Hadith:
DARI Ibnu Umar r.a katanya: "Saya dengar Nabi SAW bersabda: "Bagi tiap-tiap orang yang khianat (penipu) ada bendera yang dipancangkan tanda khianatnya di hari kiamat kelak. [Riwayat Bukhari]
Huraian Hadith:
Rasulullah SAW menjelaskan sifat-sifat orang munafik, di antaranya: Apabila ia berkata, ia berbohong, apabila berjanji, ia mungkiri dan apabila diberi amanah, ia khianat.
Maka wajar jika Rasulullah SAW menyatakan bahawa berdusta atau berbohong itu termasuk dalam dosa besar.
Dalam sebuah riwayat diceritakan, telah datang kepada Rasulullah SAW, seorang lelaki meminta nasihat.
Lelaki itu mengaku bahawa dia tidak dapat meninggalkan satu maksiat yang biasa dilakukannya, iaitu berzina.
Mendengar pengakuan jujur lelaki ini Rasulullah SAW berwasiat kepadanya: "Hanya dengan satu perkara: "Laa Takzib! (Jangan berbohong!)." Ternyata dengan menjaga untuk tetap melaksanakan nasihat Rasulullah SAW itu, lelaki ini dapat menghindari perbuatan maksiat yang susah ditinggalkannya kerana setiap kali dia ingin melakukan zina, dia akan ingat kepada nasihat baginda itu.
"Bagaimana kalau saya ditanya oleh Rasulullah SAW? Jika saya menjawab: "Tidak, bererti saya telah berbohong. Jika saya mengaku bererti saya wajib dihukum", fikir lelaki tersebut sehingga telah berhenti dari berzina.
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
nota: jangan berbohong!
banyak atau sedikit kita bohong ... tetap dinamakan berbohong.. bg yg x biasa berbohong.. dia akan igt seumur hidup ttg pembohongan yg dibuat. tp bagi yg telah kerap berbohong.. setiap pembohongan akan dilupakan.
dan tanpa 1 pembohongan yang dianggap pembohongan kecil tiada pembohongan yg besar dan pembohongan kecil itu adalah permulaan kepada pembohongan besar.
jgn sehingga tjadi satu masa nanti tiada langsung perasaan bersalah bila berbohong.igt, org yg kita bohong akan tahu tentang pembohongan kita sama ada kita sedar @ tidak. kita akan sedar bila yg dibohong itu menyatakan pembohongan yang telah kita buat.tp mungkin juga kita tidak sedar tentang org yg telah dibohong oleh kita sedar tentang pembohongan yg telah kita lakukan pdnya.kerana org yg dibohong hanya menyimpan di dalam hati kerana pembohongan itu bukalah perkara yg perlu di ambil berat ada juga juga hanya mahu mempermainkan si pembohong (mungkin juga boleh dijadikan sebagai ugutan..mungkin)
awas dgn, "xpe bohong kali ni je"..sbb walaupun kita rasa selamat dgn sikit sj pembohongan.tp bila dh bohong, kena cari lg idea lain tuk bbohong.. kan dah susah..susah dunia.. susah akhirat... ish..ish..ish..
No comments:
Post a Comment