x terhitung salahku

Friday, 27 May 2011

fo flat



spatutnya arini release PNGS n PNGK.. tp bgantung pd penyelaras utk bg @ x.. penyelaras org, pn nurhanani x release result tu arini.jd, kna tunggu hari isnin..


tp setakat yg org tahu, tahniah utk Nordiana Othman (fo flat 3 sem bturut2) n tahniah tuk siti farhah yg dpt fo flat jugak tuk sem ni..


org???? wallahu 'alam.. bsyukur lah dgn apa yg ada.. alhamdulillah.. 


tau dh pointer org drop..x yah berangan tggi.. dan x yah nangis.. Allah sntiasa bg peluang..jd, usaha la..dah tu doa skali..jgn doa (merayu2) tp x usaha.


kefahaman dan pengetahuan mana yg org dpt?
mcm x de pngetahuan n kefahaman je utk sem 3 ni.walaupun lulus.. lulus sekadar lulus.. pointer sekadar pointer.
xpe semester 4 dan 5 ni .. masa utk org absorb semula modul2 bg sem 2 dan 3..study..study..study


(dpt tahu, utk minor operation yg org kata sblm ni... nmpknya bukan local anesthetic yg org perlu tp skali lg, org perlukan general anesthetic... kputusan org, bukan masa study ni utk wat operation lg skali... org nk fokus study .. xnk fokus sakit lg.. jd, org akan KIV ttg operation tu smpi abis blajar..mudah-mudahan xde apa2)




persoalan : study ke bila dh duk praktikal kat kg slame setahun tu ..study ke? ingat balkis 'Study'....


persoalan penting : ttg cita2... bila dh capai cita2... lepas tu??? ada cita2 baru..x kn bhnti...itu bg yg ada cita2 baru.tp bg yg rasa dh cukup? abis la.. sbb timbul rasa bosan.jd lemah sbb?sbb trasa dh smpi kat destinasi.. mana cita2 akhirat? pnah x tanam dlm diri?.. smua org, cita2 akhirat nk msuk syurga.. tp usaha?????  cube tgk bwh ni , tgk usaha yg dbuat beza x?


 sy nk masuk syurga!!!

sy nk jd doctor haiwan / isteri org kaya, dato', ustaz yg hensem2!!!!

mana satu yg lebih serius tuk diusahakan.. yg lebih2 dirayu dlm doa??? 

Wednesday, 25 May 2011

driver lori



"awk igt sy tkut dgn ayh awk?"
 "sy tahu ayh awk pesara polis.igt sy takut!!"...
"tak.sapa kata ayah sy pesara polis?ayah sy DRIVER LORI"..
"ayah sy DRIVER"..
org pndang mata dia..smbil org senyum..tp dlm hati org, Allah tahu apa org rasa..  dia mula larikn anak mata dia drp org.. knapa dgn anak driver lori?apa beza anak driver lori dgn anak polis? mknaya anak driver lori x dipandng, xde dh rasa respect?? mcm tu???ada yg berani nk jelaskn pd org?
org SAYANG MAK ABAH.. x kira sapa mak abah org.. mgkn dia x de mk abah mcm mak ngn abah org!. sorry to say!!..

org pernah je naik lori abah masa kat KL ni.x malu pun!

dan org pndang mata dia..org pandang tepat mata dia.. org ni sbnrnya penakut.takut pndag org lain.. tp kali tu org pndng mata dia walaupun dia lbh 'besar' dr org!
yg besar kn org mak abah bukan dia.apa hak dia tuk pndang abah mcm tu? Mata manusia!!
Persoalan: adakah org nk jd pemaaf @ penyimpan mohor besar sakit hati???
Jwpn : sekadar ingatan diri. Watpe nk simpan.. mkin btmbh luka..mak org sihat, abah org pun sihat.. org pun sihat insyaAllah..xpe.. Allah sj nk uji org lg.. balkis, hormati mak ayah org lain x kira apa pekerjaan diorg.

nota: abah org pesara tentera. tp skng dia keje sbg driver lori. sblm jd tentera abah dh bkrja tuk bawa lori.. wlpn msih bwh umur, abah dh bawa lori angkut pasir kat pasir gudang JB.dan abah pnah ckp, ada pkck ka sana yg marah abah sbb tlalu muda dh kerja bwa lori (x silap org mse tu abah kata umur dia 15 tahun).dan ada juga pengalaman abah bkerja kat estet (kebun getah) pakck estet tu pernah halau abah.dia suh abah belajar.tp abah x mampu.
sbnrnya,mse umur abah 6 thn abah kpd abah meninggal.dan abah tinggal dgn mak dia. abah kesian tgk mak dia yg duk kat rumah yg dah nak runtuh dan lbh teruk tuan tanah menghalau mak abah sekeluarga selepas abah kpd abah org meninggal.

sbb susah, baru seminggu daftar sekolah menengah.. abah berhenti.abah lari tuk kerja kat estet.lpas kje kat estet, abah g pasir gudang tuk jd driver.

umur 18 thn, abah diterima tuk jd tentera..lpas lapor diri, pegawai kat sana kata abah terlalu muda tuk jd tentera.dan diorg suruh abah balik kg.abah kata, mse tu dia muda sgt.jd dia tertipu, abah percaya ttg dia tlalu muda utk jd tentera dan x sesuai lpas pegawai kat sana gertak abah ttg putus kaki, cacat, mcm2.abah fikirkan mak dia kat kg.jd, abah buat keputusan utk berhenti.

umur 19 thn, abah diterima tuk jd tentera semula. kali ni abah tekad tuk teruskn kursus ketenteraan.dan akhirnya abah terpilih utk msuk dlm unit Gerak Khas (Tentera Komando).masa kecik2 org x tahu apa tu Komando.. org balun semua askar sama..time sklh menengah form 4 baru org tahu apa tu askar Komando.mse form 3, ada sorg ustazah yg rapat dgn org tnya abah pesara apa (mse tu abah dh bersara 5 thn.abah bsara tahun 1998 lpas 21thn pkidmatan).org ckp dgn xde perasaan "komando". dia mcm terkejut.tp org wat x tau je.igtkn sbb dia tkejut ayah org askar.form4, baru org tahu apa tu Komando.. n org bngga ayah org komando. .

dan lpas pencen, abah bawa lori... smpi skng.. beberapa kali abah bhnti bwa lori sbb tauke tipu.. abah bawa lori..buruk je lori tu..mcm nk tercabut jek semua komponen lori tu.ble naik rse mcm nk runtuh tp org x malu pun!..abah kerja bawah tauke.lori buruk sbb tauke yg punye, jd wat pe nk malu! org bngga. sbb xsemua org bole bawa lori tp abah org bole bwk lori..pnah abah ngn mak bniaga tp x thn penat, jd diorg bhnti.. org pnh ikut mak abah bniaga..tepi jln je pun. guna payung.. x malu pun! (org x malu )

hah!pd yg kat luar sana..knapa nk malu dgn pkrjaan mak ayah!!?

nota utk abah : abah x pe.. x lama lg org keje.abah x pyh keje bwk lori lg ea.. org ada..mcm abah ada utk org ...

repeat final exam sem3 jan 2011-jun2011



Harini keluar tarikh utk repeat exam paper sem 3 ni
Msuk je pintu kolej, nmpk prema(classmate org) tgk tgk notice board
“hi prema, awk tgk senarai repeat ke?”
“x la kak balkis, sy tgk jadual tarikh repeat.”
“owh.. senarai nama x de?”(org agak curious sbb trasa mcm kena repeat, x tahu apa yg org jwb masa peksa.x yakin dgn jawapan..terutama skali mikrobiologi, parasitologi, patologi kimia, sitologi(tlalu x yakin dgn modul ni sbb carry mark org tlalu rendah, x malu org nk ngaku Cuma 19.8/30 markah je.)
“xde kak balkis, mungkin petang.”
“owh..”
“kak balkis klas kita ada yg x lulus utk modul mikrob dgn sito je. Sito 6 org, mikrob sorang.”
“owh..”
“kak balkis jgn la risau..kak balkis msti lulus semua.”
Org senyum je.. “insyaAllah”
Prema n kwn2 lain x tahu sbnrnya, satu modul tu watkan org nk ketawa. Ketawa dlm risau.trasa nk dmam juga bila sedar org tlupa jwb soalan.tp org igtkn diri tuk jgn risau ttg tu. Slalu org ckp kat kwn “xpela .nk wat cmne dh tersalah.bukannya x tahu jwpn tp dh nk tjd mcm tu.terima la.tu cume pekse kertas je.realiti sbnrnya korg tau kan jwpnnya x yah la risau.” ..YUP..realitinya, org tahu jwpn soalan tu.jd, org x nk risau..biarlah.. dh Allah takdirkan mcm tu.org tau Dia nk tgk org terima @ x.kalau org bising2 pun bukannya dpt mintak balik kertas tu.rosak iman adalah, sbb x pcya dgn takdir… dan org pnah tbaca kat 1 tmpt ttg “musibah itu sebenarnya 1 iaitu musibah itu sendiri tp akan menjadi 2 apabila kte merungut dan x terima musibah itu”..dan org sedar kalau luahkan kat kawan, pun sme je. Mungkin risau btmbah walaupun dia (kwn2) akan cube pujuk diri org tp lbh baik utk ni, org tenangkn diri sendiri.
Dan org pun x bg tahu mak apa yg blaku (sehinggalah 2 minggu lepas)
Ttg org terlupa utk jwb 1 anak soalan SEQ utk modul histopatologi.hilang cmtu je 6 markah.. tp x pe..smpi skng insyaAllah, org igt jwpn bg soalan tu.
Ptg kluar senarai nama utk repeat…
Alhamdulillah…knapa Alhamdulillah?? Sbb x mudah utk smpai ke sini..akhirnya org abis semester 3 dr jan 2011-jun2011.x perlu repeat walaupun hakikatnya, pointer org……….
p/s: tunggu hari isnin,30 mei 2011

i luv u too



Dlm telefon

“mak..org sayang mak”

“trima kasih mak sbb doakn org.”

“sayang mak”

Mak balas.. “I luv u too”.. dh bsr2 ni kali ptama mak ckp direct. Mcm tu kat org.

Tapiiii…

Dalam kpala org, x tahu mcm mana nk ckp kat mak yg org akn kena general anesthetic utk kali ke2..


persoalan :syg mak x? tp apa yg dh buat kat mak?hari ni..agak2nya dh sakitkan hati mk x?...apa yg org kna buat spy mak tahu org syg dia? ucapan je ke?rasanya pbuatan kena juga.


dan 


sayang Allah x? tp apa yg dh org buat kat Allah?hari ni.. agak2nya dh sakitkan hati Allah ek?(x terkira pun sbnrnya kslhn tu. sbb tlalu bnyak @ tlalu ckit, x tahu la)apa yg org kna buat spy Allah tahu org syg dia? ucapan je ke? rasanya perbuatan kena juga

Monday, 23 May 2011

pais..



Lama dah org x mengepost kat blog 

Utk adk org, faiz… jgn kecewa bila company Mercedes x terima pais jd apprentice diorg.. org dulu gagal jugak bila diinterview

Mmg best..

3 tahun blajar bwh Mercedes, dan kontrak bkerja slama 4 tahun dgn ikatn kontrak rm90 ribu je.(org rm110 ribu. Kontrak yg sme, 3 thn bljr, 4 thn bkrja)
Tempoh blajar 3 tahun, dpt elaun pakaian dan duet saku rm 600 sebulan. (Hampir sama mcm org rm 621.21)

Dan pmulaan gaji basic lepas tamat latihan rm2600 utk tahun pertama, rm2700 utk thn ke2, rm2800 tahun ke3, dan 2900 utk tahun ke empat.(pmulaan gaji org rm1800.. tp dh 4 thn bkrja x tahu la dpt bpe.)

Sijil yg dpt drp company latihan Mercedes tu akan bolehkan org tu bolej bkrja kat mna2 company Mercedes kat dunia..singapore? Indonesia? Thailand??..yap..smua.. bukan stakat Negara tu je..bole je kat jepun, amerika dan tmasuk ke Negara pengeluar Mercedes kat Italy.

Tp…

Bukan rezeki pais kat situ..

Org tahu dia sedih.. org pernah rasa..

Tp …

Xpe… kte boleh jd lbih baik drp tu.. dia yg akn rugi x ambil pais.. xpe.. nt pais buktikan.diorg rugi x ambil pais!!

Org..

Pnah gagal interview spa8.. eh bukan.. ptama kali mse tu..belum sempat interview, ujian bertulis tahun 2006.. org gagal.. awal2 org dh gagal.

Lpas tu, interview kat Pusat Perubatan Universiti Malaya(PPUM) tuk cos makmal perubatan..sekali lg,org gagal!..mse tu tahun 2007..mse tu, dlm hati org org ckp yg PPUM rugi sbb x ambil org.org bole jd MLT yg bkualiti..org simpan ‘dendam’ pd PPUM

Thun 2008, xde apa2 pnggilan temuduga org dpt.

Tahun 2009, org dpt pngln interview.. Alhamdulillah org dpt..dan x putus2 mse tu mak pesan spy org bsabar.ada hikmah.nt akan dpt spa8 tu.tp, selalu je org give up.
Skng.. org ada kat sini. Bawah kementerian kesihatan Malaysia (KKM)..kos teknologi makmal perubatan.

mse interview, org ckp “sy akan buktikan pd PPUM sy boleh buat .wlpn.x dpt tajaan dan mungkin en pun x nk terima sy, tp sy sanggup pinjam rm60 ribu sbb sy minat MLT.. sy dipanggil utk nursing..sy tahu.. tp sy nk cuba juga dtg interview ni..sy x nk jd nurse.kalau en bagi sy, x kn terima nursing.kawan2 sekolah sy ramai yg diterima dan menerima cos nurse.tp itu diorg.bukan diri saya utk terima nurse.sy tahu keputusan SPM sy x baik utk bljr cos MLT dan ramai yg kata SPM penentu ..tp sy x pegang pd SPM sy. Sy tahu kemampuan sy walaupun en kata sy x layak.encik boleh tgk keputusan exam sy kat masterskill. Sy tahu ada yg lbh tinggi drp tu. Tp sy x rendah drp tu ..bila en ambil sy saya tahu..SAYA BOLEH BUAT!! Sy mmg harap sbnrnya spy sy diterima jadi pelatih sbb sy boleh buat bdsrkn kputusn exam sy kat masterskill..sy nk tlg diri sy, sy nk tlg mak ayah.sy nk tlg org yg sakit sy x nk jd MLT yg cuai”

p/s: ini bukan berlagak. Tp nk menunjukkn yg semua org boleh Berjaya.tp kjayaan utk dpt kn apa yg kte nk, bukan senang. Bukan tunggu tawaran bergolek2 dtg dpn mata.tp kena usaha.dan banyak bnda yg perlu dikorbankan utk semua tu. Dan mmg ada risiko. Tp risiko yg kita ambil utk bjaya bila timbul keikhlasan, insyaAllah akan dpt…ya.. org msuk masterskill, org takut dgn risiko… rm 60 ribu pinjaman ptptn, dan bayaran balik rm72 ribu slps interest utk mpoh 3 tahun blajar.atas jaminan mak ayah.. yg pendapatan cume berapa sj. Bila org dpt bayar balik rm72 ribu?persoalan besar.lama2 bljr kat masterskill.. ttg rm72 ribu org mula lupakan.. org mula lupakan bile ifa dkt kn org pd Allah. Rezeki mmg dh ditetapkn sblm dilahirkan. Kalau x bayar rm72 ribu, duit akan hilang bila2 masa kat mana sj.sbb?bukan rezeki.dlm melabur saham.. boleh ilang, ….beli rumah, tp akhirnya rumah x siap pdhal dh bayar bulanan pd pemaju, boleh ilang duet itu..kereta baru beli, excident.. duet boleh hilang. Org kna usaha.org kna bljr kat IPTS utk dptkn bukti org bole buat.
Yg penting.. ambil langkah utk buktikan kmampuan diri..usaha..usaha..usaha.. dan jgn letakkan harap pd IPTA..org kat sini skng, bukan org drp IPTA.org drp IPTS.xkn mati x kn gagal kalau x dpt smbung blajar kat IPTA..tp kat IPTS, hakikatnya mmg hidup org dipenuhi dgn air mata..mgkn itu pengorbanan utk org,dan setiap org akan berbeza melaluinya..
Dan ya.. “kamu akan dapat apa yg kamu usahakan”..igt!!! ingatlah utk berusaha kearah kejayaan hari akhirat. Dunia ni x kn kekal.Akhirat itu yg abadi… jgn menyesal dikemudian hari bila tinggalkan bekalan akhirat.. dunia ni adalah peluang utk manusia. Macam2 ada.. terpulang nk apa sbb “Allah mengilhamkan kefasikan dan ketaqwaan..beruntung bg yg menyucikannya, rugi bg yg mengotorinya”

Persoalan: Apa yg org nak???????? Dunia je ke?????? akhirat je keee??? Atau dunia akhirat??????

Notes for pais : don’t b upset.. im not intelligent too.. not a smart person with glasses, books, notes.. my english is bad too…but.. I must change..n I had change (a bit..if u realize it on me, before n after. When im home, lecturer notes r always with me even I not read  it.most of the time but I can read whenever I want ..im not went home with a beg which full org dress but only a back pack with notes inside.).. hey dude!! Dont mess up..C’mon.. u can do it..show ur effort.. don’t forget ur prays…u can do.. let’s them know ..(for me, let’s PPUM know..).. let me know.. u can do too.. ALLAH WITH US..ALLAH LOOKS ON OUR EFFORT.n then, man can c our effort (cos Allah open their heart by our effort )..other, pais…just go wherever u want.


Monday, 16 May 2011

YB n doctor

kat klinik

"trima ksh doctor."org

"tma ksh YB." abah

"akak, ckp tma ksh YB."abah

org diam.. x nk ckp YB.. sbb org jumpa dia as 'patient n doctor'.. bkn as 'rakyat dan wakil rakyat'..

nota: fikir jap... org silap ke kat situasi ni.. tp, org tau doctr aka YB tu x kira sbnrnya sma ada dia YB @ doctor sbb 2 2 tu dia wat krn Allah..InsyaAllah.lg 1, pemimpin yg baik, akan meletakkn diri dia sama level dgn rakyat.sbb dia wakil rakyat. bukan org yg perlu di escord (takut bila rakyat dtg dekat)

Gambit

mak, "owh.. kak ni la gambit yg nurse kat IJN ckp mse akk kat wad aritu."
"gambit?sape?ade ea?", org
"malam akak kat wad, yg nurse tu tnye akak knal x gambit."mak
...
org cube mengingat smula

...

"owh.. yg mse nk tido tu ea.yg nurse dtg cek org"org
"ha'a.. yg nurse tu kata gambit cari ayah dia, CEO kat IJN kat wad akak mlm tu (dato' dr rosli, cardiologist n head of cardiologist department) ", mak
"hah..igt."org
"yg nurse tu kata dia pelakon ..slalu blakon kat astro", mak
"ntah org x knal pun. rupe pn x tahu."org

...

mak pun tunjukkan gambit yg ada kat surat khabar kesihatan.
oooo..ni la gambit.. 1st time org dgr nme dia mse nurse tu sebut, org pelik.org igtkn, org ada msalah pendengaran..tp x ckp pape sbb x de suara.


nota: penting ke?sje nk share..jom doa ramai2..semoga gambit akan wat bnda lain drp jd artis 'hiburan'..aminn.. jd mcm ayah dia dr rosli bgus juga..lg 1, harap2 gambit x tsalah wad mse cari ayah dia len kali.. org bkn duk kat wad cardiology tp wad cardiothoracic, mmg la gambit x dpt cari ayah dia kat tmpt org.. (wad dr rosli, btentangan dgn wad org.org pnah msuk wad cardiology skali..sj jln2 dgn nurse,ikut dia hantar fail lpas org balik drp wat x-ray..dlm wad tu same jek.. tempat je bbza.ptut la gambit confuse antara cardiology n cardiothoracic )..sbnrnya, utk yg lain2 care kat mana mak ayah korang ye walaupun diorg bz sgt2.

tiada duka yg abadi


pengubat apa yg org rasa
Allah x jd kn dunia ni statik


tp Allah jdkn apa yg ada sentiasa bgerak

ya Allah… sungguh sakit, sungguh perit, tapi apakan daya, aku hambaMu, Kau lebih tahu apa yang terbaik untukku berbanding diriku sendiri. Ya Allah, jangan Kau serahkan aku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata. Tadbirku seluruh dan sepenuh sujud pada takdir MU.

Sunday, 15 May 2011

petang

td, 6 ptg..


"jom g tanjung", org
"jom", adk yus
"mak, jom g tanjung."org
"mls mak.g la ngn adk yus, abg", mak
"ala jom r mak.excercise", org
"mak dh slalu excercise turun naik tangga kat sekolah.kelliling sekolah mak bjln.", mak


....


"eh, mne kasut org ek mak."org
mak perhatikan drp buai
"owh..org tau.. hah ni dia", org kluarkn kasut power kaler itam pink.
"dh rosak mak kasut ni..dh 2 tahun rsenye."org


mak perhatikn, "akak nk jogging ke?x pyh la kak g jln je kat sana"
"ala..nk cbe jogging."


...


"eh, adk yus x pkai kasut sukan ke?",org
"ala.. jom r jogging."org
"xde kasut sukan la."adk yus
"ada lg kn dlm kotak tu kasut lain", mak
"eh, ha a.. ada lg kasut org..mau jogging x?org pakai kasut lain la.adk yus pakai ksut ni .", org
"bwk je la .nt nk jogging org pakai.", adk yus
"hah okeh", org


org masuk smula kwsn umah. g kat kotak kasut..hah ni kasut org.org kluarkan kasut All America kaler itam.


"mak ni lg lame mak kasut org. drp form6 smpai kat giat org guna kasut ni tp ok lg.",org
"ok ke kak?mcm dh keras je kasut tu."mak
"keras sikit la.tp slesa lg mcm dulu." org


kasut tu org suke sbb dia btul2 fit ikut btk kaki org. mse org form6, kaki org slalu sakit n ada oedema n kasut tu plg slesa.


"akak x pyh la jogging."mak
"emmmm.."org
"ha.,. nt org tgk la cmne jogging ke x.tp trasa nk jogging la mak.",org


mak senyum je.


"hah.. nk bwk camera la.",org
"nk wat pe kak?"mak
"nt klu org x jogging, org bole amik gambo" org


mak senyum


....


"bangggg... amikkk kan camera orggggg... kat bilikkkk", org.. suara agak tinggi.snang citer, menjerit la sbb tkut abg x dgr.dia ada dlm umah.x tahu dia kat mne


org jengah dlm umh.. leh,abg dkt jek.. ish x senonoh menjerit2..


....


abg pgang camera org, "ada bateri x ni?"
"ada.."org


....


kat kete, smpat lg gaduh2 spe yg nak bwk kete. tp org x msuk port..org jd bos..
td adk yus yg kluarkn kete JBM drp garaj.nk g tnjung, mak suh adk yus yg bwk.sbb dia nk bljr.tp adk yus x brani...lpas tolak2.. akhirnya abg yg bwk kete.


..


sampai tanjung..
"jln je la.", adk yus
"hah..jln jek la."org


...


smbil jln kte org amik gmbr matahari terbenam.. subhanallah cantik. 1st time tgk matahari terbenam kat tanjung. n second time tgk matahari terbenam (tgk kat tsk titiwangsa, mse tu excercise berjalan dgn abah balik drp kelas, sblm g mkn. mse tu org x leh solat n abah solat kat masjid kg baru)


tp, org x minat tgk matahari tbenam...nyway, mmg cantik.subhanallah


ni hasil amik gmbr org n adk yus. 3 ats, org... 2 bwh, adk yus (cantik dia amk gmbr, x sia2 org ajar..heee...ajar ke?x, dia sendiri yg pndai).. mse adk yus amk gmbr, dia guna mode lain. org ubah sblm dia amik camera.pastu tlupa nk ubah smula mode .. heeeee..sbb tulah dpt hasil bbeza (camera boleh ubah tp realitinya, keadann mse tu sme), nak menunjukkan, pandangan manusia tu sentiasa berubah. tp hakikatnya Allah je yg ade hak utk mengubah semuanya









jgn jd mcm ni:
"syg, matahari terbenam ini akan mnjd bukti cinta kita", drp psgn kapel
sedangkan matahari tu akan cakap, "aku x kn menjd saksi pd maksiat kamu buat"
-diubah drp buku Tentang Cinta, pahrol juoi
~~~ehemmmm..hok...hok..(tbatuk pulak)~~~




nota: 'tanjung' tu tempat sbnrnya. nme asal Tanjung Mas. tmpt rekreasi kat Muar.tp pnggil 'tanjung' je senang.

kereta

"ee.. trasa nk bwk kete la.", adk yus


"bole x?" adk yus


"bwh la", mak


"ha.. bawa.. bawa... dh lme x bawa kete... abg, tnjuk adk tu bawa kete..bawa lesen semua...baik2", abah..


org, mengadap laptop.. "hah.. ala.. bole x kalau org nk bawa kete?"..."mak bole x?"


"hah, x pyh la kak.. JBM berat.. avanza xpe.. ringan" emak


abah tambah, " x pyh la akak, dada tu x baik lg. tunggu nt la"


"ala... mak, org bawa avanza la ", 


.....


hasilnya, xde respon drp memana pihak..org? teruskn duk dpn laptop..plan ptg  ni nk g jogging.. tuk 1st time.. bole ke? x pasti.tgk la mcm mna.

Saturday, 14 May 2011

abis exam

ish.. mls nk g sklh(x nk pnggil kolej)* merajuk dgn kolej


jumaat, 13 mei 2011






pukul 7.15 org masih x mndi lg.dan smpat naik tingkat 3...klu org lain dh kelam kabut kot.(ntah knapa org lain nk klam kabut.. dan org x de rase klam kabut tu...ntah sme ada btul @ x ttg org x de rse klam kabut ni x tau la.. mse sem 1 dulu, org dtg lewat ke sekolah.. sempat mngaji ngn bce matsurat ..tp sem ni org x bce matsurat sblm g klas.)


org g tingkat 3 sbb nk amik mp3 yg tertinggal kat bilik naquiah, yati, mira, ngn aini.. tertinggal ari khamis lepas.pastu x ambil.mls nk naik atas.


diorg pelik org ambil mp3 awal pg.(awal ke?)sje je.sbb nk bwa g ke klas,sbb tau hari ni x kn ade buat apa2..org msukkn lagu opick- Allah maha Besar..


mlm smlm, balik dr surau org on9 dan bukak youtube cari lagu nasyid. ttbe terjumpa lagu opick-Allah Maha Besar.subhanallah..best..suka sgt lagu tu... indahnya. semalaman org dgr lagu tu.  smpikn mse tdo pun org dgr lagu tu.bgun pg, msih tpasang kat telinga earfon norlie yg org pinjam.pkra biasa org buat, psg earfon mse tdo.. tp kdg2 earfon tu org akan cabut sbb trasa bosan n x slesa.tp tuk lagu opic-Allah maha Besar.org x terasa bosan dan rasa x slesa pun xde.tp trasa lbh tenang.)


g klas, org psg mp3 siap2.. spjg hari org dgr lagu sme x tukar2.. msuk klas, org terpandang skrin LCD kat dewan syarahan2 (DS2)..thilai (classmate) psg citer  Avatar, on LCD. x trasa nk tgk pun. tp tertgk intro dia..gmbr pmndangan hutan dr atas..cantik... smbil tu, mp3 lagu opick-Allah Maha Besar terpasang kat telinga org.


dan mse tu part " Allah Maha Besar dgn segala keagungan milikMu..Allah Maha Besar, segala puji utk Mu".. terasa ya Allah, subhanallah... trasa drh mngalir dlm bdn..Allahu akbar.tp lpastu, thilai trus off LCD (dia tgk bdua dgn kris kat desktop)


pkul 9.30am taklimat tuk praktikal mulai julai ni slesai. thilai smbung smula Avatar..dan skrin LCD di on kan.org?org smbung smla lagu opick-Allah Maha Besar kat telinga. org x tgk Avatar, org kluar sbb ada urusan ckit.lpas 20 minit org msuk smla DS2.. nk bce buku Batu-Bata Kehidupan, x de mood.org pandang skrin LCD. org x dgr pun suara, tgk gmbr dan bce subtitle je sbb org psg MP3 kat tlinga skuat boleh...


cantiknya... org x pnh lg tgk citer Avatar tu.. Allah ilhamkan pd org2 yg bknaan utk berimaginasi smpai thp tu.. kalau la apa yg ada pd Avatar itu indah dan cantik, mesti syurga itu lbh apa yg dibayangkan (Amaran: jgn bayangkn bgaimana syurga @ neraka itu mcm mna sbb x kn tcapai dgn akal mnusia)


tp spjg citer Avatar ditayangkan.. spjg itu juga mp3 org terpasang kat telinga dgn lagu yg sama, opick-Allah Maha Besar...org x tgk sgt jln citer.tp org tgk keindahan yg ada dlm citer tu.(part censored, thilai skip.tma ksh thilai)


nak rasa??? rasailah kebesaran Allah dimana sj.kte tlepas pandang yg daun hijau itu cantik, dan burung yg berterbangan itu indah..smuanya krn Allah. xde 1 pun x terencana.. Allah yg Maha Pencipta.

Thursday, 12 May 2011

jawab

Kepada yg pandai menjawab
Kdng2 org menjawab tp bukan niat utk menjawab. Sedih.. sbb x dpt control diri.tp Jangan rasa sedih bila dimarah dan dikatagorikan pandai menjawab. Tgk! Itu kelebihan. Pandai menjawab…x semua org pandai.. org lain x dpt  gelaran ‘pandai menjawab’.. siapa kat sini pandai menjawab.?
Tp pd siapa menjawab tu? Mak ayah? Lecturer? Adk beradik? Kwn2?  Tp Betul ke apa yg dikatakan mse menjawab tu adakah fitnah @ kebenaran! Dan menjawab tu kenapa? Dah betul ke diri sendiri?
Kepad org x pandai menjawab…
knapa diam?takut ke?hormat ke?malas nk layan ke?x tahu nk menjawab ke? Atau sebenarnya betul2 bersalah? atau sebab sebenarnya penakut walaupun korang betul !..takut sbb org tu lbh besar jawatannya?lbh besar saiznya atau besar segala-galanya berbanding korng? Tp, hakikatnya siapa yg lbh layak ditakuti?siapa yg lebih besar?kepada yg penakut, kenapa nk jd robot peraturan manusia? Kenapa x takut pd peraturan Allah. Org tahu jwpn. Sbb peraturan Allah kte letak pd individu.tp peraturan manusia, semua org pandang. Peraturan manusia, salah sikit semua org tegur. Peraturan Allah, salah sikit.. xpe asalkan dengan sesame manusia ok.
Untuk Org yg dijawab…
apa yg korng nk? Ble org yg dipersoalakn / dipersalahkan tu mendiam kan diri akan ditanya “kenapa awk diam pulak ni?cakap la” dan seolah2 org tu betul2 bersalah dan mulalah fikirkan yg negatif .. dan apabila yg dipersoalkan / dipersalahkan tu membuaka mulut, akan dia marah dan dilabel “pandai awk menjawab ye.sy nk awk diam!.”..
yg menarik .. untuk korang fikirkan.
‘kes study 1’.
Individu yang Bb bertanya,“boleh x kalau sy nk cakap?”…  (minta kebenaran utk bercakap)
 individu A berkata, “memang sy nk awk bercakap pun”…
setelah beberapa ketika …
“pandai ye awk menjawab.kurang ajar!keluar dr bilik ni sekarang!” keluar dari nada individu A dan posisinya sekarang adalah org yang dijawab.dan individu B pula telah dikatagorikan sbg yg pandai menjawab.
>>>E’eh.. bukan td suruh individu B bercakap ke. Tp bila dh bercakap dikatagorikan pandai menjawab.dan dihalau
‘kes study 2’
“apa kena dgn awk ni?sebelum ni x de siapa yg buat mcm ni”, kata individu A
Individu B hanya berdiam diri.walaupun individu A dah ckp macam2
Setelah beberapa seketika, “kenapa awk diam pulak ni?awk ni kurang ajar! Sy nk awk keluar dr bilik sy sekarang!”
>>> e’eh.. kena marah dan dihalau ble diam??
Persoalan: apa bezanya???


Nota :    1 hari nt, siapa yg akan menjawab ckp org ?Mse tu tiba nt, apa tindakan org?
               
kpd yg pandai menjawab: kawal diri
               
kpd yg x pandai menjawab : be yourself
               
kpd yg dijawab : jangan berfikir negative pd org lain. Blajar mcm mna nk bedpan dgn situasi.jgn fikirkan emosi diri sendiri sj.

Nk tekankan : org pandai menjawab, org x pandai menjawab, dan org dijawab.hati2 jgn smpai memfitnah!

Saya mestilah muslim disudut akidah
Saya mestilah muslim disudut ibadah
Saya mestilah muslim disudut akhlak
Saya mestilah muslim disudut keluarga
Saya mestilah dapat menguasai diri
Saya mestilah yakin bahawa masa depan adalah untuk islam

Friday, 6 May 2011

digital



Khamis, 5 mei 2011
9.35pm org g bilik naquiyah, mira, aini, yati
Tujuan: nk buat revision utk modul histopatologi sbb esk final exam histopatologi
Org bawa skali external harddisk dan kamera.igtkan nak tgk gambar2 dan ulangkaji gambar2 yg org ambil sepanjang semester ni berkaitan dgn histopatologi.
“assalamualaikum.org nk tumpang study.tp org nk tido dulu la rasanya. Ni org bawa external harddisk.aritu kata nk amik gambar2 yg org ade.tp x turun2 pun.alang2 org naik atas ni org bawa la skali.klu nk amik lah.” Sambail org letakkan external harddisk, camera dan nota atas meja diorg.
“kak balkis nk tido dulu ea?amik bantal atas katil org tu ea”, naquiah
“ok.tq”org
Sambil baring2 org pegang nota.
“apa ni kak balkis?”aini sambil pegang casing external hardisk
“owh.external hardisk.bukak la.”org ckp sbb external tu dlm casing dia.
“ish kak balkis ni.advance la.semua ada..bestnya.”kata aini
“apa yg org ada?” sbb rasa mcm xde apa2 je pun.
“yela..laptop, external harddisk, camera,mp3, kamus besta electronic pun ada..mahal2 plak tu” Aini
“eh.. mne ada.kamus besta tu adk org punya.org pinjam je.laptop, cmre,mp3  ngn external harddisk tu pun sbb org perlukan?”org
“pe la awk ni..kak balkis perlukan sbb tu dia ada..kte x boleh tgk org mcm tu. Kte nmpk mcm dia ade. Tp kte x nmpk apa yg dia xde.dia susah ke..apa ke.mcm kte tgk pd org yg kaya, banyak je masalah dia sbnrnya.nmpk ade, tp ade benda yg dia x de.”naquiah.
“betul la tu.”org menyampuk
Naquiyah pandang org.dia senyum dan ketawa. “Betul kan kak kis”..sbb rasanya dia bukan bercakap dgn org pun dan mungkin dia igtkan org x dgr.
“betul..betul..”org.
Nota: org bukan org kaya. Tp utk org dptkn sesuatu, org akan simpan dan gunakan duet sendiri.dan setakat ni apa yg org beli ada tujuan. Laptop beli mse study kat masterskill sbb nk wat assignment mse tu (bukannya laptop tp notebook je.dan murah je.). Camera mmg org nk gunakn ambil gambar mse amali (camera biasa je.org lain guna yg harga 2-3ribu,DSLR ) .mp3, org gunakan utk record lecturer n ceramah yg org dengar (org guna mp3 biasa je.org lain iPOD).external hardisk , sbb memory laptop dh penuh.yg kamus besta tu adk org punya, org pinjam je.dia mls nk bukak kamus yg kna selak2 helaian, jd dia mintak kat abah dgn mak tuk beli kamus besta tu..(klu org, x mampu nk bli kamus besta tu.masih lg guna selak2 je.xpun cari kat google translate dan ikutkan hati kdng2 lbh baik x pyh ditranslate tp letakkan '...' je).. org xde apa2 aset yg istimewa.tp sekadar ada utk keperluan.cukuplah.alhamdulillah.semua tu drp Allah.
Nota lain : bila la  kak balkis nk ade alquran digital ek(klu bole nk saiz kecik je)?????software alquran ade dlm laptop.tp klu ada digital alquran, kan senang.. bole bawa g mana2. .^_^

Wednesday, 4 May 2011

pinjam



"faizah, aritu g bookfair bli buku apa?", tnya org pd faizah, roomate org

"owh..bli novel ni 1 dgn buku doa.", faizah

"owh... ok.bgus2",org

....
"kak balkis nk tahu sesuatu x?",faizah
"tau ttg..?"org
 "ari tu kan..kat 1 kedai tu, org tujuk kat aisyah "eh tu buku yg kak balkis beli 'batu-bata kehidupan' ".. lpastu, dia dh pegang .org tnye dia nk beli ke x.. dia letak balik.dia kata, xpe la nt pinjam buku kak balkis je.jimat nk bli tiket flight balik sabah.", faizah
"haha..yeke?ckp kat dia bole je", org..

....
nota: org terdiam ble ada yg kata "buku yg saya minat, sy suka.. sy x kn bg sesiapa pinjam.sy nk simpan untuk diri sendiri".. terkedu dengar.. pelik.. fikir la sndiri. mls nk hurai.

Monday, 2 May 2011

Kucing harus disayangi bukan dizalimi - Tanggungjawab terhadap haiwan



 Mingguan Malaysia, 6 Jan 2002

1001 Kemusykilan
Oleh DR. ABDUL HAYEI BIN ABDUL SUKOR
(Akademi Pengajian Islam)


SOALAN: Saya seorang wanita yang sangat sukakan haiwan jinak. Saya memelihara enam ekor kucing dan mengambil berat tentang penjagaan mereka. Beberapa minggu lalu, saya terpaksa menyerahkan kucing-kucing saya kepada jiran di sebelah rumah, kerana saya ke luar negara, malangnya jiran saya tidak begitu mengambil berat tentang kucing-kucing itu, menyebabkan ia mati dilanggar kereta dan ada juga yang sakit kerana dikhianati orang yang tidak bertanggungjawab. Soalan saya ialah:
1. Adakah pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab itu akan disoal di akhirat nanti, kerana kezaliman yang dilakukan terhadap kucing-kucing peliharaan?
2. Adakah saya akan bertemu kembali dengan kucing-kucing kesayangan saya itu ketika ia menuntut bela ke atas pihak-pihak yang berlaku zalim terhadapnya.
3. Di manakah letaknya roh-roh kucing, selepas mati. - NORIFAH, Triang, Pahang.
JAWAPAN: Sebelum menjawab soalan puan, lebih dahulu saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas tabiat puan Norifah yang menyayangi haiwan jinak itu. Tabiat ini sangat baik dan patut dipuji, kerana Islam menyuruh umatnya agar menyayangi semua makhluk Allah, termasuk insan, haiwan dan juga alam sekitar. Bagaimanapun, menyayangi sesuatu ada batasnya, jangan keterlaluan sehingga menyayangi kucing melebihi kesayangan terhadap manusia.
Sering terjadi dalam sesetengah masyarakat di negara-negara maju, anjing dan kucing mendapat pembelaan yang lebih istimewa, dari segi makan minum, kebersihan, kesihatan, tempat tinggal dan sebagainya, sedangkan pada masa yang sama, didapati beratus-ratus kanak-kanak yang tidak berdosa terkorban setiap hari, akibat kerakusan kuasa oleh pihak-pihak yang mendakwa kononnya mereka telah maju.
Dari aspek bertentangan pula, kita dapati ada manusia yang keras tabiatnya, suka menzalimi haiwan, sanggup membunuh binatang tanpa sebarang dosa, semata-mata kerana kegemaran hidupnya memburu dan membunuh, seolah-olah haiwan dicipta Allah untuk diburu dan dibunuh. Sikap ini juga pada hemat saya suatu keterlaluan, bahkan kegembiraan memburu binatang bukan suatu budaya yang terpuji pada zaman ini.
Kembali kepada soalan yang dikemukakan di atas, saya meneliti jawapannya dari dua aspek iaitu bertanggungjawab terhadap haiwan di dunia dan nasib mereka di akhirat.
Pertama. Tanggungjawab terhadap haiwan. Manusia hendaklah bertanggungjawab terhadap kebajikan haiwan, terutama yang di bawah kawalannya. Jika haiwan itu merupakan peliharaan anda, berilah kepadanya makan minum secukupnya, jagalah kepentingan hidupnya dengan penuh tanggungjawab. Jika haiwan itu mendatangkan bahaya kepada keselamatan manusia, maka hendaklah dibunuh sebelum ia membunuh manusia, tetapi hendaklah dengan tertib dan terhormat.
Dalam hadis Bukhari bilangan 3071, Ibn Umar radiallahuanhu meriwayatkan sabda rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Seorang wanita dimasukkan ke neraka, kerana mendera seekor kucing, ia tidak memberinya makan minum sehingga mati kelaparan. Tiada sebab mengapa kucing harus didera, jika tidak kerana hati yang keras dan tidak bertimbang rasa. Memang hati yang keras tidak pernah mengenal mangsa, sama ada kucing atau manusia.
Dalam sebuah hadis yang juga riwayat Bukhari bilangan 3208, rasulullah s.a.w. bersabda: Seorang pelacur dari Bani Israel diampun dosanya oleh Allah dan dimasuknya ke syurga kerana ia bersimpati dengan seekor anjing yang kehausan air, lalu ia turun ke dalam telaga dan mengangkut air dengan kasutnya untuk diberi minum kepada anjing itu. Kita mungkin bertanya, bukankah anjing itu najis mughallazah (berat). Sentuhannya mewajibkan basuh tujuh kali menurut mazhab Syafie, salah satu daripadanya hendaklah dengan air tanah.
Masalah yang berbangkit dalam hadis di atas bukan soal najis atau tidak najisnya anjing, tetapi simpati dan sikap perikemanusiaan terhadap haiwan itu. Islam adalah agama rahmah dan kasih sayang terhadap semua makhluk, sama ada haiwan atau manusia, muslim atau kafir.
Kucing dan anjing adalah haiwan jinak, berbuat baik kepadanya menyebabkan terhapusnya karat-karat dosa yang degil, lalu ditempatkan seseorang itu di syurga. Berlaku zalim terhadapnya pula suatu dosa yang memungkinkan seseorang dimasukkan ke neraka. Syurga dan neraka bukan perkara kecil yang boleh diselesaikan dengan jawapan mahu atau tidak, tetapi suatu pembalasan berdasarkan dosa dan pahala.
Dalam suatu peristiwa, tatkala seorang sahabat nabi bernama Abdul Rahman bin Sakhr menemui seekor anak kucing yang sedang mengiau kerana kehilangan ibunya. Beliau yang dalam perjalanannya menuju Masjid Nabawi, berasa kasihan kepada anak kucing itu, lalu mengambil dan meletaknya dalam baju besar beliau.
Sesampainya di masjid, baginda bertanya Abdul Rahman, apa dalam bajunya? Ia menjawab anak kucing yang kehilangan ibu, aku mengambilnya kerana kasihan padanya. Lalu baginda menggelarkan Abdul Rahman dengan Abu Hurairah (bapa kucing).
Gelaran bapa kucing tidak sedikitpun menjejaskan maruah dan reputasi Abdul Rahman, malah inilah gelaran yang paling disukai tatkala namanya disebut, kerana nabi sendiri yang memberi gelaran itu. Selain itu juga, gelaran Abu Hurairah mengingatkan beliau kepada suatu amal soleh yang pernah dilakukannya menerusi pembelaan seekor anak kucing.
Hadis-hadis ini dengan sendirinya menolak dakwaan sesetengah pihak kononnya Richard Martin dari Britain yang menubuhkan Persatuan Antikezaliman Terhadap Haiwan pada tahun 1824M, merupakan yang pertama di dunia membela haiwan. Dakwaan ini tidak tepat, kerana nabi Muhammad s.a.w. sejak lebih 1422 tahun yang lalu telah membela haiwan. Jangka masa itu jauh mendahului tokoh dari Britain yang diagungkan itu.
Menyayangi binatang adalah sebahagian daripada ajaran Islam yang syumul (lengkap). Justeru, kita tidak terkejut jika ada kajian mengesahkan hasil-hasil positif daripada tabiat ini. Sebagai contoh, suatu kajian pernah dilakukan di Universiti Atlanta di Amerika Syarikat terhadap pesakit-pesakit darah tinggi, didapati keluarga yang memelihara kucing dan anjing lebih rendah tekanan darahnya berbanding keluarga yang tidak membela haiwan itu. Islam menerima pemeliharaan kucing, tetapi menolak anjing kerana najis.
Perlu juga disebutkan, dalam hadis-hadis sahih menyebutkan beberapa jenis haiwan yang harus dibunuh, kerana tabiatnya mengancam kehidupan manusia, seperti anjing gila, ular berbisa, tikus, gagak dan sebagainya. Binatang-binatang liar seperti harimau, gajah dan sebagainya juga harus dibunuh, jika ada tanda-tanda mereka mengancam nyawa manusia. Jangan tunggu sehingga ia lebih dahulu membaham manusia.
Kedua. Nasib haiwan di akhirat. Tentang nasib haiwan di akhirat, sama ada akan dibangkit semula atau tidak. Ulama mempunyai dua pandangan berikut:
1. Semua haiwan akan dibangkit semula di akhirat. Tujuannya ialah untuk menyelesaikan masalah-masalah yang ada hubungan dengan manusia atau sesama haiwan, termasuk pengkhianatan yang dilakukan terhadapnya oleh pihak-pihak yang dikatakan tidak bertanggungjawab. Pendapat ini diperkukuhkan dengan beberapa ayat al-Quran, seperti firman Allah yang bermaksud: Dan ingatlah ketika binatang-binatang liar dikumpulkan (al-Takwir: 5).
Menurut pandangan ini, pengumpulan yang dimaksudkan ialah pengumpulan di akhirat bersama-sama manusia, untuk dihisab hak-haknya yang dizalimi dan diambil tindakan sewajarnya mengikut keadilan Allah. Pendapat ini diperkukuhkan lagi dengan sebuah hadis riwayat Muslim bilangan 4679 yang bermaksud:
``Sesungguhnya setiap hak akan disempurnakan pada hari kiamat, hinggakan kambing bertanduk akan diserah kepada kambing tanpa tanduk untuk dibalas tandukannya. Maksudnya, kambing tanpa tanduk selalu dizalimi oleh kambing bertanduk. Kezaliman ini akan diselesaikan di mahsyar (tempat perhimpunan) di akhirat melalui pembalasan.
Ada juga orang membuat hujah dengan haiwan korban yang dibangkit semula, lalu menjadi kenderaan kepada tuan punya korban. Dikatakan jika haiwan itu gemuk dan bertenaga lebih, nescaya mampu mengangkut tuan punya korban ke syurga. Sebaliknya jika kurus akan terhentilah haiwan dan tuan punyanya di separuh jalan.
2. Haiwan tidak akan dibangkit lagi pada hari akhirat, kerana ia bukan ahli yang memikul dosa dan pahala, tidak disediakan bagi haiwan sama ada syurga atau neraka. Pembalasan hanya berlaku apabila adanya taklif (pembebanan tanggungjawab) seperti terhadap manusia dan jin. Haiwan tidak pernah ditaklifkan dengan sebarang beban tugas. Oleh itu ia tidak dibangkit lagi selepas mati.
Saya lebih cenderung kepada pendapat kedua ini, kerana tiada dalil yang kukuh menyatakan haiwan dibangkit dan akan menerima pembalasan. Hujah yang diberi kumpulan pertama boleh dijawab berbagai-bagai jawapan, misalnya:
Ayat 5 surah al-Takwir yang menyatakan semua binatang liar dikumpul. Maksud pengumpulan ini ialah perubahan tabiat daripada hidup liar dan berlari-lari memburu mangsa dari sana-sini kepada hidup berkumpul kerana takutkan huru-hara kiamat yang sedang berlaku. Ayat-ayat pertama surah al-Takwir ini pada hakikatnya tidak membicarakan suasana pada hari kiamat, tetapi membicarakan suasana sebelum kiamat berlaku.
Hadis yang menyatakan kambing tanpa tanduk diberi peluang menanduk kambing-kambing yang pernah menanduknya di dunia, tidak juga jelas menunjukkan kebangkitan semua haiwan di akhirat, kerana ungkapan ini menurut sesetenah pengulas hadis adalah menyatakan keadilan Ilahi yang membalas semua kezaliman yang berlaku semasa di dunia, iaitu sebelum masing-masing sama ada ke syurga atau ke neraka.
Hadis yang menyatakan haiwan korban menjadi tunggangan tuan punya korban ke syurga, hendaklah difahami keterangan ini sebagai simbolik. Kenderaan di akhirat tidak boleh disamakan dengan kenderaan di dunia, tambahan pula kenderaan di duniapun tidak lagi memakai kereta lembu dan kereta kuda.
Sebagai kesimpulan, memelihara haiwan adalah suatu amal soleh yang sangat besar pahalanya di sisi Allah, setiap makanan yang diberi dan setiap tanaman yang dimakan olehnya pasti ada pahalanya. Kasihanlah kepada haiwan, jangan menzaliminya, jangan khianati pergerakan dan kehidupannya. Haiwan juga makhluk Allah yang ingin hidup bersama-sama manusia di bumi ini

pertama dan terakhir



ptg sabtu,30 april 2011, pkul 2 org balik muar,


beberapa kali juga trasa nk balik lbih awal.tp ada bbrapa kerja kna siapkan. kna transfer documen drp laptop ke external hard disk sbb nk bwa balik muar. mls nk bawa balik laptop. berat.

alhamdulillah.klas BI kali ni kat dewan asrama, Dewan Ibnu Sina (DIS)..keje mengtransfer,org buat kat DIS.creadit hour diambil... pkul 8-10pg, self-study.pkul 10.30-1ptg, LDK. ptg, 2-4.. presentation .
ptg org skip(time presentation ponteng. mcm mne nk ade skill presnting?) . tp kna gnati la. ok je gnti.. x nk wat tndatgn palsu lg dh. dlu mse sem 1 dh ckup la buat ttgn palsu smpi penyelaras tnye kat FB time cuti sem (boleh refer kat post sblm2 ni.cari la.ade org ceritakan kat situ)

jem teruk betul balik ni. x tahu knapa.tp 1 tempat je yg org sedar ade blaku kmlngn.tmpt lain x tahu sbb apa jem..org tdo. smlm kn balik lewat.pastu tido pkul 5 pg sbb menaip post tuk blog hakikat kehidupan malam di KL.tu pun x siap ade lg sambungan.


sepatutnya org sampai rumah pkul 8mlm .tp pkul 8.40 mlm baru sampai.

sampai rumah, org terus tnya mana mawee.
mawee ade kat bilik air
mmg nmpk mawee dh nazak sgt
bulu kat lengan dia di cukur sbb masuk kn drib kat situ
dia bnafas guna mulut.
nk dukung mawee trasa x smapai hati tkut dia makin x boleh bernafas.

org tgk mawee, org dpt rasa dia perlukan oksigen mask.xpun incubator.

tiba2 org terfikir ttg klinik veterinar kat jalan tun razak KL.dkt dgn bulatan pahang.org x pernah pergi situ, tp  tmpt tu tmpt veterinarian specialist.org search kat internet.akhirnya jumpa animal hospital.org ajak mak bawa mawee ke situ. mmula mak mcm x stuju tp org tetap cube ajak mak bawa mawee kat situ.akhirnya mak stuju.isnin ni rancang nk bawa mawee ke sana. dan tahu mawee akan di ward kan kat situ.

"mak bawa mawee g KL ea.g klinik veterinar.dkt je dgn tmpt org"
"nt mawee kna tinggal kat sne, spe nk jaga dia.spe nk tgk?"
"tinggalkan kat wad,xpe nt setiap petang org g sne.?"
"akak kn ade klas,penat."
"xpe.dekat je.nt org naik teksi je"

muka mak nampak tnda setuju tuk bawa mawee g kl.

abg dgn adk yus mcm x setuju
"belum smpi sne nt mawee 'sempat' ."
"bwk laju2.kan ada aircond"
"panas gak"


org search lg kat internet   animal hospital.
akhirnya org jumpa open 24 hour kecuali ahad 1pm-7pm.
"xpe g mlm dia bukak 24 jam."

kat dapur, org panggil kucing lain tuk bg makan.org rasa mawee dtg ble org panggil kucing lain tu.
"dik yus cbe tgk, mawee dtg ea?"
adk yus pandang kat ruang tengah, "ha a"

sampai kat pintu dapur, mawee terus terbaring.

"cbe adk bg mawee air, dia haus tu.", kata mak

adk yus bg dia mnum air guna syring

"cbe bg mawee minum susu"tambah org

org cube buatkan mawee susu.tp x berjaya.akhirnya adk yus yg buatkan.sikit je, 2-3 ml.sedut dlm syringe dan bg dia mnum.mgkn ada yg kata knapa x guna botol susu kucing?x boleh guna botol susu sebab tekak mawee bengkak, dia x boleh menelan.jd, tpaksa mmaksa mawee minum gunakan syringe.dan mawee perlu minum susu sbb dia langsung x boleh mkn.


"mawee.. tahan tau. nt g KL."org ckp dgn mawee.mata mawee gerak2 pangand org. ekor dia goyang2 kan. trade mark mawee memang suke mengoyang2kn ekor dia. x kira apa.dia tetap goyangkan ekor tu.masa dia tidur, kteorg suke panggil "mawee" dan mawee mesti akan menggoyang2kan ekor dia. makin kuat nama dia dipanggil, makin kuat dia goyang kn ekor.same ade dia bgun @ tidur, tetap sama.sampaikan emak cakap, "masa kat klinik, dh terbaring x larat ni.air tgh masuk kat lengan dia.tp ekor dia tetap bergoyang2.sampaikan ade sorg org yg dtg kat klinik tu bawa kucing dia tegur mawee, eh ekor dia goyang2 lg"

...

pukul 6 pg,ahad 1 mei 2011 org bangun tidur. org selisih dgn mawee kat ruang antara bilik2. org sempat tegur mawee.tp x lama, org masuk bilik. mata dia pandang org masa tu.

...

pukul 7 pg, mak kejut kami adk beradik.

"adk yus, akak... bangun.. mawee dah mati"

org terus bangun.org g ke dapur, keluar ke belakang rumah. org nampak mawee terbaring atas daun pisang. sme ada mak @ abah yg alas kan mawee. org x tahu.org x tanya.

org pergi kat mawee yg tgh terbaring tu.org dtg kat dia, org belai bulu dia. lembut je bulu mawee.. malam semalam bulu mawee pun lembut mcm tu.sbnrnya bulu mawee agak kasar sbb bulu mawee jenis yg kerinting sikit.x mcm kucing biasa.mungkin itu slah satu petanda dia akan mati.

"mawee ada kat blakang. mak cari dia td, mak igt dia kat bwh pokok pandan. tp x jumpa. mak cari jauh sikit. mak jumpa dia tgh melekap atas tanah. mak tgk dia dh x bernafas. mak rasa, lpastu betul la mawee dh xde.mak terus angkat dia bawa balik.tp td mak angkat dia lembut lg"

org belai dia smbil mak cerita.org x ckp pape.
tetiba,
"mawee.. dia tunggu akak balik baru dia mati.."
"ha a.ye la agak nya dia tunggu akak balik" sambung abah

mse tu,air mata org mula keluar plus hingus skali..org x sedih mawee mati sbb org sedar kematian x boleh dipercepat @ dilambatkan.tp org terharu sbb Allah bg org kesempatan tuk jumpa mawee. slama ni tnye khabar mawee kat telefon je.setelah 5 bulan org x dukung mawee, hari ni.. org dukung mawee dgn keadaan dia dh x de roh dlm jasad dia.
mawee dh ringan..kurus, abang kata 5kg je berat dia sekarang.

lepas abah gali lubang utk tanam mawee, org ckp org nk angkat mawee.org nk angkat mawee macam org angkat kucing bernyawa.tp mak suruh org angkat mawee, dgn tampung bawah bdn mawee dan mak suruh org angkat dgn daun pisang yg alas mawee tu skali.

org bawa mawee.sampai kat tmpt tuk tanam mawee, org hulurkan mawee pd abah. dlm lubang yg abah gali, abah ada alaskn daun pisang .lpas letakkan mawee,sekali lg abag tutup mawee dgn daun pisang.org tgk mawee tertanam dlm tanah drp tanah pertama hingga terakhir. sambil tu org fikir semula pesanan org pd mawee utk btahan sampi dia sampai dia di bawa ke KL.tp, mawee x dpt btahan. org nk tolong mawee.. tp x sempat.xpe,mgkn ini terbaik. ble tgk mawee yg susah nk bernafas, org faham keadaan tu.org pernah rasa.org pernah rasa bila haus dan x dpt minum air sbb tekak sakit. tp org x dpt tlg mawee..org cuba nk tlg, tp x sempat..family lain dh tlg mawee.diorg bawa ke klinik setiap hari...xpela.. redha...

4 thn setengah umur mawee.. dan setelah 5 bulan x dukung mawee..akhirnya org dpt dukung mawee.. utk pertama dan terakhir kali setelah 5 bulan...pertama dan terakhir hanya jasad.


nota: org ada niat utk ambil gmbr mawee dan tanah dan lubang tmpt tanam mawee tp rasanya xperlu lah.