x terhitung salahku

Saturday, 19 November 2011

sakit perut ke?

Sakit perut terjadi kerana makanan yang tidak hadam. Perut yang tidak sesuai atau tidak dapat menerima makanan tertentu menyebabkan semacam berlakunya keracunan. Sakit berlaku akibat bakteria terdapat pada makanan diambil seperti makanan basi, tercemar dan menghasilkan racun. Akibatnya cirit birit dan muntah. Atau, dua dua sekali.
Sakit apendiks menyebabkan perut terasa sakit. Sakit di bawah badan abdomen sebelah kanan. Sakit seperti ini memerlukan pemeriksaan doktor untuk mengenali punca dan memastikan tahap penyakit berkenaan. Sakit ini boleh berlaku kerana serangan gastrik. Gastrik penyakit yang mempunyai banyak sebab. Ia lebih banyak dialami oleh mereka yang telah dewasa, melebihi umur 45 tahun.


Pernyataan Al Quran Mengenai Penyakit Perut
Surah Al Ma’idah Ayat 88.
MAKSUDNYA:
”Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah Telah rezekikan kepadamu, dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman kepada-Nya.”


Pernyataan Al Hadith Mengenai Penyakit Perut


Di dalam sebuah hadith dari Abi Salamah. Hadith ini dari Abu Hurairah Radiallahu Anhu ia berkata bahawa Rasullullah SAW ada bersabda:


HADITH
MAKSUDNYA:
”Kamu semua makan jintan hitam. Maka, sesungguhnya, padanya penawar semua penyakit kecuali as sam. As Sam itu ialah mati.” (Riwayat Tarmizi, Ahmad dan Ibn Habban. Termasuk periwayat hadith ini ialah Imam Bukhari, Ibn Majah dan Ahmad dari Aisyah Radhiallahu Anhu.)

Sakit ini memerlukan masa hendak sembuh seperti sedia kala. Bagi mereka yang tidak menjaga makanan dan pemakanan akan lebih parah apa kala tidak menghitung jenis makanan diambil. Waktu makanan diambil dan faktor faktor lain. Pesakit amat sukar sembuh selagi ia tidak menjaga waktu. Jenis dan tabiat pemakanan dari makanan dimakan.
Tidak semua orang mengalami sakit ini tidak boleh berpuasa. Atau sakit menjadi bertambah teruk sebab ia berpuasa. Jenis dan tahap sakit dialaminya hanya diketahui dirinya sahaja. Dalam keadaan begini nasihat doktor amat perlu.



Amalan 1 : DOA UNTUK PENYEMBUHAN PENYAKIT PERUT
1. Ambil beberapa kuntum bunga betik jantan dan masukkan dalam air.
2. Membaca surah Al Fatihah di air tadi :
Surat Al- Fatihah Ayat 1 - 7
3. Mengiringi dengan membaca doa:
DOA
MAKSUDNYA:
”Ya Allah hilangkanlah sakit perut dari perut (nama pesakit dan ibu).”
4. Diikuti, membaca Selawat Syifa.

SELAWAT
MAKSUDNYA:
“Ya Allah, Berilah rahmat ke atas penghulu kami, Muhammbad SAW yang menyembuhkan hati hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan, juga cahaya penglihatan dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan atas keluarga dan sahabatnya.”

5. Membaca Selawat Tafrijiyyah (Selawat merungkaikan kebuntuan penyakit dan masalah)

SELAWAT
MAKSUDNYA:
“Ya Allah anugerahkan rahmat dan kesejahteraan yang sempurna ke atas peghulu kami Nabi Muhammad SAW yang dengan berkatnya terhurai ape yang tersimpul, terlepas dari segala kesusahan juga ditunaikan segala hajat dan tercapai segala keinginan, dan akhir hayat yang baik, dan dicurahkan rahmat, hasil keberkatan wajahnya yang mulia, kerahmatan dan kerahmatan yang sempurna. Engkau anugerahkan juga YA Allah, ke atas keluarga dan sahabatnya dengan kiraan setiap kerdipan mata, juga hembusan nafas dan setiap bilangan ilmu yang ada bagi Mu.”

6. Air yang mengandungi bunga betik itu di rebus dan di minum selama 3 kali sehari untuk 7 hari.

Amalan 2 : SENAMAN & PERGERAKAN KHUSUS IA ITU MEDITASI
Meditasi yang disarankan oleh Ahlus Syifa bagi memulihkan penyakit kolestrol terutamanya ketika penyakit ini bertambah parah. Maka bacailah zikir ini menjadi sebagai suatu meditasi menyebut ZIKIR YA SYAFI sebanyak mungkin yang boleh sambil mendiamkan diri di malam hening bening.
ZIKIR YA SYAFI
Ya Khafi ... Yang Maha Memberi Kebaikan
Ya Syafi .... Yang Maha Menyembuhkan
Ya Muafi .... Yang Memberi Afiat

Amalan 3 : Seterusnya membaca doa.
DOA
MAKSUDNYA:
"Ya Allah, Tuhan yang mengecilkan yang besar dan yang membesarkan yang kecil maka kecilkanlah apa yang aku alami. Wahai Tuhan yang Maha pemurah dan penyayang yang mengasihi segala galanya."

MAKANAN YANG DISARANKAN BAGI PENGHIDAP PENYAKIT PERUT

KHAL – MAKANAN KESIHATAN PARA NABI

Ini makanan kesihatan sunnah para Nabi. Penyembuh kepada penyakit yang digeruni seperti darah tinggi, kencing manis, jantung, kolestrol dan obesiti. KHAL ialah nama di dalam bahasa arab yang bermaksud satu bahan daripada buah buahan seperti tamar (kurma), epal, anggur, tin (fiq) disimpan atau diperam dalam jangka masa tertentu bertukar dari jus buah menjadi alkohol, menjadi yis kemudian bertukar menjadi asid asetat dan akhir menjadi KHAL. Di dalam bahasa Inggeris dipanggil vinegar.
Khasiat dan kelebihan KHAL ialah satu kenyataan yang tercatat dalam kitab kitab perubatan Islam. Catatan ini sudah lama wujud dikenali umum serta diamalkan sejak zaman Nabi Muhammad SAW sampai ke hari ini. KHAL ialah “minuman kesihatan sunnah Nabi Nabi. KHAL bukan satu penemuan baru atau kaian baru seperti setengah makanan kesihatan lain.



MADU LEBAH DAN LI KHAMSATUN

Madu lebah merupakan salah satu perubatan menurut wahyu disebut di dalam Al Quran dan Hadith Nabi SAW. Terdapat satu surah khas dalam Al Quran tentang lebah iaitu Surah Al-Nahl pada ayat 68-69.

Surah Al-Nahl Ayat 68 -69
MAKSUDNYA:
“..... dari mulut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam macam warna. Di dalamnya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan penyakit bagi manusia.”



Li Khamsatun terdiri daripada madu lebah dan dua puluh (1-20) herba berkhasiat. Kesemua gabungan ini mempunyai dalil dalil atau nas sama ada dari Al Quran, Hadith Nabi SAW pendapat ulama perubatan Islam. Inilah satu gabungan yang sangat kuat dengan dalil dalil atau nas, InsyaAllah dapat menyembuhkan penyakit manusia. Antara 20 herba tersebut ialah hindiba, habbatus sauda’, babunaj, hulbah, zanjabil dan lain lain.



SAFFRON – MENGGURANGKAN MENGELUARKAN TOKSIK


Saffron atau Za'faran ialah sejenis bunga yang paling berharga dan mempunyai banyak khasiat serta terkenal kegunaannya di dalam dunia perubatan herba moden dan tradisional di Timur dan Barat. Digunakan juga sebagai bahan campuran semulajadi dalam pelbagai jenis makanan dan minuman serta di bidang kosmetik.
Kebiasaannya, za'faran ini dijadikan sebagai dakwat ditulis doa doa penyembuhan penyakit seperti doa menguatkan ingatan, hafalan, pintar, doa menghilangkan penyakit misteri seperti gangguan makhluk halus, sihir, santau dan penyakit umum dengan cara air diminum.

Tuesday, 15 November 2011

salam bkn mahram

hukum...

haram walaupun dia adalah pakcik kte..
dn tmasuk juga sepupu..

maluuuuuuu

org ngn kwn2 g ziarah

tetiba ayah kwn org hulurkan tgn dia

org, mariam, melissa saling pandang antara kami

agak lama pkck tu hulurkn tgn dia

trus org salam pkcik tu

arggggggggg

astaghfirullah hal 'azim

astaghfirullah hal 'azim

astaghfirullah hal 'azim


apa org dh buat  ni


astaghfirullah hal 'azim


nota : bila ada mna2 pakcik yg menghulurkan tgn... cuma ckp trus terang"pakcik maaf...  "


mood : sedih..!malu dgn diri sendiri...! jgn membiasakan diri dgn adat yg membelakangkan islam...

Friday, 11 November 2011

Streptococcus sp

Streptococcus sp... 


sampai bila??????????????????????????!!!!!!!!!


mood :( penicillin V 250mg kna jd mknn kegemaran org mulai harini ...2 kali sehari.. (30 min sblm mkn @ 2 jam slps mkn)..jgn skip balkis! 


penicillin - rasa pahit itu nikmat dan faktor kesempurnaan... subhanallah

Wednesday, 9 November 2011

sempurna VS nasihat

‎"Sesungguhnya Aku Sedang Menasihati Kamu, Bukanlah Bererti Akulah Yang TERBAIK Dalam




 Kalangan Kamu.




 Bukan Juga Yang Paling SOLEH Dalam Kalangan Kamu, 




Kerana Aku Juga Pernah MELAMPAUI Batas Untuk Diri Sendiri.




 Seandainya Seseorang Itu Hanya Dapat Menyampaikan DAKWAH Apabila Dia SEMPURNA, 




Nescaya Tidak Akan Ada 



PENDAKWAH. Maka Akan Jadi Sikitlah Orang Yang Memberi PERINGATAN."





 ( IMAM HASAN al-BASRI)





kadang2 terasa geram dgn diri ni... kalau ditegur, terima je la... dan pbaiki diri.. tp ni x... ble ditegur.. "ish dia pun wat salah nk tegur org..betulkan diri, sblum betulkn org lain"

eee... degilnye... 

ish! sukatila nk terima @ x... nk baik ke buruk?

hah!..fikir2...

p/s: bila kita ditegur sbnrnya org tu care sgt tentang diri kita.. terasa x klu org yg kita syg x tegur kita. cth mak ayah abaikan korang.. sedih x?.. adk bradik abaikan...x pun kwn baik wat x tau je ttg korng...confirm sedih.. klu org yg sensitif plak, ble lecturer abaikan korang (pdhal lecturer x pape pn, cume kurang pandang korang mse lecturer..pandang je pun..ni pun dh terasa sensitip.. alahai.).. sedih? 

nota: org teringat kata2 suriati.. "mu ni dh LAMA baligh, tp BARU je mumaiyiz." haha..org ketawa dia ckp camtu.. 




PESANAN:
~♥ Jangan kau fikir kawan yang sering menasihati mu adalah manusia yang tak pernah di uji..(dia kerap di uji bertubi-tubi)
~♥ Dia bertegas dalam dalam hal-hal agama kerana risau bahang api neraka.
~♥ kawan kamu bukan malaikat dia juga hamba Allah.
~♥ Jadi bersangka baik lah dengan nya..dia sebenar nya ingin memimpin kamu masuk ke syurga bersama2 dengan nya.



‎" Kita mendidik orang lain adalah untuk mendidik diri sendiri, seperti kita membasuh kain, kain itu akan jadi bersih tapi pada masa yang sama tangan kita juga akan bersih".(Imam Al-Ghazali)

Monday, 7 November 2011

comel...





p/s : add la DoodleDakwah kat fb... msg yg comel.... 

Saturday, 5 November 2011

placebo

placebo???????


cth : korng demam, dan sorg doctor akn bg prescripsi ubat...korg yakin sgt dgn ubat dan doktor yg korng jumpa tu...lpas mkn ubat, terus sembuh... pdhal doctor cume bg inert tablet jek (ubat yg x berikan pape effect pun thdp diri korg)..haha... kna tipu dah...doctor x salah pun kat sini... dia ada sbb wat camtu pd korg.. 


cth lain :korng demam, dan sorg doctor akn bg prescripsi ubat...tp korg x suke mkn ubat drp hospital..kononya bhn kimia, bahaya tuk badan ... jd, korg akn cari alternatif lain... k.. org kata, gula batu boleh sembuhkan drp demam...dan kononnya dgn mkn gula batu korang akan sembuh.. jd, tnpa belengah2 (yeke tanpa berlengah2.. kn slalunya bab mncari ubat mmg akan berlengah pun) terus mkn gula batu tuk hilangkan demam... tetiba, bbrapa jam pastu korang terus sihat wal afiat... alhamdulillah chat...berkesan betulkan gula batu tu.. (wallahu 'alam la gula batu tu boleh sembuhkan demam.. org cume ltak contoh tuk placebo.. klu tul dlm kajian boleh sembuhkan demam, bgus la.)


itulah placebo... kesan kpd psikologi .. placebo akan ada keyakinan terhadap sesuatu yg dpt berikan penyembuhan bg demam, sakit saraf, sakit sendi, kesakitan,tbls imun pun sama jgk la ...otak memainkan peranan penting dlm kwl tubuh bdn dsbbkn oleh placebo...


slain drp bhn2 utk dimakan , placebo jgk boleh libatkan sham surgery (pembedahan olok2)...keh..keh...keh...


jgn lupa!!!! kesembuhan tu drp Allah... dan perlu usaha tuk kesembuhan..


tips drp org, sakit mcmmna pn jgn manjakan diri.. okeh.. 

Wednesday, 2 November 2011

huh.. tgn gatal nk menaip... tp ..xpela ..

org mulakan

td final exam tuk semester 4 pun brakhir.. 2 hari, 3 modul (subjek) dgn 5 kertas

zura demam mse exam, x tahu la seteruk mana.. tp smpai ke peringkat menangis.. kulit dia pun dh jd kemerah2n..

setiap org, level kesakitan berbeza.smoga dia cpt sembuh bwh jgaan Allah.

1 fakta yg org nk beri : perempuan mempunyai tahap menahan kesakitan yang lebih tinggi daripada lelaki secara semulajadi (tp ...)..dan perempuan mampu untuk menampung beban kerja yang lebih tinggi tanpa rungutan (sebenarnya).

sekian...

fuhhhh... ni je ilham drp Allah.x pcaya dgn fakta tu??? cari org yg lbh pakar tuk terangkan..

Wednesday, 26 October 2011

PENDIAGNOSAN MAKMAL PARASIT MALARIA (morfologi)

gambarajah 1 : Plasmodium falsiparum dalam pencelupan giemsa


gambarajah 2 : Plasmodium malariae dalam pencelupan giemsa


gambarajah 3 : Plasmodium ovale dalam pencelupan giemsa



gambarajah 4 : Plasmodium vivax dalam pencelupan giemsa


nota: td org dh post, tetiba teringat kat blog walker... tuk student MLT @ environmental health @ medic.. tau la kan benda apa ni..k.. utk yg x tahu.. ni gambar2 parasit yang ada dlm drh.. sgt2 bahaya.. pnh dgr kn, demam malaria.. jd, demam malaria ni disebabkn ada parasit ni dlm darah.. bile kte wat pencelupan (pe tu pencelupan..senang citer, pencelupan tu proses mewarnakan darah pd slaid..), akan nampak la parasit ni dlm darah tu tp syaratnye, tgk bawah kanta mikroskop la.kalau tgk dgn cermin mata @ kanta biasa tu x kn nmpk la ye...bayangkan dlm darah kte ada parasit.. dan parasit ni ada peringkatnye dlm darah.ada trofozoit (parasit dewasa),skizon ngn gametosit.. leh baca kat pengenalan dia kat " pengenalan malaria "<< klik je...

nota lg : hebatkan ciptaan Allah.. ni antara makhluk kecik yg dia cipta.. walaupun kecik, tp leh bawa mudharat.. tp Allah x beri kn itu sbg penyakit tanpa penawarnya. dan Allah x bg penyakit tuk kita jd org yg x redha, ptus asa, murung... tp kita tgk semula sekuat2 mana pun kita, sehebat mana pun kita x kn dpt lwn kuasa Allah. Allah bg segalanya pd kita..jgn sombong pd Allah.igt, firaun x pernah sakit dan dsbbkn dia x pernah sakit, dia anggap dia terhebat dan dia lah tuhan... tp wat yg sihat tu, jgn pulak minta doa tuk berpenyakit.Allah bg sihat tu sbg kesempatan la tu.. jgn lupe...sakit sbg ujian dan x sakit tu pun tetap sbg ujian.

org sakit jantung disebabkan streptococcus sp... hebat streptococcus 2, benda kecik2 leh rosakkan injap org yg besar ni... ish...ish... rupenya, itulah hebat nya kuasa Allah... jgn tersalah pandang siapa yg hebat ye..igt ALLAH. (kebarangkalian tuk injap org rosak semula masih ada...masa kat lab mikrob ospital muar, org wat sputum culture dan sputum culture org, masih lg ada Streptococcus aureus..dah jd normal flora bg org ke? pas final exam, org msuk lab mirob smula. so nk wat culture lg. nk tgk cmne. ujian sensi plak x pyh..)





PENDIAGNOSAN MAKMAL PARASIT MALARIA (PENCELUPAN)

PENCELUPAN MALARIA
1.                    Pencelupan field iaitu terbahagi kepada pencelupan field cara cepat dan cara lambat.
2.                    Pencelupan giemsa. Juga terbahagi kepada pencelupan cara cepat dan pencelupan cara lambat.

PENYEDIAAN PENCELUP
PENCELUP FIELD
Pencelup A   : methelene blue, medicinal          0.8g
                          Azure I                                             0.5g
                          Disodium hydrogen phosphate  5.0g
                          Na₂HPO4 anhydrous                    
                          Potassium dehydrogen phosphate
                          KH2PO4                                            6.25g
                          Air suling                                         500ml
Larutkan garam sodium dan potassium dalam air suling dengan mengacaunya dengan menggunakan pengacau kaca. Masukkan methulene blue dan larutan Azure I yang pada mulanya telah digilingkan dengan sedikit larutan phosphate dalam mortar, sebelum disebatikan.
Pencelup B   :  Eosin, kuning, larut air    1.0g
                          Na2HPO4 anhydrous         5.0g
                          KH2PO4                                6.25g
                          Air suling                             500ml
Larutkan garam fosfat dalam air suling dan campurkan eosin sebelum disebatikan dengan pengacau kaca.

Pencelup-pencelup ini mesti disimpan dalam botol pyrex dan dibiarkan ‘masak’ selama 24 jam. Kemudian pencelup ini dituras sebelum digunakan.

LARUTAN TAMPAN FOSFAT UNTUK PENCELUPAN MALARIA

                        Disodium hydrogen fosfat (Na2HPO4) anhydrous        1.0g
                        Potassium dihidrogen fosfat (KH2PO4)                           0.7g
                        Air suling                                                                               1000ml
Ini ialah larutan tampan hipotonik dengan pH 7.2. larutan ini digunakan dalam pencelupan Malaria. pH yang tepat akan memberikan tindakbalas pencelupan Romanosky yang baik. Kebanyakan sifat-sifat yang sangat penting untuk menentukan malaria dalam filem darah, akan dipertunjukkan dengan jelas dalam pH 7.0- 7.2. Uji pH larutan tampan ini sebelum digunakan.

PENCELUP GIEMSA
                        Serbuk giemsa (Revector)             3.8g
                        Glycerol (Analar)                              250ml
                        Methanol (Analar)                            250ml
Gilingkan dengan bersungguh-sungguh serbuk pencelup kedalam mortar gelas. Tambahkan glycerol perlahan-lahan sambil gilingkan dan sebatikan pasa setiap tambahan. Tuangkan lebih kurang setengah isipadu methanol yang telah disukat ke dalam mortar dan gilingkan
Pindahkan pencelup ini kedalam botol gelap yang bersih. Tambahkan setengah isipadu methanol yang tetinggal ke dalam mortar, giling dan sebatikan sisa pencelup yang tertinggal
Biarkan pencelup ini ‘masak’ selama 2-3 hari pada suhu 37°C dan mesti digoncang 6-10 kali setiap hari sehingga bahan ini larut. Turaskan pencelup dan simpan didalam ‘drop bottle’ sebelum digunakan.


PENCELUP GIEMSA- CARA WALKER
Sediakan flask Erlenmayer (Pyrex) yang bersih atau botol yang sesuai dengan 50 bijian gelas yang berdiameter 5mm
1.    Biji-bijian gelas dibasuh engan methanol dan dibiarkan kering
2.    Bijian gelas kemudiannya dimasukkan kedalam flask, kemudian basuh sekali lagi cengan methanol.
3.    Isipadu methanol (Analar, bebas aceton)yang telah disukat dituangkan kedalam flask yang telah disediakan dan masukkan serbuk giemsa(Revector).
4.    Flask ditutup ketat dan serbuk giemsa dibiarkan tenggelam dengan perlahan-lahan hingga ke bawah flask.
5.    Flask digoncang secara bulatan selama 2-3 minit.
6.    Glycerol ditambah (Analar) dan proses goncangan diulang. Goncang pada setiap 30 minit, sekurangnya 6 kali.
7.    Eram pada suhu 37°C selama 24 jam dan goncang dari semasa ke semasa.
8.    Pencelup tersebut dituran dann disimpan dalam ‘drop bottle’ untuk digunakan






CARA PENCELUPAN UNTUK FILEM DARAH NIPIS MALARIA

PENCELUPAN FIELD (CARA CEPAT)
1.    Filem darah nipis difixkan dengan methanol selama 30 saat
2.    Slaid dibasuh dalam air untuk menghilangkan methanol dan dimasukkan kedalam pencelup B selama 3 saat.
3.    Ia dibasuh sekali lagi dala air untuk tempoh beberapa saat.
4.    Slaid kemudiannya dimasukkan kedalam air untuk beberapa saat
5.    Basuh dengan air
6.    Slaid ditegakkan diatas rak slaid untuk mengeringkannya dan periksa di bawah mikroskop.

PENCELUPAN GIEMSA (CARA LAMBAT)
1.    Filem darah nipis dibiarkan kering dan difixkan dengan methanol selama 30 saat
2.    Larutan pencelup 10% Giemsa disediakan dengan larutan tampan fosfat pH7.2 sambil menunggu filem darah nipis ini kering.
3.    Pencelup Giemsa cair ini kemudiannya dituangkan ke atas filem tersebut dan biarkan pencelupan selama 20 minit.
4.    Slaid dibaruh dengan air yang berarus.
5.    Slaid dibiarkan kering dan diperiksa dibawah mikroskop.

PENCELUPAN UNTUK FILEM DARAH TEBAL MALARIA
PENCELUPAN FIELD (CARA CEPAT)
1.    Filem darah tebal dibiarkan kering sama ada dibiarkan dalam ‘slide tray’ atupun dibiarkan di bawah cahaya matahari selama 3-5 minit.Inkubator bersuhu 37°C juga boleh digunakan.
2.    Slaid dimasukkan ke dalam pencelup A selama 3 saat.
3.    Slaid kemudia dibasuh dengan perlahan lahan dalam air selama 10 saat,
4.    Slaid kaca direnjiskan untuk meghilangkan air yang berlebihan.
5.    Slaid kemudian dimasukkan kedalam pencelup B selama 1 saat.
6.    Kemudia basuh seperi langkan 3 selama 10 saat.
7.    Slaid dibiarkan kering pada suhu bilik. Jangan gunakan incubator atau pemanas udara ‘hair dryer’

PENCELUPAN GIEMSA (CARA LAMBAT)
1.    Filem darah dibiarkan kering.
2.    Larutan pencelup 10% giemsa dengan larutan tampan fosfat pH 7.2 disediakan semasa menunggu filem darah untuk kering.
3.    Slid diletakkan diatas 2 batang keluli gelas dan pencelup Giemsa cair dituangkan keatasnya. Slaid dibiarkan selama 10 minit.
4.    Perlaha-lahan baruh dengan air bersih selama 10 saat.
5.    Slaid dibiarkan kering dan diperiksa dibawah mikroskop.
PEMERIKSAAN MIKROSKOP
PEMERIKSAAN FILEM DARAH NIPIS
Memandangkan pemeriksaan bagi filem darah nipis adalah 10 kali ganda lebih panjang daripada pemeriksaan untuk filem darah tebal, pemeriksaan sebagai rutin adalah tidak digalakkan kerana hanya sedikit slaid yang boleh dibaca dalam sehari kerana tempoh masa yang panjang untuk melakukan pemeriksaan keatas filem darah nipis ini.
Walau bagaimanapun, pemeriksaan filem diperlukan dalam keadaan berikut :
·         Kesukaran  untuk memeriksa filem darah tebal  kerana morfologinya telalu kecil, atau juga disebabkan autofiks
·         Apabila perlu untuk konfirmasikan spesies

Apabila pemeriksaan filem darah nipis dilakukan, kaedah standad perlu dilakukan seperti:
1.    Petakkan slaid keatas pentas mekanikal mikroskop
2.    Letakkan pada posisi kanta 100X dengan diletakka setitis oil immersion.
3.    Periksan filem darah bedasarkan pergerakan yang ditujukkan pada gambarajah dibawah. Iaitu slaid digerakkan sepanjang filem darah dalam keadaan vertical atau horizontal dan kembali kepada pergerakan lateral . langkah ini diulang.
4.    Teruskan memeriksa sehingga 100 field samaada filem darah adalah positif atau negetif bagiu infeksi malaria


Gambarajah pemeriksaan filem darah nipis (sama aga secara vertical atau horizontal tapi dala keadaan selari)


PEMERIKSAAN FILEM DARAH TEBAL

Pemeriksaan filem darah tebal dilakukan adalah sebagai proses penyaringan keatas sampel darah sama ada positif malaria atau negatif malaria. Spesies malaria yang terinfeksi tidak dapat diketahui perbezaan morfologi malaria dalam filem darah tersebut telah berubah. Filem darah tebal ini juga diperiksa bagi 100  field.
Teknik bagi pemeriksaan filem darah tebal adalah :
1.    Dengan menggunakan kanta objektif 40X, imbas keseluruhan filem darah sama ada terdapat parasit malaria. Dalam masa yang sama, pilih kawasan yang tercelup dengan baik iaitu bebas skum, SDP dan lain-lain.
5.    Titiskan oil immersion pada filem darah tebal tersebut dan lihat dibawah kanta 100X dan lakukan pemeriksaan dengan slaid digerakkan sepanjang filem darah dalam keadaan vertical atau horizontal dan kembali kepada pergerakan lateral . langkah ini diulang.
6.    Gunakan tally counter untuk melakukan pembilangan parasit dalam 100 field.


Pemeriksaan filem darah tebal.