x terhitung salahku

Sunday, 18 September 2011

jangan berbohong


Hadith:

DARI Ibnu Umar r.a katanya: "Saya dengar Nabi SAW bersabda: "Bagi tiap-tiap orang yang khianat (penipu) ada bendera yang dipancangkan tanda khianatnya di hari kiamat kelak. [Riwayat Bukhari]

Huraian Hadith:

Rasulullah SAW menjelaskan sifat-sifat orang munafik, di antaranya: Apabila ia berkata, ia berbohong, apabila berjanji, ia mungkiri dan apabila diberi amanah, ia khianat.

Maka wajar jika Rasulullah SAW menyatakan bahawa berdusta atau berbohong itu termasuk dalam dosa besar.

Dalam sebuah riwayat diceritakan, telah datang kepada Rasulullah SAW, seorang lelaki meminta nasihat.

Lelaki itu mengaku bahawa dia tidak dapat meninggalkan satu maksiat yang biasa dilakukannya, iaitu berzina.

Mendengar pengakuan jujur lelaki ini Rasulullah SAW berwasiat kepadanya: "Hanya dengan satu perkara: "Laa Takzib! (Jangan berbohong!)." Ternyata dengan menjaga untuk tetap melaksanakan nasihat Rasulullah SAW itu, lelaki ini dapat menghindari perbuatan maksiat yang susah ditinggalkannya kerana setiap kali dia ingin melakukan zina, dia akan ingat kepada nasihat baginda itu.

"Bagaimana kalau saya ditanya oleh Rasulullah SAW? Jika saya menjawab: "Tidak, bererti saya telah berbohong. Jika saya mengaku bererti saya wajib dihukum", fikir lelaki tersebut sehingga telah berhenti dari berzina.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia



nota: jangan berbohong!


banyak atau sedikit kita bohong ... tetap dinamakan berbohong.. bg yg x biasa berbohong.. dia akan igt seumur hidup ttg pembohongan yg dibuat. tp bagi yg telah kerap berbohong.. setiap pembohongan akan dilupakan. 


dan tanpa 1 pembohongan yang dianggap pembohongan kecil tiada pembohongan yg besar dan pembohongan kecil itu adalah  permulaan kepada pembohongan besar.


jgn sehingga tjadi satu masa nanti tiada langsung perasaan bersalah bila berbohong.igt, org yg kita bohong akan tahu tentang pembohongan kita sama ada kita sedar @ tidak. kita akan sedar bila yg dibohong itu menyatakan pembohongan yang telah kita buat.tp mungkin juga kita tidak sedar tentang org yg telah dibohong oleh kita sedar tentang pembohongan yg telah kita lakukan pdnya.kerana org yg dibohong hanya menyimpan di dalam hati kerana pembohongan itu bukalah perkara yg perlu di ambil berat ada juga juga hanya mahu mempermainkan si pembohong (mungkin juga boleh dijadikan sebagai ugutan..mungkin)


awas dgn, "xpe bohong kali ni je"..sbb walaupun kita rasa selamat dgn sikit sj pembohongan.tp bila dh bohong, kena cari lg idea lain tuk bbohong.. kan dah susah..susah dunia.. susah akhirat... ish..ish..ish..



Saturday, 17 September 2011

bersyukurlah

Adakalanya kita perlau menangis
Agar kita tahu hidup ini bukan sekadar ketawa
Adakalanya kita perlu ketawa
Agar kita tahu mahalnya nilai air mata
Bersyukurlah pada Allah kerana ada yang menyakitimu
Kerana Dia telah mengajarkan bagaimanakah ada apakah ketabahan itu kepadamu
Bersyukurlah kepada Allah kerana kamu dibiarkan sendirian di bumi ini tanpa ada yang  mengendahkanmu
Kerana Dia telah memupukmu agar kamu berdikari dan melatih diri supaya mengharapkan Allah disampingmu
Bersyukurlah kepada Allah kerana adanya org yang menjatuhkan kamu
Kerana sebenarnya Dia memperhebatkan kemampuan kamu
Bersyukurlah kepada Allah apabila ada org yang menyiksa kamu dan kamu terasa terseksa dgnnya
Kerana Dia mendidik kesabaran dan ketabahan sehingga kamu dapat menjadi seowang yang penyabar dan tabah kini

Friday, 16 September 2011

rheumatic heart disease

patient 11 tahun, perempuan

diagnos dgn rheumatic heart disease
keadaan patient, ICU

smlm dh 2 hari org dpt spesimen dia kat lab biokimia

org geram dgn doctor yg rawat dia

nk je org jumpa dgn family patient

tp tmaktub dlm limit tugas apa yg boleh dan apa yg x boleh org wat.. tp org cume nk jumpa family dia sbg org yg pnah ada sakit rheumatic heart disease

kesian kat adk tu

sampai bila hospital nk simpan dia org pun x tahu

mgkn juga, doctor nk dia dlm keadaan yg lbh baik baru di hantar ke IJN.eh bukan IJN tp JB.. org x tahu kenapa susah utk doctor hantar patient yg dh kritikal ke IJN.

kos?? mgkn
tempoh patient menunggu?? patient x kn menununggu lama..IJN lbh tahu tuk uruskan patient mana yg lbh diutamakan.

Monday, 12 September 2011

gelisah

entah....


bagaikan ada yg hilang


bagaikan jauh stiap langkah, setiap tapak


pedihnya menghiris


sayunya terguris


lemahnya diri ini


mmg ada yg hilang


mmg jauh setiap langkah dan tapak itu.


trasa sunyi


trasa kehilangan


trasa gelisahnya


ya Allah..


org ada Allah.. 
org ada Allah.. 
org ada Allah..


bila trasa jauh dari Allah.. jgn sesekali balkis.. jgn sesekali menmbah jarak dgn Allah..
jgn sesekali kering air mata kesedaran
jgn sesekali hilang keinsafan
jgn sesekali putus harap dgn rahmat Allah
jgn sesekali mencemar hati
jgn sesekali hilangnya malu
jgn sesekali kufus
jgn sesekali hilang rasa syukur


wahai Tuhan,
kutak layak ke syurgaMu,
namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu...


Ampunkan Dosa ku, terimalah taubatku,
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar...


Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai..
Dengan rahmatMu ampunkan aku ..Oh tuhanku...

ampun kan aku
ampun kan aku..


nota: mgkn susah tuk org lain nampak atau mgkn tlalu mudah tuk org lain membaca apa yg org fikirkan.

Friday, 9 September 2011

bila kita asyik termenung..

hukum merokok

sbnrnya dh lama org x mengomen kat mna2 facebook kwn2 ni... FB org sendiri pun dh x slalu sgt mengupdate status wall (sbnrnya update tp telah diprivacykan yg bole tgk, siti fairuz (adk yus) je. )


knapa org privacy kn????


jwpnnya, org x nk di baca oleh org tertentu.. siapakah dia?..adalah.. ada yg ckp, unfriend je la.. tp x smpai hati pulak nk unfriend.. (xla.. org suka baca wall post dia, kalau unfriend, trasa rugi plak)


tp, mulai smlm, ada wall post yg org x privacykn.. k.. ada yg perlu diprivacy.. dan ada yg x perlu diprivacy..


cth yg perlu di privacykn.. hal keluarga... mmg privacy...


awal pg smlm td (jumaat, bermula sekitar 2.45pg)org igtkn nk wat siapkan buku amali praktikal...sblm tu sje je menjengah FB..jalan2 kat wall org lain...menconteng wall diorg... tetiba ini plak yg blaku..


tunggguuuuuu....


keputusan... bila difikirkn semula, x perlulah org ltak kat sini..


ttg hukum merokok...


scara x sengaja tertimbul ttg topik merokok.


org agak tkejut jgk sbb seolah2 en O labih kpd prinsip untuk menang. tp org, nk bpegang pd kefahaman bukan sape yg menang atau kalah..


jujurnya, org agak menggigil tuk jwb apa yg en O lontarkan.. termasuk bila dia mempersoalkan tentang hukum islam dlm dunia bkaitan isu rokok 





Monday, 5 September 2011

Istidraj


Maksud Istidraj

Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.
Rasullulah s. a. w. bersabda :”Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat(durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.”(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)
Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka. Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.
Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.
Rasullulah s. a. w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.
Manusia istidraj – Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. “Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong.” Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.
Rasullulah s. a. w bersabda: “Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya” (Kitab Nasaibul’Ibad)
Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.
Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.
Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.
Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.
Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?
Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari.
Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

Rasulallah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:

"Apabila kamu melihat Allah memberikan kepada seorang hambaNya di dunia ini apa yang hamba itu suka atau berhajat, sedangkan hambaNya itu tetap dalam kemaksiatannya maka itulah ISTIDRAJ". Selepas itu Rasulallah s.a.w pun membaca ayat tadi 44- 45 (surah Al-An'am) yang bermaksud...
 

"Tatkala mereka lupa akan apa yg diperingatkan kepada mereka, Kami bukakan bagi mereka beberapa pintu tiap-tiap sesuatu (nikmat dan kesenangan), sehinggalah apabila mereka telah bersuka ria dengan (kesenangan)yang mereka perdapat itu, lalu dengan se-konyong-konyong Kami siksa mereka, sehingga mereka berputus asa."( al-an'am:44)

"Maka dihapuskanlah akhirnya kaum yang aniaya; dan pujian-pujian bagi Allah Tuhan Semesta Alam" (al-an'am:45)


Friday, 2 September 2011

tudung... auratmu

Mari sama-sama kita fikirkan adakah jika para wanita yakin bahawa jika anda berada di hadapan Baginda SAW hari ini, adakah Rasulullah akan tersenyum atau sebaliknya? Jika sebaliknya, bagaimana pula peluang wanita seperti ini untuk mendapat Syafaat Nabi SAW di akhirat kelak?. Benar, mungkin seseorang wanita itu berjaya meraih pandangan istimewa dari kaum lelaki hasil pendedahan kecantikannya yang memukau. Tapi keseronokan itu hanyalah palsu dan sementara sahaja, serta tidak menambah sebarang nilai buat kehidupan kekal di Barzakh dan Akhirat selain menambahkan tahap azab sahaja.

Apa yang jelas, pakaian yang ditunjukkan oleh wanita Arab yang solehah dengan penutupan aurat yang sempurna di zaman ini sudah tentu boleh memberi sedikit info kepada kita bahawa inilah mungkin pakaian yang dipakai oleh wanita Islam di zaman Nabi serta mendapat redha dari mata dan hati baginda SAW. Tidakkah para wanita hari ini juga berminat meraih redha dari mata dan hati baginda SAW?.

BENARKAH MENUTUP AURAT DAPAT MENGELAK DARI WANITA DISAKITI?
Ramai wanita professional dan yang kurang didikan agama hari ini mencebik bibirnya apabila tajuk ini disebutkan, mereka tidak percaya langsung fakta yang disebutkan diatas. Malah ada yang berpendapat lelaki sengaja melakukan perkara buruk kepada wanita kerana ingin menunjukkan kekuasaannya terhadap wanita. Kerap benar kita dengar hujah ini di media massa.

Hakikatnya, sebagai hamba Allah SWT dan umat Rasulullah SAW kita diajar untuk merujuk Al-Quran dan Al-Hadith bagi mendapat kepastian tentang baik buruk dan benar salahnya sesuatu perkara itu. Dalam hal ini, Allah SWT berfirman :-

“Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu’min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu.” (al-Ahzab: 59)

Jilbab, iaitu pakaian yang lebarnya semacam jubah untuk dipakai oleh kaum wanita bagi menutupi tubuh badannya. Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menerangkan “Sebahagian perempuan Jahiliah apabila keluar rumah, mereka suka menampakkan sebahagian kecantikannya, misalnya dada, leher dan rambut, sehingga mereka ini diganggu oleh laki-laki fasik (jahat) dan yang suka berzina, kemudian turunlah ayat di atas yang memerintahkan kepada orang-orang perempuan Islam untuk melabuhkan jilbabnya itu sehingga semua bahagian-bahagian tubuhnya yang boleh membawa fitnah itu tidak kelihatan. Dengan demikian secara zahirnya pula mereka itu akan dikenali sebagai wanita yang terpelihara (‘afifah) serta tidak mudah diganggu oleh orang-orang yang suka kejahatan atau orang-orang munafik.

Jadi jelasnya, bahawa ayat tersebut memberikan ‘illah (alasan) utama perintah ini adalah kerana bimbang wanita muslimah diganggu oleh orang-orang fasik dan menjadi perhatian orang-orang yang suka berzina. Bukanlah ketakutan yang timbul dari perempuan itu sendiri atau kerana tidak percaya kepada mereka, sebagaimana anggapan sesetengah orang, tetapi ia adalah kerana sebahagian wanita yang suka menampakkan perhiasannya, berjalan dengan penuh lenggang lengguk dan bicaranya dibuat-buat manja, sering menarik perhatian nafsu lelaki dan menjadikannya sasaran orang-orang yang suka berzina. (Petikan dari kitab Al-Halal wal Haram fil Islam dengan sedikit pindaan)

Ayat ini juga jelas menunjukkan bahawa salah satu target utama menutup aurat yang diletakkan oleh Allah SWT adalah sebagai kaedah dan cara terbaik bagi mengelakkan wanita Islam dari diganggu dan disakiti.

BANTAHAN KAUM WANITA


“Eleh, tetapi hari ini ramai juga wanita bertudung yang kena rogol, malah setengahnya kena bunuh dijerut dengan tudungnya pulak, kanak-kanak pun kena rogol dan bunuh. Ini maknanya, tudung bukan lagi penyelamat la ustaz. Ha..macam mana ustaz nak jawab tu ?. Hujah balas yang selalu didengar bila isu ini ditimbulkan.

“Pernah tak anda merasa amat marah sepanjang hidup anda ?”.Jika anda mengatakan pernah , apa kaitannya?”

“Biasanya bila seseorang itu sedang marah, sempat tak agaknya ia berfikir bahaya atau tidak tindakan yang dibuatnya sebagai contoh; ada orang yang sedang marah kerana bising tangisan kanak-kanak, maka ditendang (seperti berita yang dikeluarkan olehakhbar baru-baru ini), ditolak jatuh tangga, ditekup wajah kanak-kanak itu dengan bantal dan macam-macam lagi bagi menghilangkan kemarahan atau gangguan bising itu, setelah beberapa ketika mungkin baru seolah-olah dia tersedar, lalu cemas dan mungkin menyesal”

“Demikianlah juga nafsu jahat, bila ia berada di tahap tinggi, ia tidak lagi melihat samada kepada pakaian dan umur wanita mahupun isteri orang dihadapannya, sasarannya hanya mendapatkan hajat jahatnya, kerana itulah wanita yang menutup aurat dengan sempurna serta kanak-kanak perempuan juga terancam, tanpa dapat dinafikan juga peranan vcd, laman web, akhbar, majalah dan novel lucah ” .

“Tapi macam mana pulak ayat tadi kata tutup aurat dapat mengelakkan wanita dari disakiti ?” .

“Jika kita lihat dengan teliti, ayat tadi sebenarnya ditujukan kepada seluruh kaum wanita. Ini
bermaksud, jika sebahagian besar wanita tidak mentaatinya dan memakai pakaian seksi pula. Di ketika itu, faedah dan kebaikan dari tutup aurat bagi menjaga semua kaum wanita dari disakiti secara umum akan tergugat dari mencapai matlamat umumnya. Sebenarnya, ayat itu nak beritahu bahawa seluruh wanita bertanggung jawab menjaga keselamatan kaum sejenisnya dengan menjaga aurat masing-masing”.

“Maka bila ada yang seksi, ini bermakna, ia sedang mengancam kaum sejenis anda yang lain dan di tempat lain kerana telah menghidupkan nafsu kebinatangan lelaki jahat yang sedang tidur”

Tapi itulah cabaran terbesar lelaki wahai kaum wanita, iaitu ANDA, wanita dan seluruh kecantikan yang dikurniakan Allah SWT kepadanya sebagai ujian, ia disebutkan oleh Allah SWT :

زين للناس حب الشهوات من النساء والبنين

“Dihiaskan (diuji) bagi manusia itu, nafsu syahwat dan keinginan serta kecintaan kepada wanita, anak-anak, harta…”

Ayat ini dengan jelas menyebut syahwat utama lelaki adalah pada wanita. Nabi SAW juga pernah bersabda :

ما تركت بعدي فتنة أضر على الرجال من النساء
Ertinya : “Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita” (Riwayat Al-Bukhari, 7/11, bab Zikir & Doa )

ANTARA LAWAK & HUKUM

Sering kali lelaki apabila mereka terlihat aurat wanita sebegini akan disebut .. “tak pe kan, pandangan pertama tak berdosakan?”. Sedih kita melihat sikap sebahagian umat Islam hari ini yang kerap mempermainkan hukum hakam akibat kejahilan mereka.
Sebuah hadith :

“Dari Jarir bin Abdullah, ia berkata: Saya bertanya kepada Rasulullah s.a. w. tentang melihat (aurat wanita) secara tiba-tiba tanpa sengaja. Maka jawab Nabi: Palingkanlah pandanganmu itu!“

(Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi)

- Iaitu, Jangan kamu ulangi melihat untuk kedua kalinya sebagainya datang dalam hadith Nabi kepada Sayyidina Ali r.a.

Apabila ia adalah sebuah hukum, maka adalah tidak harus sama sekali sesiapa juga mempermainkan apa jua berkaitan dengannya. Nabi SAW bersabda :-

ان العبد ليتكلم بالكلمة ما يتبين فيها يزلّ بها إلى النار أبعد مما بين المشرق والمغرب

Ertinya : ” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)

TUJUAN TUNTUTAN MENUTUP AURAT

Berdasarkan dalil Al-Quran dan al-Hadith, amat jelas bahawa isu aurat bukanlah isu remeh . Ia adalah termasuk dalam katergori hukum qati’e dan usul. Malah ia juga merupakan salah satu dosa utama yang amat diperjuangkan oleh Syaitan. Ini adalah kerana, dengan terbukanya aurat, maka ia boleh mencambahkan dosa-dosa lain seperti zina, mengandung anak luar nikah, bercerai suami isteri akibat curang, membunuh anak luar nikah, putusnya hubungan keluarga dan pelbagai lagi. Perihal Syaitan mensasarkan dosa ‘buka aurat’ ini sebagai dosa pilihan utamanya ada disebutkan dalam Al-Quran dari firman Allah ertinya :-

“ Maka Syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya yang tertutup dari mereka iaitu auratnya ..” Al-A’raf : 20)

Ringkasnya, antara tujuan utama diwajibkan umat Islam lelaki dan wanita untuk menutup aurat adalah :-

a) Perbezaan dengan binatang.

Allah SWT berfirman :

” Wahai anak Adam, telah kami turunkan buat kamu pakaian yang boleh menutup aurat-aurat kamu dan untuk perhiasan” ( Al-A’raf : 26)

Amat jelas dari ayat ini, penutupan aurat ditujukan kepada sesiapa sahaja yang termasuk dalam kategori anak Adam iaitu manusia. Justeru barangsiapa yang berpaling dari arahan ini, secara langsung ia menjatuhkan tahapnya selari dengan binatang yang tiada cukup kemampuan dan aqal bagi menjalankan arahan penutupan aurat.

b) Agar kaum wanita tidak disakiti

Ia berdasarkan ulasan yang telah dibuat sebelum ini bersandarkan firman Allah SWT dari surah Al-Ahzab ayat 59.

c) Tanda atau seperti uniform kepada penganut agama Islam.

Ia juga boleh difahami dari surah Azhab ayat 59 tadi apabila Allah SWT menyebut : « .. yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam).. »

Dari sini jelas, menunjukkan salah satu fungsi tutupan aurat juga adalah sebagai syiar diri sebagai penganut Islam. Firman Allah : « Barangsiapa yang membesarkan syiar Allah maka ia adalah dari tanda ketaqwaan hati »

d) Tanda profesionalism dalam sistem pemakaian Islam.

Kita dapat memerhati bagaimana ‘trend’ sesebuah organisasi atau restoran hebat hari ini pasti meletakkan ‘dress code’ tertentu bagi kakitangannya dan para tetamunya. Ia pastinya bertujuan penjagaan standard khas bagi organisasi dan restoran itu di tahap tertentu. Sebagai contoh, kita tidak akan dapat melihat individu berselipar Jepun di sebuah Persidangan Antarabangsa di PICC, Putrajaya mahupun di kalangan kakitangan PETRONAS di pejabat mereka di Menara Berkembar. Semua menjaga ‘standard’ berbanding Tauke kedai runcit yang tidak beruniform.

Justeru, Islam adalah satu agama dan cara hidup yang profesional pastinya begitu lengkap menyediakan panduan melengkapi setiap sudut kehidupan manusia. Dari hal-hal yang sulit seperti urusan di dalam tandas hinggalah ekonomi dan kenegaraan. Walaupun demikian, Islam tidak mengarah umatnya membuat perkara yang tidak rasional, justeru, sudah tentu ‘standard’ pemakaian yang diletakkan ini tidak membebankan bahkan ia amat bertepatan dengan logik aqal manusia yang sihat.

e) Sebagai ujian bagi manusia untuk melihat tahap ketaatan mereka kepada Allah SWT.
Maka hal ini amat jelas, dari firman Allah ertinya : Dijadikan hidup dan mati adalah untuk menguji siapakah yang terlebih baik amalannya” (Al-Mulk : 2)

DON’T JUDGE A BOOK BY ITS COVER

Ungkapan ini sering kita dengari. Kata-kata dari wanita yang tidak menutup aurat yang sering mendakwa bahawa hatinya baik dan suci walaupun ia berpakaian seksi serta mendedahkan aurat.
“Orang wanita bertudung pun banyak yang jahat hari ini, berzina, khalwat dan macam-macam lagi” Katanya memberi buah fikirannya.

“Malah, kami juga baik, kami tak kacau orang, tak mengumpat dan buat benda-benda tak elok” tambah wanita ini lagi.

Benarkah hujjah mereka?. Benarkah penampilan luaran tidak terpakai di dalam Islam ?. Ada juga yang sudah semakin ‘advance’ hujahnya lantas berhujjah dengan sebuah maksud hadith Nabi yang sohih iaitu

“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu” (Riwayat Muslim)

Simpati bercampur kesal bila kita mendengar bagaimana terdapat orang yang sewenangnya berhujjah dengan hadith untuk menyokong nafsunya. Hanya digunakan Islam dalam hal yang selari dengan kehendaknya sahaja.

“Seorang pekerja yang dijumpai oleh majikannya sedang bermain ‘game’ semasa waktu kerjanya sedangkan dokumen yang dipinta si boss masih tidak disiapkan, lalu si majikan berkata: “Macam mana kamu nak cemerlang dalam kerja kalau begini sikap kamu”

Lalu jawab si pekerja : ” Saya luaran je nampak main ‘game’ boss, tapi hati saya ikhlas dan saya kerja dengan cemerlang”

Adakah anda rasa si boss boleh menerima cakap pekerjanya itu ?. Adakah Allah SWT boleh mengganggap hati seseorang itu suci dan baik dengan melanggar perintahNya ?

Hakikatnya, sesuatu untuk baik dan suci mestilah ditentukan mengikut neraca Allah dan RasulNya, bukannya neraca pemikiran kita semata-mata. Jika merujuk kepada neraca Islam, Nabi SAW pernah bersabda ertinya :

“Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati” (Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadith ini, menurut neraca Islam kebaikan hati seseorang boleh dilihat di peringkat pertamanya dari tindak tanduknya. Ertinya, bila tindakannya sentiasa menyalahi kehendak dan hukum yang diletakkan Islam, ia adalah tanda kekotoran hatinya. Jika tindakan luarannya pula bertepatan dengan kehendak Islam, maka adalah harus ianya dianggap baik pada peringkat pertama iaitu neraca luaran orang ramai, adapun baik di peringkat kedua adalah samada hatinya bertujuan kerana Allah atau selainnya seperti sekadar menunjuk-nunjuk sahaja.

Justeru, ‘we can judge a book by its cover in certain cases’ iaitu apabila perkara asas Islam dilanggar, maka sudah tentu ‘that cover is reflecting what’s inside the heart of a person’.
Menghukum berdasarkan yang zahir ini bertepatan dengan hadith :

إنما أنا بشر , وإنكم تختصمون إلىّ , ولعلّ بعضكم أن يكون ألحن بحجته من بعض , فأقضي بنحو ما أسمع , فمن قضيت له من حق أخيه شيئاَ فلا يأخذه , فإنما أقطع له قطعة من النار

Ertinya : Sesungguhnya aku hanya manusia, dan kamu sentiasa membawa kes pertikaian untuk di selesaikan olehku, dan mungkin sebahagian kami lebih cekap berhujjah dari sebahagian lainnya, maka aku telah memutuskan hukuman berdasarkan apa yang kudengari sahaja. Barangsiapa yang telah ku jatuhi hukuman dan hukuman itu mengambil hak yang lain (akibat kurang cekap pihak yang benar dalam berhujjah), maka jangalah kamu mengambilnya, sesungguhnya ia bakal menjadi sepotong api neraka” (Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan lain-lain ; Rujuk Naylul Awtar, 8/632, no 3920 )

Hadith ini dengan jelas menunjukkan seorang hakim dalam Islam akan membuat hukum berdasarkan info dan bukti zahir yang diberikan. Demikian juga dalam kes penutupan aurat, tanpa menutupnya adalah tanda keingkaran hati terhadap arahan Allah. Mana mungkin hati begini boleh dianggap baik oleh Islam.
Kaum wanita perlu menyedari bahawa dengan pembukaan auratnya, setiap lelaki yang melihatnya akan memperoleh dosa setiap kali ia memandang. Tetapi yang beratnya adalah si wanita bukan mendapat satu dosa bagi kesalahan itu, tetapi juga meraih setiap dosa semua lelaki yang memandangnya. Bayangkanlah berapa banyak dosa yang diperolehi hanya dengan pembukaan aurat di satu hari. Ia berdasarkan sabda Nabi SAW

من سن في الإسلام سنة سيئة فعليه وزرها ووزر من عمل بها من غير أن ينقص شيئاً

Ertinya : Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya..” ( Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih )
Termasuklah dalam erti mempelopori, apabila seseorang itu mempelopori pembukaan auratnya di hari itu, yang menyebabkan lelaki melihatnya mendapat dosa. Pastinya, si wanita itu juga mendapat dosa tanpa kurang bagi setiap mata yang memandang. Adakah hati orang sebegini boleh dikira baik ? setelah gunungan dosa mengaratkan hatinya ?.

Sesungguhnya Allah itu maha adil dan maha pengasih. Segeralah mendapatkan kasih sayang Allah dengan mentaatinya. Bagi yang berdegil, tiada kata yang dapat diberikan kecuali ; Yakinilah bahawa Allah itu benar, RasulNya juga benar, Syurga dan Neraka juga benar. Jika mempercayainya maka mengapa tindakan masih seolah meraguinya.


pakai tudung

alhamdulillah

ari ni dh kat muar

3 dan 4 ramadhan, org dgn family sempat n berpeluang beraya kat umh pakck, mkck, sepupu yg duk kat area JB,ulu tiram, kulai

kulai destinasi terakhir sblm balik muar.

agak meriah sbb family besar berkumpul.. 7 family berkumpul..semua skali ada la dlm plus minus 40 org (baru kira mgkn tlebih kira @ terkurang kura kot x prasan sgt)

seronok tgk diorg solat jemaah ramai2.. org x join. sbb dh solat dulu. nk join skali lg x ckup ruang.

dh beraya bnyk umh ni.. perut mmg meragam.. org ngadu kat mak.. mse tu atuk ada skali.. igtkn org je yg bmasalah perut.rupanya adkyus, atuk pun bmasalah jgk..org tggu kat bilik smntara diorg slesai solat

dah slesai solat, org trus ke meja biskut raya.. tp waaahhh.. yg ditunggu2 ada terhidang... teka apa dia.. cbe teka..cube lg..

cube la teka apa yg ada atas meja tu

lg...

semprit????

x heran semprit

almond london????

pun x heran jgk

lg???

lg????

hah.. buah epal..akhirnye....tu la yg org tunggu2... buah-buahan... sblm ni ada jgk mkn buah-buahan tp pulasan, rambutan... perut org dh terasa sengkak xbb mknn banyak yg masuk tp x kluar2.. pulasan ngn rabutan tu x beri pape effect pd perut org.org ambil buah epal, terus duduk kbetulan kerusi kosong ade lg 3..yg dah duduk kat  situ, adk yus ngn suami spupu org, abg sahak..baitul muslim abg sahak menjadi.anak2 dia ada yg blajar kat sklh tahfiz dan yg lain2 mmg diorg masukkn kat skolah swasta beraliran agama.kat mne tu, org x tahu la. x pnh tanye (org ni pendiam)

tgh kteorg mkn epal dan abg sahak tnye fsl ubat org.. tetiba anak perempuan bongsu dia dtg..nama dia sofia..comel dgn bertudung.umur 5 thn...sofea dtg dkt dgn abah dia sambil betul2kn tudung... ayah dia tgk je smbil makan epal dan wat x tau..org tgk je la smbilmenikmatu betul2 epal yg ada..

ttbe sofea bukak tudung dia.. yg tinggal kat kpala dia cume skafnye sj.. dan rambut sedikit terkeluar. dia betulkan rambut2 yg terkeluar dan belek2 tudung dia..

"abah.. boleh yaya x pakai tudung kat umah sedara?"..sofea bahasakan diri dia yaya

ayah dia wat x tahu..

"abahhh... kat umah sedara, bole x pakai tudung?" sofea ulang sbb xde respond drp ayah dia

org????.jeng..jeng..jeng.. spe makan epal, dia la yg terasa epalnye... org senyum je..

"abah... bole x???"

abg sahak tgk je si anak kecik pmpn bongsu dia

"yaya pakai je la tudung tu... tgk org lain smua pakai tudung kan.." abah dia pandang org ngn adk yus yg ade kat dpn sofia

sofia terdiam tgk org ngn adk yus dan tunduk belek tudung dia..x lama lpas tu, mata sofea melilau kat tempat lain.mgkn dia berfikir kot..

"hah.. abah.. tgk tu.. x pakai pun tudung abah"dgn muka confident nye

org ngn adk yus pandang satu sme lain kteorg senyum.. last2 kte org ketawa (kiteorg trasa gk sbnrnye sbb kdng2 x pkai tudung jgk..huhuhuhu..).. ayah sofea, senyum je pastu..

mcm2 jgk alasan yg sofea bg sbb x nk pkai tudung..tp akhirnya sofea pakai tudung dia.. lpas org ngn adk yus dan abah dia tepis smua soalan..

tmasuk adk dia yg bongsu, hidayat 2 thn, tarik2 tudung dia yg sebabkn tudung dia rosak.sambil sofea tunjukkn bhg tudung awningnye yg x berjahit

"itu fesyen la yaya... bkn hidayat yg buat"

tudung sofea rosak.ni jwpn abahnya

"ala.. xpe la yaya.. beli lg..baru bape ringgit je.kalau setakat 5-10 ringgit, nt abah belikan yg baru kalau rosak yg ni."


p/s : kat umah sdara pun kna pakai tudung.. baca post tudung... auratmu

nota: trasa bsalah ble x pkai tutung kat umh sdara..tp... ya Allah kuatkanlah...







Saturday, 27 August 2011

stor reagen

selasa, 23 ogos 2011 @ 23 ramadhan 1432H

kisah beberapa hari lepas. x sempat nk menge'post' aritu. xpe arini org post kisah ni.

tgh duduk2 kat meja tuk tunggu spesimen bg ujian biokimia yg direquest oleh doctor kat seksyen rutin biokimia kat jabatan patologi HPSF..

tiba2...

"awk ikut sy!... sekarang", suara JTMP U32 dari sisi kanan org.. terkejut jugak. tetiba je dia panggil org tuk ikut dia.x pasti sama ada arahan, cakap biasa @ mintak tolong . yg pasti muka dia mmg serius.mgkn jugak org ada wat silap.mgkn ttg terhempas penutup analyser olympus AU2700.mmg staf2 terkejut mase tu. tp org wat x tau je ngn senyum.nk wat camne dh terhempas mgkn dia igt org kurng ajar..

"ok"

org ak tahu jugak kenapa.. tp terasa mls nk tanya..ikut je la

dia g kat rumah kunci  (tempat simpan kunci2 yg bkaitn dgn makmal biochem (biokimia).)

o..org nmpk.. dia amik kunci stor.nk suruh org angkat barang ke? jgn berat2 sudah la.. yela.. bdn org nmpk mcm kuat je nk wat benda2 berat ni. tp diorg x tau.

org follow JTPM U32 tu sampai ke tempat yg org terasa nk tau sgt dr mula masuk praktikal awal julai lepas.

kteorg bhenti kat dpn pintu stor reagent.stor tu ada 2 pintu...pintunye mcm pintu petisejuk kedai runcit ..

sekali masuk.. huh.. sejuk. org tengok termometer yg ada. wahh 2 celcius..sejuk.. rasa mcm ok je..sejuk.tp x la sejuk sgt.msti org boleh thn. insyaAllah ok. JTMP U32 tu pun boleh tahan.xkn org yg muda ni x tahan..

"awk ok x? sejuk ni."
"sy ok".
"sy nk mintak tlg awk kirakan reagen2 biochem yg ada sy nk wat checklist"
"o...ok"

kteorg pun meneruskan operasi checklist reagent.

+- 5 minit kemudian..

org lucutkn glove yg org pakai. pkai glove getah tu jdkn mkin sejuk tgn org.
idung dh mula berair (org x tahu kenapa idung berair bila sejuk.kenapa ye?)

"awk dpt thn lg x ni?"
"sy ok"

+- 2 minit kemudian

"awk sejuk x?"
"ok puan.xpe."

+- 5 minit lg

"huh sejuknye."org ckp
"awk sejuk?"
"sejuk"
"hah jom kte keluar jap.nt kte msuk lg."

org ngn JTPM U32 tu keluar drp fridge tu..org igtkn nk keluar lama.. baru nk tutup pintu fridge

"eh.. jgn tutup dlu.nk masuk lg ni."
"o...bkn nk balik lab?"
"x.x abis lg ni"
"sy igtkn nk smbung nt."
"awk tlg naikkn plastik ni kat atas pintu."smbil dia tunjukkn plastik2 yg terjuntai kat muka pintu fridge tu.
"nk naikkn bpe bnyk ni puan?"
"sukati awk."

lpas naikkn 3 plastik tu .."cukup la ni puan.ok dh kot."

"ok..jom kte masuk lg.abiskn checklist ni."
"ok"

dlm 20 minit pastu.. selesai..

"hah abis pun.", JTPM U32 tu kata
"haaaa..lega... sejuknye."
"awk sejuk ea."
"sejuk..."
"tulah.. sy bawa awk sbb cpt sikit abis.klu sorag lambat."

org senyum je..tp mmg seronok.. sejukkk besttt..

"sy mmg nk bawa awk.yg lain tu sy takut."
" takut?"
"diorg tu nmpk lembut.silap2 sy bawa ke sini nt diorg pengsan plak..nt sy yg susah."

org senyap je angguk2kn kpala ngn senyum,.x tau nk ckp apa.

"awk ok kn sejuk ni?"
"sy ok..sy suka"

"sy nmpk awk ni jenis yg tough ngn lasak.diorg tu takut sy."
"sy mmg suka xtvt lasak.sy x kisah pun lasak mcm mna.mmg trasa nk cube tp tu lah".. sje je org matikn ayat smpi situ.

"oo.. awk mmg suka la ea?"
"ha ah."

sambil bjalan ke makmal biochem dgn JTMP U32 tu, tgn org dh merah...org gengam2kn tgn org.. kebas dan rasa mencucuk2.. mcm ada jarum ... lme juga rasa tu ilang.

nota: .mgkn kwn2 org dpt thn lbh lama dlm tu..luaran seseorg x mencerminkn dalaman mereka..semangat yg ada diri org tu je yg tahu

persoalan: lasakkah org?..tp stkt ni..insyaAllah.. dan jgn melimitkn apa yg boleh dilakukn...tp igt ikut batasan islam.. agama kita...









Sunday, 21 August 2011

tarawikh 21

alhamdulillah

ahad 20 ogos 2011.. mlm ni tarawikh yg ke 21.

solat isyak' ... alhamdulillah dpt buat

masuk tarawikh...
"
4 rakaat pertama.. ok kot
rakaat ke 6.. dah mula pening..apa yg ada dlm perut rasa nk terkeluar semula
rakaat ke 8... terasa melayang2, mula berpeluh
rakaat ke 10.. x pe balkis.. teruskan.. lepas salam.. "mak, org nk berhenti la"

"penat ke kak?"
"pening"
"akak duduk kat blakang, nt akak wat witir sendiri"
"syg ...lg sikit"
"akak dh berpeluh tu"
"lg sikit.xpe"

rakaat ke 12."akak boleh x?".."boleh"
rakaat ke 14... "rehat la kak kat blakang. pengsan nt susah".. "xpe mak.boleh"
rakaat ke 18.. "mak, org duduk kat blakang ea. witir nt org buat kat umah la".. "akak duduk la"

org ke saf belakang, sandarkan badan kat dinding. org tgk makcik2 je yg tinggal hari ke 21 ni dgn ada sorg ukhti ni, entah x tahu siapa dia. tp setiap kali salam, dia murah dgn senyuman.x sempat org taaruf dgn dia.org agak dia student U. mase awal2 ramadhan dia xde @ mgkn org x perasan.tp bila surau dh x ramai, baru org perasan.setiap kali g surau, org mesti trasa nk tahu dia ada ke x.

kuat lg makcik2 ni solat tarawikh...org, umur baru 23 thn pun dh nk pitam..ada makcik yg nmpk mmg uzur tp tetap selesaikan smapai witir.ada jug amakcik yg solat dgn rukhsah. diorg tetap bersemangat.

mlm ni, org x bawa al-quran.. mmg terasa rugi.kalau x, boleh org tadabbur alquran sambil tunggu selesai solat mlm ni.. rugi!hati terasa sgt tuk mambaca alquran mlm ni.

selesai semua jemaah solat sunat witir... sorang nenek dtg kat org tuk ambil beg dia.

"anak, x sembahyang?"
"???", org x dgr apa yg dia cakap
"x sembahyang?"
org senyum, "witir sy x buat"
dia tepuk lengan org lembut dan senyum "xpe.. dh x lama lg"
org angguk

ya.. dh x lama lg nk selesai ramadhan... dah x lama lg akan mengucapkan selamat tinggal ramadhan dan tarawikh. sempat ke jumpa ramadhan tahun depan?.. apa qualiti amalan ramadhan org kali ni?






Thursday, 18 August 2011

bukan penasihat cinta

assalamualaikum

bukan penasihat cinta
itulah diri org

maaf andai org x memberika jwpb bg setiap persoalan cinta
maaf andai apa yg org berikan sbg jwpn kpd persoalan itu bukanlah jawapan yg memuaskan hati kamu
maaf andai org berlebih-lebihan dlm memberikan jwpn pd persoalan yg kamu tujukan

maaf andai kamu terpaksa menunggu jwpn pd persoalan yg ditujukan pd org
maaf andai kamu terpaksa melihat org membisu saat persoalan ditujukan pd org

maaf
org bukalah penasihat yg selayaknya bg masalah percintaan

maaf
andai kamu melihat pd umur org
bukanlah pengalaman cinta yg kamu akan temui


cinta...
cinta adalah fitrah


adam, seorang lelaki yang diciptakan dgn memerlukan teman iaitu hawa yg merupakan seorang wanita.
diciptakan habil dan qabil yg sanggup berbunuhan demi mendapatkan seorang wanita (bukanlah bermakna perlu pertumpahan darah utk mendapatkan wanita tp, menunjukkn betapa pentingnya wanita kepada lelaki)
yusuf dan zulaikha
zulaikha berusaha dgn cara yg tidak sepatutnya untuk mendapatkan yusuf (tidak salah untuk perempuan mendapatkan lelaki yg terbaik untuk dirinya tp perlu kpd cara yg lbh baik)

andai apa yg kamu temui terputus dipertengahan
anggalah bukan rezeki kamu utk bsama dgnnya
Allah telah menetapkan rezeki kpd setiap makhluknya
tp berusahalah (dgn iman dan islam dlm diri bukan main 'sapu' semua peraturan Allah)
berdoalah semoga adanya rezeki utk bersama yg tersayang
kalau tiada rezeki itu
Perancangan Allah adalah terbaik



nota: al-fatihah utk senior org, redzuan (x tahu apa nme penuh dia..org ni bukan jenis yg peramah) di kolej teknologi makmal perubatan (KTMP) yg telah kembali ke rahmatullah pd 10 ramadhan 1432H / 10 ogos 2011 . kanser di otak hanyalah sbg punca kematian. hakikatnye tempat kita didunia telah ada tempoh waktunya

"Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatupun yang dapat menahannya dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu dan (ingatlah) Dialah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."(Fathir:2).

"Wahai umat manusia, kenangkanlah nikmat Allah yang telah dikurniakanNya kepada kamu; tidak ada sama sekali yang menciptakan sesuatu selain daripada Allah; Dia memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi. Tiada Tuhan melainkan Dia, maka mengapa kamu rela dipalingkan (dari menyembahnya)? :(fathir:3)

beramallah selagi diberi kesempatan masa

mood: surah fathir... jom

teringat sesuatu... lokasi : kaunter ambil no giliran kat farmasi IJN. org dan pakcik kat kaunter.x igt bpe kali dh org amik umat kat farmasi IJN dan setiap kali g ambil ubat, msti jumpa dia. thn 2009, 1@ 2 kali, 2010, 3@4 kali, 2011 dh 3 kali..smua skali dh mgkn 7 kali @ lbih..

first time amik ubat jat IJN
"balkis"
"ya sy"
"mana sulaiman?"
"sulaiman????"org fikir sbb x fhm...knapa sulaiman?spe sulaiman?..dia salah org ke?..org ke??
x lme lpas tu..baru org faham.. 
"dia xde"(mksud org, org x de lg si 'sulaiman')
pakcik tu senyap je, tunduk terus wat keje sambil org tunggu dia uruskan bayaran org kna wat.
mgkn dia tersalah faham.mgkn dia igt org putus dgn si 'sulaiman' sbb org sakit jantung
\

lpastu, follow up seterusnye..

"nama awk balkis"
"emmm...ha ah"
"dtg dgn sapa?"
"mak ayah"
"sulaiman ada?"
"x"


lepastu lg

"balkis"
"ada sulaiman x ni?"
"xde"

ade lg

"balkis"
"awk dtg dgn sapa?"
"sorang sbb amik ubat je"
"knapa x bawa sulaiman?"
.....

kesimpulannya.. mesti setiap patient yg nmenye balkis, pakcik tu akn tanye tentang sulaiman kot.. pape pn, org xnk ada 'sulaiman' yg kna tmn org g IJN. org sihat! dan kuat!!




Monday, 15 August 2011

2015

2015...

org nk ke jepun...

kte tgk nt...

4 thn lg...

nota: tp bkn study...

Saturday, 13 August 2011

beberapa minggu lepas

ada panggilan dan mesej yg mmg menganggu org.nombor yg tidak dikenali..sbg mnusia biasa, org tetap ada tanda tanya siapa kah org tersebut.. dan sebagai org biasa, org akn mesej org tu tuk tahu siapa dia...jd, org x simpan no dia, tp org igt no tu. org gelarkan makhluk Allah tu sbg Unknown la ye

tp, setelah beberapa kali mesej, jwpn sepatutnya x pun org dpt..bile dia col, org jwb.. rupa2nye dia adalah lelaki (itu first time org jwb col dia tp bkn last org jwb).. jd, langkah keselamatan spy org dpt kawal diri adalah dgn x topup hp.. 3 minggu org x topup..x pnh x topup smpi mcm tu lama..tp, alhamdulillah x de apa2 yg urgent yg perlukan org gunakan hp celcom tu.(org ada no maxis tp utk kgunaan dgn family sj... kwn kolej, kwn ospital dan  lcturer x de no org yg tu)

1 ptg , kat umah.. lpas balik drp HPSF@ ospital muar
org col mak.. abis je col mak, ada panggilan masuk kat hp celcom org..scara x sengaja org tertekan 'jwb'..
hah.. suara lelaki. siap tnye org sihat ke x. org tnye siapa. dia x jwb.. org tgk skrin hp.. org knal tu no hp  Unknown.org x hafal tp igt sbahagian nombornye..

teka... apa tindakan org lepas tu..

melayan???

....

....


....



....


terus matikan hp???

....

...


....



....

marah2 ??

....

....


....



....

jwpnnye.....

org bg hp org tu pd abang org... org ckp

"abang, jwb kn hp ni.. spe ntah col org.. drp aritu dia msg ngn telepon"

abang org tnye siapa dia.. tp dia still x jwb.. abang tnye drp mna dpt no org..dan apa lg... abang org pun marah la Unknown ble dia x bg jwpn .. mmg tinggi suara abang mse tu.. pdn muka dia..hasilnya, org lega yg teramat sangat sbb tiada lg gangguan pd hp org..


tp, klu blaku mcm tu, dan unknown boleh bcakap dgn abang org dgn baik.. berkemungkinan org akan KIV dia dlm list menunggu.

skng, unknown telah org block dia drp dia dpt contrack org..

nota: utk sesiapa yg suka sgt melayan nombor2 yg x dikenali trutama drp bkn muhrim..jd, bhati2 lah tkut tmbul msalah hati.. cube biarkan dia bcakap dgn muhrim anda.. lbh baik bg dia ckp dgn ayah lg best dpt tgk dia mcm mna.. bkn berkawan senyap2 drp pengetahuan family.. penting tuk letakkn islam dan iman pd diri dlm perhubungan





Thursday, 11 August 2011

bersih

alhamdulillah


td, dpt bbuke puasa dgn kluarga besar, muslimat ikram muar.


org dtg dgn motor je td, follow blakang kereta melissa (cosmate merangkap sme2 berpraktikal kat ospital muar).mula2 plan nk tumpang melissa, tp ble difikirkan semula, lbih baik org naik motor sendiri. lbih jimat sbnrnya masa dan minyak (terutama kereta melissa, sbb ptambahan kilo dlm muatan kereta akn btmbh pnggunaan minyak..terutama berat org yg berkilo2 ni)..


dh lme x bce al-mathurat ramai2 mcm tu (teringat cik Mu'sab..setiap mse teringat cik musab, cik sufi... tp btul2 x bksmpatan nk col mereka)


org first yg kenal kan org pd al-mathurat, cik musab... org first yg ajar tuk bce mathurat, cik musab... org first yg kenalkan apa itu usrah, cik sufi.. org first yg nk jdkn org salah satu daripada keluaga dia, cik mus'ab.. org yg mnambahkan org tertarik tu betul2 amalkan islam, cik sufi... dan banyak perkara yg org dh lupa.. tp yg x boleh lupus drp ingatan org ttg cik sufi, ada 1 hari...


petang tu, kelas org abis(kat masterskill).. kami dlm group spt biasa, cik sufi, cik zura, cik mira, cik ema dan org.. suka sgt berebut tuk naik tangga ke tempat menunggu bas kat atas bukit dkt dgn kampus utama masterskill kat cheras bt9 ulu langat.


hampir sampai kat puncak, tiba2 sufi berhenti.. org bhenti sama.. org tanya knapa .. sufi bongkok kan badan dia, dia kutip sampah yg ada kat tepi tangga..mse tu, cik sufi membebel beri tazkirah kat org ttg kebersihan sambil dia ambil sampah tu(x igt sme ada org yg buang sampah tu @ mmg sampah tu ada kat tangga tu)....tp, mse tu org main2.. dia membebel beri tazkirah, org main2 dgn melawak... tp, mse tu.. apa yg dia cakap mmg masuk dlm hati org... percaya x, kalau org ckp.. ble org mengemas sampah, org akn teringat cik sufi.( pernah sekali, ada kulit kuaci yg bersepah dkt tangga kat dgn surau hospital pakar sultanah fatimah,dsbbkan xde penyapu, org bersihkan kwsn tu dgn kaki dan kumpulkan ketepi dan mse tu,org teringat cik sufi)

nota : surah Al-Baqarah ayat 222,Bermaksud : " ...SesungguhNya Allah mengasihi orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri ".






Thursday, 4 August 2011

perang terakhir rasulullah

perang terakhir yg nabi muhammad sertai adalah Perang Tabuk


dan


ka'ab bin Malik adalah individu yg x menyertai peperangan tersebut


kata-katanya selepas itu adalah, "duhai, sekiranya aku melakukannya"

Ka'ab mengaku tentang kelemahan diri dia dan tabiat manusia tu sendiri....sesekali waktu lemah dan tetipu diri sendiri.



rasulullah mengajak ka'ab utk ikut rombongan peperangan.tp, Ka'ab slesa dgn apa nikmat yg dia ada dan x menyertai peperangan tabuk."Aku tidak pernah tertinggal dalam satu peperangan pun bersama Rasulullah kecuali dalam perang Tabuk dan perang Badr. Tatkala Rasulullah berangkat bersama pasukan, aku masih terlambat dan belum sempat melakukan persiapan. Batinku berharap, aku dapat menyusul mereka. Namun akhirnya, langkahku benar- benar terhambat. Kesedihanku bertambah, ketika aku tahu bahwa orang-orang yang tidak bergabung dalam jihad itu hanya orang-orang yang tertuduh munafik atau kaum yang lemah daya upaya".


setelah Ka'ab tertinggal rombongan peperangan Tabuk tu, kata Ka'ab, "Aku ingin menyusul mereka namun itu tidak ditakdirkan untukku...Duhai seandainya aku melakukannya"


 dalam perang Tabuk ini,sahabat lain yg hampir tertinggal drp ikut rombongan berperang adalah Abu Khoitsamah sebagaimana Ka'ab bin Malik r.a.namun, setelah semua berjalan, Abu Khoitsamah menyusul kemudian meninggalkan qoidun (org2 yg duduk dibelakang yg tidak ikut berjihad).. Abu Khoitsamah berkata, "'Demi Allah ini tidak adil, Rasulullah SAW di bawah matahari terik dan kepanasan, sedangkan saya disini saya berteduh dan bersenang-senang" Abu Khoitsamah pun mengambil tunggangannya dan sdikit kurma lalu bjln menyusul Rasulullah dan rombongan perang Tabuk.


Ka'ab bertemu Rasulullah SAW setelah baginda pulang drp peperangan Tabuk utk memberikan alasan kpd baginda kenapa dirinya tidak menyertai rombongan peperangan...rasulullah menyambut kedatangan Ka'ab dgn senyuman.tp senyuman yg Rasulullah berikan pd Ka'ab adalah senyuman dgn kemarahan.


“Wahai Ka’ab, mengapa dirimu tidak ikut? Bukankah kau telah menyatakan baiat kesetianmu?”


“Ya Rasulullah! Demi Allah. .Kalau duduk di hadapan penduduk bumi yang lain, tentulah aku akan berhasil keluar dari amarah mereka dengan berbagai alasan dan dalil lainnya. Sungguh aku diberikan kemampuan berdebat. Namun, demi Allah. Aku sadar kalau aku berbicara bohong kepadamu dan engkau pun menerima alasan kebohonganku, aku khawatir Allah akan membenciku.kalau kini aku bicara jujur, kemudian karena itu engkau marah kepadaku, sesungguhnya aku berharap Allah akan mengampuni kealpaanku. Ya Rasululah saw., demi Allah, aku tidak punya uzur. Demi Allah, keadaan ekonomiku aku tidak pernah stabil dibandingkan dengan tatkala aku mengikutimu itu!”


"Sungguh kau telah berlaku jujur.namun, Kini, pergilah kau sehingga Allah menurunkan keputusan-Nya kepadamu!"




akhirnya, rasulullah memaafkan ksalahan Ka'ab bin Malik

makmal mikrobiologi HPSF

alhamdulillah

jumaat ni hari last kat makal mikrobiologi hospital pakar sultanah fatimah @ hospital muar

pasni, org akan ke makmal patologi kimia @ biokimia..
semua mesin...