa hebat dan sempurnanya ciptaan-ciptaan Allah yang ada pada badan kita.
Bayangkan bagaimana manusia tak mampu nak cipta/ganti/kawal organ-organ yang ada pada badan kita sebagaimana Allah cipta/kawal.
Bayangkan, kita sendiri pun tak mampu nak kawal organ yang ada pada badan kita.
Bayangkan…
“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian.” (95:4)
“Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah yang Engkau dustakan.” (55:13)



nota : tak perlu bayangkan krn pernah melaluinya.. Alhamdulillah pernah melaluinya ..subhanallah masih diberikan segala nikmat …astaghfirullah hal ‘azim betapa lemahnya diri ini.



tambahan : org kena prepare tuk operation yang seterusnya.. skali lg... Major Operation dgn General Anesthetic.... wallahu 'alam bila org akan buat.tp perancangan org disember 2012...insyaAllah.. mgkn HKL atau hospital swasta.. kalau tersedar sekali lg mse operation, org x kan terkejut dan x kan paksa diri utk bangun mcm operation open heart yg org lalui setahun lepas... masa tu org terlupa tentang EEG (tgk thp kesedaran patient). jd org paksa diri tuk bangun supaya doctor sedar org sedar masa tu..kalau tersedar, x perlu paksa diri tuk bangun.. kecuali mse kat ICU, itu mmg perlu ada semangat dan perlu paksa diri tuk bangun.. kalau x, bape lame kat ICU tu x tahu lah.. 



“Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah yang Engkau dustakan.” (55:13)

org suke dgr bacaan surah ar-rahman drp Kamal Uddin

jom dgr




Islam, Jantina Dan Seks -Hafiz Firdaus Abdullah

Apabila Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan Pengkid, saya tertanya-tanya: “Apakah Pengkid?” Agak ketinggalan dalam istilah-istilah seumpama ini, saya membuat sedikit kajian dan bertanya kepada beberapa rakan yang lebih terkini dengan istilah-istilah sedemikian. Memeranjatkan, ia merupakan salah satu daripada beberapa istilah yang digunakan bagi menerangkan keadaan seseorang dari aspek jantina dan kecenderungan seksualnya.




Sedikit kajian yang dilakukan itu menemukan saya dengan beberapa istilah lain yang duduk dalam subjek yang sama, yang dapat saya ringkaskan sebagai berikut:

  1. Transgender: Lelaki yang tingkah lakunya seperti wanita dan wanita yang tingkah lakunya seperti lelaki.
  2. Tranvestit: Lelaki yang berpenampilan seperti wanita dan wanita yang berpenampilan seperti lelaki.
  3. Transeksual: Lelaki yang merasakan dia seorang wanita dan wanita yang merasakan dia seorang lelaki. Ada yang membuktikan perasaan itu dengan melakukan pembedahan bagi menukar alat kelamin.
  4. Homoseksual: Orang yang melakukan hubungan seksual dengan jantina sejenisnya. Lelaki yang membuat hubungan seks dengan lelaki disebut sebagai Gay manakala wanita yang membuat hubungan seks dengan wanita disebut Lesbian. Lawannya ialah Heteroseksual, iaitu lelaki yang membuat hubungan seks dengan wanita dan wanita yang membuat hubungan seks dengan lelaki. Ini adalah hubungan yang betul lagi normal dan dihalalkan oleh Islam melalui pernikahan yang menepati rukun-rukunnya.
  5. Bi-Seksual: Lelaki yang membuat hubungan seks dengan wanita dan lelaki. Juga wanita yang membuat hubungan seks dengan lelaki dan wanita.
  6. Tri-Seksual: Lelaki yang membuat hubungan seks dengan wanita, lelaki dan transeksual. Juga wanita yang membuat hubungan seks dengan lelaki, wanita dan transeksual.
  7. Pengkid: Wanita yang mencintai wanita seumpama pasangan hidupnya. Di kalangan Pengkid ada yang berpenampilann sebagai lelaki.


Tujuh aspek jantina dan kecenderungan seksual seseorang sepertimana di atas tentu saja berbeza dari fitrah manusia dan norma kehidupan. Akan tetapi atas lencana kemodenan dan kebebasan peribadi, ia dianggap biasa dan boleh ditonjolkan kepada khalayak ramai. Namun apakah hukumnya menurut Islam? Dalam penulisan yang sederhana ini, saya ingin berkongsi dengan para pembaca sekalian hukumnya berdasarkan al-Qur’an dan al-Sunnah, juga jalan penyelesaiannya, insya-Allah.
Jika dikaji ketujuh-tujuh aspek jantina dan kecenderungan seksual di atas, ia dapat dihimpun kepada tiga kategori hukum. Pertama: Hukum menyerupai jantina yang berbeza,Kedua: Hukum mencintai jantina sejenis umpama pasangan hidup dan Ketiga: Hukum melakukan hubungan seks dengan jantina sejenis.

Hukum Menyerupai Jantina Yang Berbeza.
Dalam bab ini Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Bukan dari golongan kami siapa saja wanita yang menyerupai lelaki dan siapa saja lelaki yang menyerupai wanita.”(Musnad Ahmad, no: 6875 dengan sanad yang dinilai hasan oleh Ahmad Syakir). Bahkan ‘Abdullah ibn ‘Abbas r.a. menerangkan bahawa: “Rasulullah s.a.w. melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.” (Shahih al-Bukhari, no: 5546). Hadis-hadis larangan dalam bab ini juga diriwayatkan oleh Abu Hurairah dan Aisyah r.a..
Berdasarkan hadis-hadis ini, jumhur ilmuan mengatakan haram hukumnya untuk seseorang itu berusaha menyerupai jantina yang berbeza dengannya, baik dalam bentuk tingkah laku, penampilan, pakaian mahu pun perhiasan. Larangan ini termasuk kanak-kanak lelaki dan perempuan yang belum baligh, di mana haram hukumnya bagi ibubapa atau penjaga kanak-kanak itu berusaha menyerupakan mereka dengan jantina yang berbeza. Dr. Jamil bin Habib al-Luwaihiq menjelaskan:
“Apa-apa yang berlaku untuk orang lelaki dan wanita dalam bab ini, berlaku pula untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan. Maka tidak boleh mengenakan kepada kanak-kanak lelaki pakaian kanak-kanak perempuan atau mengenakan kepada kanak-kanak perempuan pakaian untuk kanak-kanak lelaki.” [al-Tasyabbuh al-Manhy ‘Anhu fi al-Fiqh al-Islami (edisi terjemahan oleh Asmuni dengan judul Tasyabbuh Yang Dilarang Dalam Fikih Islam; Darul Falah, Jakarta, 2007), ms. 138]
Pengecualian diberikan jika penyerupaan itu memiliki dalil syar’e, di mana dalil itu mengecualikan kemutlakan larangan penyerupaan di atas. Di antaranya ialah hukum memakai cincin bagi lelaki, maka ia bukan satu penyerupaan yang dilarang kerana Rasulullah s.a.w. turut memakai cincin. Anas bin Malik r.a. menerangkan: “Bahawasanya Nabi s.a.w., cincinnya diperbuat daripada perak dan mata cincinnya daripada (perak) juga.” (Shahih al-Bukhari, no: 5870)
Ada pun hikmah di sebalik larangan penyerupaan jantina yang berbeza, maka ia adalah satu tindakan yang melawan penciptaan Allah. Ini kerana Allah s.w.t. telah mencipta manusia sebagai lelaki dan wanita di mana masing-masing diberi ciri fizikal dan tanggungjawab yang berbeza. Allah s.w.t. berfirman:
Bukankah dia (manusia) berasal dari air mani yang dipancarkan (ke dalam rahim)? Kemudian air mani itu menjadi sebuku darah beku, sesudah itu Tuhan menciptakannya, dan menyempurnakan kejadiannya (sebagai manusia)? Lalu Tuhan menjadikan daripadanya dua jenis lelaki dan perempuan.” [al-Qiyamah 75: 37-39]
Selain penentangan terhadap ciptaan Allah, penyerupaan juga merupakan langkah awal ke arah pelbagai perbuatan maksiat yang lain. Penjelasan Dr. Jamil al-Luwaihiq sekali lagi menjadi rujukan:
“Di antara tujuan syari’at di sebalik larangan tersebut adalah untuk menunjukkan perbezaan antara lelaki dan wanita, sebagaimana hikmah dalam hal itu adalah untuk memutuskan jalan yang menuju kepada sesuatu yang diakibatkan oleh hal tersebut berupa pelbagai kerosakan besar yang bersangkutan dengan agama dan dunia.
……jika salah seorang dari keduanya melakukan sedikit dari hal-hal di atas (penyerupaan kepada jantina yang berbeza), ia akan mendorong kepada penyerupaan yang lebih besar sehingga hal itu menjadi sebab terdorong melakukan pelbagai dosa besar.” [al-Tasyabbuh, ms. 160-161]

Hukum Mencintai Jantina Sejenis Umpama Pasangan Hidup.
Menyebut tentang cinta, asas pertama yang perlu diketahui oleh semua umat Islam ialah cinta yang paling unggul hendaklah ditujukan kepada Allah s.w.t.. Allah menegaskan hal ini dalam firman-Nya:
“Dan di antara manusia ada yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah; sedangkan orang-orang yang beriman itu lebih cinta kepada Allah (berbanding selainnya).” [al-Baqarah 2:165]
Cinta kepada Allah ialah mentaati segala perintah larangan-Nya, mencari keredhaan-Nya dan melaksanakan kehidupan di dunia ini sebagaimana yang Dia kehendaki. Cinta kepada Allah juga dibuktikan dengan mentaati segala perintah larangan, nasihat dan teguran Rasulullah s.a.w.. Fakta terakhir ini ditekankan sendiri oleh Allah s.w.t.:
Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu (umat Islam) mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”[Ali Imran 3:31]
Termasuk pembuktian kecintaan kepada Allah ialah seseorang itu hanya mencintai jantina yang berbeza sebagai pasangan hidupnya. Ini kerana Allah s.w.t. sejak dini telah menciptakan manusia dalam jantina yang berpasangan, lelaki dan wanita: Dan bahawa sesungguhnya, Dialah (Allah) yang menciptakan pasangan lelaki dan perempuan.”[al-Najm 53:45]
Justeru apabila ingin mencintai seseorang sebagai pasangan hidupnya, hendaklah ia dalam bentuk pasangan lelaki dan wanita, iaitu lelaki yang mencintai wanita dan wanita yang mencintai lelaki. Pasangan ini seterusnya menghalalkan percintaan mereka melalui ikatan nikah yang menepati rukun-rukun nikah dalam syari’at Islam. Allah s.w.t. berfirman:
“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikan-Nya di antara kamu (pasangan suami isteri) perasaan cinta (kasih sayang) dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.” [al-Rum 30:21]
Individu yang mencintai jantina sejenis untuk dijadikan pasangan hidup, dia sebenarnya mencintai nafsunya melebihi cintanya kepada Allah. Atas dasar inilah dia berani mengarahkan cintanya kepada sesuatu yang berbeza daripada apa yang disusun, diperintah dan diredhai oleh Allah. Nah! Jika mencintai sesuatu seumpama mencintai Allah sudah cukup untuk dikira sebagai perbuatan syirik (rujuk ayat 165 surah al-Baqarah di atas), maka bagaimana pula tindakan mencintai sesuatu melebihi cintanya kepada Allah? Sudah tentu ia adalah syirik yang lebih besar, lebih dahsyat.

Hukum Melakukan Hubungan Seks Dengan Jantina Sejenis.
Hubungan seks yang dikehendaki oleh Allah s.w.t. ketika Dia mencipta manusia adalah sebagaimana firman-Nya: Dialah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari diri yang satu dan Dia mengadakan daripada diri itu pasangannya (suami isteri), untuk bersenang-senang satu diri kepada yang lain. Ketika suami mensetubuhi isterinya, mengandunglah dia……” [al-A’raaf 7:189]
Ada pun hubungan seks yang berlawanan daripada kehendak Allah, maka ia bukan sahaja dilarang tetapi langkah-langkah awal ke arahnya juga dilarang. Rasulullah s.a.w. menegaskan:
“Tidak boleh seorang lelaki melihat aurat lelaki yang lain dan tidak boleh seorang wanita melihat aurat wanita yang lain. Tidak boleh seorang lelaki menyentuhkan badannya kepada badan lelaki yang lain di dalam satu selimut dan tidak boleh seorang wanita menyentuhkan badannya kepada badan wanita yang lain dalam satu selimut.” [Shahih Muslim, no: 338]
Imam al-Nawawi menjelaskan:
“Di antara kesimpulan hukum yang diperolehi dalam bab ini ialah haram hukumnya bagi seorang lelaki melihat aurat lelaki yang lain dan bagi seorang wanita melihat aurat wanita yang lain. Berkenaan hukum ini tidak ada perselisihan di dalamnya (di kalangan para ulama’).” [al-Minhaj Syarh Shahih Muslim bin al-Hajjaj (Dar Ihya’ al-Turats al-‘Arabi, Beirut, 2000), jld. 3, ms. 145]
Berkenaan penyentuhan badan sejantina di dalam satu selimut, Imam al-Nawawi melanjutkan:
“Hadis ini menunjukkan larangan yang bersifat haram jika tidak ada penghalang di antara kedua-duanya. Dalam hadis ini terkandung dalil atas haramnya hukum bersentuhan aurat di bahagian mana pun badan seseorang (yang sama jantina) dan ini sudah menjadi satu kesepakatan, kerana perbuatan tersebut boleh menyebabkan pelbagai kerosakan.” [al-Minhaj, jld. 3, ms. 145]
Perhatikanlah! Jika sekadar melihat dan menyentuh aurat sesama jantina sudah disepakati keharamannya, apatah lagi jika saling melakukan hubungan seks di antara sesama jantina. Sudah tentu ia haram juga.
Berdasarkan hadis di atas juga, para ulama’ Islam sejak awal telah memberikan perhatian kepada hukum seorang lelaki memandang wajah lelaki lain yang muda lagi tampan. Sekali pun wajah bukan aurat, langkah berhati-hati dan “cegah sebelum parah” menyebabkan para ulama’ kita melarang seorang lelaki melihat wajah lelaki lain yang muda lagi tampan. Masih bersama Imam al-Nawawi:
“Dan demikianlah juga, diharamkan ke atas seorang lelaki melihat wajah seorang lelaki yang mudah lagi tampan, tanpa membezakan sama ada ia dilihat dengan syahwat atau tidak, tanpa membezakan sama ada ia bakal menimbulkan fitnah atau tidak. Ini merupakan pendapat yang sahih di sisi para ulama’ yang teliti. Ia juga dikemukakan oleh (Imam) al-Syafi’e dan murid-muridnya, semoga Allah merahmati mereka.
(Ini kerana) ketampanan wajah seorang lelaki tidak jauh berbeza dengan kecantikan wajah seorang wanita. Bahkan kebanyakan daripada mereka lebih menarik berbanding kebanyakan wanita. Justeru, adalah lebih haram melihat wajah lelaki yang muda lagi tampan berbanding melihat wajah wanita. Ini kerana dari seorang lelaki yang muda lagi tampan, mungkin timbul kejahatan yang tidak mungkin timbul dari seorang wanita.” [al-Minhaj, jld. 3, ms. 145]
Saya menambah, hukum di atas tidaklah terhadap kepada sesama lelaki sahaja. Seorang wanita hendaklah juga menahan dirinya daripada memandang wanita lain yang boleh menyebabkan dirinya tertarik kepadanya. Penahanan ini tetap dilakukan tanpa membezakan sama ada wujud lintasan syahwat atau tidak, sama ada bakal menimbulkan fitnah atau tidak.


Jantina Dan Seks Yang Berlawanan Fitrah: Ada Penyelesaian?

“Kudis masyarakat!” demikian antara tohmahan yang dilontarkan kepada mereka yang memiliki kecenderungan jantina dan seks yang berlawanan dengan fitrah manusia. Selain itu ada juga yang melantik dirinya menjadi jurucakap Allah dengan memberi ulasan: “Disebabkan oleh orang-orang seperti mereka inilah, Allah menurunkan musibah ke atas negara kita!” Padahal disebabkan oleh orang-orang yang hanya mengulas tanpa bertindak sebeginilah yang menjadi antara faktor Allah menurunkan siksaan-Nya. Rasulullah s.a.w. mengingatkan:
“Tidaklah satu kaum yang di kalangan mereka terdapat orang-orang yang melakukan maksiat sementara kaum itu pula lebih kuat dan lebih ramai daripada orang-orang yang melakukan maksiat, tetapi mereka tidak pula menghalangnya, melainkan Allah meliputi mereka semua dengan siksaan.” [Musnad Ahmad, no: 19230 dengan sanad yang dinilai hasan oleh Syu’aib al-Arna’uth]
Antara tindakan yang saya maksudkan ialah mencari punca kenapa berlakunya kecenderungan jantina dan seksual yang berbeza dari fitrah. Ini bukan sekadar tindakan tetapi juga jalan penyelesaian, kerana sesuatu masalah itu lebih efektif ditangani dari puncanya berbanding kesannya. Punca-punca tersebut dapat disenaraikan seperti berikut:

Pertama: Pembesaran yang salah.
Maksud pembesaran yang salah ialah peranan serta tindakan ibubapa yang membesarkan anak mereka sebagai jantina yang berbeza. Di antara ibubapa ada yang sangat mengingini anak lelaki padahal hanya dikurniakan dengan anak-anak perempuan. Lalu mereka membesarkan salah seorang atau lebih daripada anak perempuan mereka seumpama anak lelaki. Mereka memberikannya nama lelaki, pakaian lelaki, permainan lelaki dan bersikap lelaki kepada anak itu.
Perkara seperti ini juga berlaku kepada ibubapa yang sangat menginginkan anak perempuan tetapi dikurniakan semua anak lelaki. Pembesaran yang salah seperti inilah yang menyebabkan anak itu mengalami kecenderungan jantina dan seksual yang berbeza.

Kedua: Tiada Keseimbangan antara peranan ibu dan ayah.
Jika seorang anak lelaki banyak meluangkan masa pembesaran bersama ibunya tanpa kehadiran ayahnya, maka ada kemungkinan dia terikut-ikut dengan sikap kewanitaan ibunya. Demikian juga sebaliknya, jika seorang anak perempuan banyak meluangkan masa pembesaran bersama ayahnya tanpa kehadiran ibunya, maka ada kemungkinan dia terikut-ikut dengan sikap kelelakian ayahnya. Maka penyelesaiannya di sini adalah, hendaklah ibu dan ayah memainkan peranan yang seimbang dalam membesarkan anak-anak mereka.

Ketiga: Pendidikan seks yang salah.
Punca yang ketiga ini memerlukan susunan ayat yang tepat kerana dibimbangi sebarang salah faham akan menjadi sumber fitnah kepada diri saya sendiri. Ibubapa perlu memberikan didikan seks yang betul kepada anak-anak mereka. Maksud betul di sini ialah seorang anak lelaki dididik agar cenderung dan minat kepada perempuan dan demikianlah sebaliknya terhadap anak perempuan. Pada waktu yang sama, anak-anak dididik cara perhubungan yang betul agar tidak terjadi sesuatu yang dilarang oleh agama.
Ingat! Islam menginginkan hubungan seksual antara lelaki dan wanita (heteroseksual) dan hubungan ini ada syarat-syaratnya. Kesongsangan berlaku apabila anak-anak dididik seolah-olah semua hubungan antara lelaki dan wanita adalah haram. Didikan yang melampaui batas inilah yang menyebabkan anak-anak membesar dengan kecenderungan seks yang berlawanan dari fitrah ciptaan mereka.
Penyelesaian kepada punca ketiga ini tidak sahaja disandarkan kepada silibus pendidikan ibubapa, tetapi meluas kepada para penjaga, guru, pensyarah dan penceramah.

Keempat: Pengalaman hidup.
Saya pernah dihubungi oleh seorang lelaki dalam umur lewat dua puluhan, menceritakan cabaran yang dihadapinya dalam kehidupan. Cabaran itu ialah minatnya dari sudut seksual kepada sesama lelaki (gay). Dia menceritakan, sepanjang hidupnya dia didik bahawa wanita adalah haram bagi lelaki (Punca Ketiga) dan semasa zaman awal di universiti, dia diliwat secara paksa beberapa kali oleh pelajar lelaki atasan (senior). Semua ini menyebabkan dirinya menghadapi konflik seksual yang sukar diselesaikan.
Punca keempat ini tidak boleh dipandang ringan. Tanpa memandang negatif secara keseluruhan terhadap pendidikan berasrama, saya menasihatkan ibubapa agar menyemak terlebih dahulu sejarah sesebuah sekolah berasrama sebelum mendaftarkan anak mereka ke sana. Para remaja juga hendaklah diberi kesedaran awal akan wujudnya gejala homoseksual di segelintir asrama institusi pengajian tinggi (IPT), baik awam mahu pun swasta, agar seandainya wujud isyarat awal gejala tersebut, mereka dapat bertindak sebelum terlewat.
Pihak pentadbiran sekolah dan universiti juga disaran agar jangan menyapu di bawah tikar seandainya mereka mengetahui wujudnya aktiviti homoseksual di kalangan para pelajar mereka. Sebaliknya hendaklah mereka bertindak segera untuk menyelesaikannya. Dikhabarkan kebanyakan pihak pentadbiran cuba menyembunyikannya demi menjaga nama baik sekolah dan universiti serta kedudukan kewangan mereka. Ini adalah sikap yang bertentangan dengan peranan sebenar mereka dalam bidang pendidikan.
Menyentuh tentang pengalaman, perlu juga diperhatikan dari sudut yang lain. Seorang wanita mungkin pernah diperlakukan secara zalim oleh lelaki lain sehingga dia amat membenci semua lelaki dan mencari ketenangan hidup sesama wanita. Seorang lelaki mungkin pernah terkecewa amat sangat dengan teman wanitanya sehingga dia putus asa terhadap semua wanita dan mencari teman hidup dari kalangan sesama lelaki. Mereka yang pernah mengalami seumpama di atas hendaklah diberi motivasi bahawa bukan semua lelaki atau wanita adalah buruk. Calon heteroseksual yang baik masih banyak di luar sana, hanya memerlukan sedikit usaha dan kewaspadaan untuk mencarinya.

Kelima: Peranan masyarakat.
Merupakan kelaziman masyarakat kita untuk menyisihkan sesiapa yang mereka anggap aneh. Penyisihan ini menyebabkan mereka yang aneh tidak memiliki pilihan lain kecuali berkomuniti dengan orang-orang yang memiliki keanehan yang sama, agar apa yang aneh menjadi tidak aneh. Akhirnya apa yang sedikit aneh menjadi bertambah aneh sehingga amat sukar bagi mereka yang aneh untuk cuba kembali kepada yang tidak aneh.
Bezakan bahawa sebagai umat Islam, kita dituntut untuk membetulkan orang yang berperilaku aneh. Kita tidak akan dapat membetulkan mereka jika kita menyisihkan mereka, malah penyisihan itu akan menyebabkan mereka lebih terjerumus dalam keanehan itu.

Keenam: Salah faham terhadap takdir.
Apabila ditegur tentang kecenderungan jantina dan seksual yang berlawanan dari fitrah manusia, ada yang menjawab bahawa itu adalah takdir Allah ke atas diri mereka dan mereka redha terhadapnya.
Ini adalah kefahaman yang salah terhadap takdir. Ketahuilah bahawa keredhaan terhadap takdir yang tidak disukai pada ukuran manusia terbahagi kepada dua kategori:
  • Kategori pertama adalah takdir yang berupa musibah seperti penyakit dan kemiskinan. Maka kita dianjurkan untuk redha dan pada waktu yang sama berusaha untuk mencari takdir lain yang lebih baik, seperti kesembuhan dari penyakit dan kecukupan sesudah kemiskinan.

  • Kategori kedua ialah takdir yang berupa sesuatu yang dilarang oleh agama, seperti kecenderungan jantina dan seks yang berlawanan dari fitrah manusia. Maka tidak ada dalil yang menganjurkan kita untuk redha dengannya. Sebaliknya semua dalil-dalil agama mewajibkan kita untuk membencinya dan berusaha ke arah takdir lain yang selari dengan tuntutan agama.
Semoga penjelasan di atas dapat membantu segelintir yang menghadapi cabaran kecenderungan jantina dan seks yang berlawanan dari fitrah manusia. Yakinilah bahawa setiap cabaran ada penyelesaiannya, bergantung sama ada kita ingin mencarinya dan berusaha untuk menyelesaikannya. Tidak ketinggalan, jangan berputus asa dari pertolongan Allah kerana Allah bersedia membantu sesiapa yang sentiasa mengharapkan rahmat-Nya