aha~~~ tu post org kat fb org... ada sesiapa yg terasa? x.. bkn niat org tuk wat sesiapa terasa.. tp meh org tekankan skali lg ea.. blog dan fb org adalah ingatan tuk diri org, sesiapa yg dpt kbaikan bersama, Alhamdulillah...
rasanya, post kali ni org nk wat agak panjang... ada sesiapa yg berani nk baca? klu berani, n nak ilmu.. baca lah.. silakan.. tp klu x nk baca,cube la baca gak.. ne tau tetiba dpt ilmu kan..
first, org nk share tentang tarikh sambutan hari ibu
13 Mei 2012
MALAYSIA, Anguilla, Aruba, Australia, Austria, Bahamas, Bangladesh, Barbados, Belgium, Belize, Bermuda, Bonaire, Brazil, Brunei, Bulgaria, Canada, Chile, China, Colombia, Croatia, Cuba, Curaçao, Cyprus, Czech Republic, Denmark, Ecuador, Estonia, Finland, Germany, Ghana, Greece, Grenada, Honduras, Hong Kong, Iceland, India, Italy, Jamaica, Japan, Latvia, Malta, Myanmar, The Netherlands, New Zealand, Pakistan, Peru, Philippines, Puerto Rico, Singapore, Slovakia, South Africa, St. Lucia, Saint Vincent and the Grenadines, Suriname, Switzerland, Taiwan, Trinidad and Tobago, Turkey, Ukraine, United States, Uruguay, Venezuela, Zimbabwe
6 Mei 2012
Hungary, Lithuania, Portugal, Spain
27 Mei 2012
bagi negara Algeria, Dominican Republic, France,Haiti, Mauritius, Morocco, Sweden, Tunisia.
22 Mac 2011
Ireland, Nigeria, United Kingdom
12 Ogos 2012
Thailand yang juga merupakan tarikh lahir Queen Sirikit
22 Disember 2012 di Indonesia
(Sumber: Tarikh Hari Ibu 2012 Di Malaysia | melvister.com)
second: hari ibu menurut pandangan islam
Hari Ibu: Menurut pandangan
Islam. Jawapan kepada Hari Ibu: Pemujaan DEWA golongan Kafir?
Perayaan ini disambut dengan
asal-usul yang berbeza-beza. Setelah diteliti kembali berpandukan maklumat yang
ada, setiap negara yang menyambut HARI IBU ini berbeza-beza tujuannya.
Sebagai contoh:
masyarakat Yunani Purba merayakan
Hari Ibu bertujuan untuk memuja ibu-ibu sebagai simbolik kepada Cybele, ibu
dewa-dewi Yunani yang agung.
Manakala di Rom Purba pula Hari Ibu disebut sebagai perayaan Montralia yang memperingati dewi Juno, dan ibu lazimnya diberi hadiah pada hari ini.
Malah di China, sesetengah rakyat China sedang mula memupuk Hari ibu sebagai memperingati Meng Mu, ibu kepada Mencius, tetapi masih belum menjadi perayaan rasmi kecuali di beberapa bandar sahaja.
Manakala di Rom Purba pula Hari Ibu disebut sebagai perayaan Montralia yang memperingati dewi Juno, dan ibu lazimnya diberi hadiah pada hari ini.
Malah di China, sesetengah rakyat China sedang mula memupuk Hari ibu sebagai memperingati Meng Mu, ibu kepada Mencius, tetapi masih belum menjadi perayaan rasmi kecuali di beberapa bandar sahaja.
Adakah menyambut HARI IBU bererti
menyambut perayaan seperti yang disambut oleh masyarakat kuffar seperti di negara-negara
lain?
Setelah meneliti dan membaca
kembali sejarah dan kenyataan tentang Hari Ibu di dalam beberapa makalah, apa
yang dapat simpulkan adalah perayaan ini disambut mengikut tujuan dan
sebab-sebab tertentu seperti yang dinyatakan di atas.
Rasulullah SAW bersabda;
Maksudnya: Sesungguhnya setiap
perbuatan itu disertakan dengan niat dan sesungguhnya setiap orang itu apa yang
diniatkan. Barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya
kerana Allah dan Rasulnya dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia atau
kerana perempuan yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya kepada apa yang
dihajatkannya. (Muttafaqun Alaih)
Pengajaran daripada hadis di
atas, walaupun hijrah itu merupakan suatu perkara yang diperintahkan oleh Allah
dan melaksanakannya merupakan suatu ketaatan yang akan dibalas dengan pahala
sekiranya dilakukan semata-mata kerana Allah SWT dan seandainya dilakukan
kerana niat selain kerana-Nya walaupun ianya perkara ketaatan namun ianya tidak
akan diganjari dengan pahala oleh Allah SWT.
Begitu juga keadaannya dengan
sambutan Hari Ibu ini, seandainya dilakukan kerana mengagung-agungkan tuhan
selain daripada Allah, maka ianya akan menyebabkan kekafiran yang nyata.
Di Malaysia, Hari Ibu disambut
kerana merealisasikan pengiktirafan yang dinyatakan oleh Allah di dalam
Al-Quran;.
Maksudnya: Dan Tuhanmu telah
perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan
hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. jika salah seorang dari
keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan
peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan
kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking
menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang
bersopan santun). [ Al-Isra’: 23]
dan
Maksudnya: Dan Kami wajibkan
manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; dan jika mereka berdua mendesakmu
supaya engkau mempersekutukan Aku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau
tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah engkau taat kepada
mereka. kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Aku akan
menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan. [Al-Ankabut: 8]
Malah Nabi SAW juga bersabda;
Maksudnya: Telah bersabda rasulullah kepada
seorang lelaki ketika ditanyakan kepada baginda : “Siapakah manusia yang paling
layak aku berbuat kebaikan padanya? Rasulullah bekata : ibu kamu, kemudian
siapa? Berkata rasululah : ibu kamu, kemudian siapa? Berkata rasulullah : ibu
kamu, kemudian siapa? Ayah kamu.
Malah dengan menyambut hari ibu,
secara tidak langsung dapat mengingatkan kepayahan dan jerih perit yang dilalui
oleh ibu bapa untuk membesarkan dan mendidik anak mereka mengikut acuan yang
sebenarnya. Memandangkan keadaan masyarakat Malaysia yang semakin teruk
mengikut cara hidup barat yang keterlaluan, maka Hari Ibu merupakan cara yang
terbaik untuk menyedarkan sebuah masyarakat yang alpa untuk beramal mengikut
apa yang diajar oleh Al-Quran dan As-Sunnah.
Dengan menyambut Hari Ibu, kita
dapat menggembirakan wanita-wanita yang bergelar ibu kerana perbuatan membuat baik
kepada manusia adalah suatu perkara yang sangat dianjurkan oleh agama
sepertimana yang disebut oleh Syeikh Siddiq Al-Minsyawi di dalam kitabnya
Syarhu Al-Arbain An-Nawawiyah, apabila terdapat sesuatu perbuatan dan ianya diiringi
dengan niat maka perbuatan itu dilakukan di atas 3 keadaan:
1. Amalan yang dilakukan kerana
takut kepada Allah SWT.
2. Amalan yang dilakukan adalah semata-mata untuk mendapatkan ganjaran pahala dan syurga daripada Allah SWT.
3. Amalan yang dilakukan adalah kerana malu kepada Allah dan untuk melaksanakan tanggungjawabnya beribadat kepada Allah SWT.
2. Amalan yang dilakukan adalah semata-mata untuk mendapatkan ganjaran pahala dan syurga daripada Allah SWT.
3. Amalan yang dilakukan adalah kerana malu kepada Allah dan untuk melaksanakan tanggungjawabnya beribadat kepada Allah SWT.
Dakwah Kepada Non-Muslim.
Hari Ibu juga merupakan suatu
medium dakwah yang sesuai terhadap golongan non-muslim di negara berbilang kaum
seperti di Malaysia. Semua agama (tidak kira agama samawi ataupun agama
ciptaan) bersepakat bahawa perbuatan memuliakan kedua ibu bapa merupakan suatu
amalan yang akan mendapat ganjaran yang baik lebih-lebih lagi di dalam agama
Islam.
Maksudnya: Daripada Abi Abdul
Rahman Abdullah Ibn berkata: Aku telah bertanya kepada Rasulullah SAW: Apakah amalah
yang paling disukai oleh Allah SWT? Nabi menjawab: Solat pada waktunya. Aku
bertanya lagi: Kemudian? Nabi menjawab: Berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Aku
bertanya lagi: Kemudian? Nabi menjawab: Berjihad di jalan Allah. (Muttafaqun
Alaihi)
Peluang Hari Ibu seharusnya kita gunakan untuk
menjadikannya sebagai suatu wasilah dakwah kepada golongan nonmuslim.
Islam meninggikan martabat wanita
dengan menghalangnya daripada dibunuh dan ditanam hidup-hidup sepertimana yang
berlaku di zaman Jahiliyyah. Di dalam agama Islam juga golongan wanita ditatang
bagai minyak yang penuh, tidak dibenarkan untuk berpakaian yang menjolok mata,
diperintah agar susuk tubuhnya ditutup daripada menjadi santapan manusia yang
tidak berhak untuk menatapnya dan ini berlainan dengan apa yang berlaku di
negaranegara BARAT.
Di barat, golongan wanita dilabel
sebagai suatu ikon seks yang keterlaluan dan wanita juga diperagakan untuk kepentingan
individu. Ini tidak sepatutnya berlaku kerana setiap manusia yang dilahirkan
oleh Allah SWT adalah suatu makhluk yang cukup dimuliakan oleh Allah SWT dengan
beberapa kelebihan.
Allah berfirman di dalam Surah
Al-Baqarah ayat ke-31;
Maksudnya: Dan ia telah
mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya
kepada malaikat lalu ia berfirman: "Terangkanlah kepada-Ku nama
benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar".
Al-Israa' ayat 70;
Maksudnya: Dan Sesungguhnya Kami telah
memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai
kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka
dari benda-benda Yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka Dengan
selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk Yang telah Kami ciptakan.
Kesimpulannya menggembirakan para
ibu dengan menyambut Hari Ibu adalah suatu perkara yang dianjurkan oleh agama
selagimana tidak berlebih-lebihan dan tidak menyambutnya dengan mengadakan
perkara-perkara yang berbentuk maksiat dan menyambut Hari Ibu untuk
mengagung-agungkan Tuhan Ibu adalah perkara yang jelas kekufurannya dan
menyekutukan Allah adalah suatu dosa besar di sisi Allah SWT.
Maksudnya: Sesungguhnya Allah
tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua),
dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya
(menurut aturan Syariat-Nya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan
sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.
Rujukan:
[1] Tafsir Al-Quran Al-Karim.
[2]RiyadhusNuzhatul Muttaqin
Syarah Ri Solihin [1/314]
[3] Syarhu Al-Arbain An-Nawawiyah
org kidnap drp : bkasm.org (main page), jawapan hari ibu (format PDF drp bkasm.org)
org kidnap drp : bkasm.org (main page), jawapan hari ibu (format PDF drp bkasm.org)
Terima Kasih berkongsi Ilmu :)
ReplyDeletesama2.. ilmu mmg perlu tuk dikongsikan kn?
ReplyDelete