x terhitung salahku

Monday, 27 February 2012

pavlova

dpt wall post kat fb drp adk yus 
'resepi minggu ini: pavlova. g crik care nk wat. hihi'


arahan tuk org cari resepi.. tp dsbbkn org mls, adk yus yg cari
tp 80% yg buatnye, org
80% ke???
dan
hasilnya 


100% kosnya drp adk yus.. like....
jazakillah


alhamdulillah
msh dpt lg merasa rasa masam manis pavlova ni
x tahu la rasa sbnr kalau beli kat kedai mcm mna
^_^


resepi pavlova

bahan2 :
4 biji putih telur
1 cawan ula kastor
1 sudu kecil jus lemon
1/2 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecil esen vanila
1/2 cawan whipped cream
buah-bauhan masam (kiwi, strawberi, dll-ikut selera dan bajet)

cara nak buat pavlova :

-panaskan oven 140 celcius
-ambil keras minyak, lukis bulatan 7" pasa kertas minyak tersebut

- putar telur putih (4 biji) dengan medium speed sampai terbentuk tekstur soft peak
-masukkan gula sesudu demi sesudu sambul putar telur tadi (sampai gula hancur dan terhasil adunan berupa glossy stiff peak)
-masukkan tepung jagung dan jus lemon. kaup balik sehingga sebati.
-masukkan vanila dan kaup balik adunan tersebut.
-letakkan adunan ke atas kertas minyak (bahagian tepi lebih tebal drp bahagian tengah (ala bntuk biconcave la senang~~ .. bentuk sel darah merah tu))
-bakar 1 jam 15 minit.
-tutup oven dan keluarkan. biar sejuk pd suhu bilik

cara nk buat topping:

-putarkan 1 cawan whipped cream sampai kembang.
-sapu keatas adunan yg telah siap masak dan telah disejukkan td.
- letakkan buah-buahan masam spt strawberi, kiwi, ceri..
- letakkan dalam peti sejuk

nota: makan mse sejuk best~~~ insyaAllah.. alhamdulillah


Friday, 17 February 2012

Encik Sulaiman

mariam psiko org


dh mmg kerap sgt rasanye dia tanya
"kak kis.. org x sabar nk tahu siapa suami kak kis..siapa la ek.. mcm mna dia"


"entah mariam.. org pun x tahu.. calon pun xde mcm mna?"


"kak kis.. kak kis kena cari.. x boleh kak kis.. bek(baik) kak kis cari"


"x nk cari lg la mariam.. nt la dulu..org x nk menzalimi pihak lelaki"


"kenapa zalim pulak kak kis?"


"yela.. org ni.... kna fikir ttg dia..x leh pentingkan diri..org x nk rasa bersalah pd llki tu dgn family dia.. kalau la ada lelaki yg nak kat org.. org kesian kat dia..  org x nk nt dia susah.. kesian dia mariam..zalim nt org kat dia..kna fikir ttg fmly dia lg. bole trima ke nt?"


"kak kis.. tu bkn menzalimi la kak kis". sambung mariam, "bile dh jd suami isteri, akn sme2 ringatkn masalah.. x menyusahkan pun... hahaha.. cewah.. org ni mcm ada pngalaman je... tp kak kis..kak kis kna igt kuasa Allah"


--hantaran--


tetiba mariam keluarkan topik hantaran bbrapa hari lpas..


"kak kis.. hantaran kat kelantan murah ea?"


"entah.. mungkin kot.. org pernah dgr murah.. tp sbb maskawin dia tinggi sbb tu hantaran kurang.. rasenye la"


"johor bpe ek kak kis"


"biasanye 10 ribu.. biasanye la.. org xde pengalaman"


"ooo..10-15 ribu kn"


"mariam nk letak hantaran?"


"sje nk tahu"


org tanya mariam, "mariam mcm mna kalau ada lelaki yg nk share hantaran dgn mariam?"


"entahla ek kak kis... tp kan org mmg x boleh terima..x boleh la kak kis"


"kenapa mariam x boleh terima?.. sbb dia nk kita, jd dia kenala prepare.. mcm tu la kan.. ea mcm tu ke mariam?"


"ha.. a'ah.. tu 1... lg 1, bukan apa kak kis.. family org ada masalah jgk.. mslh ptptn, klmu tipu.. saving x de.. adk semua kecik2 lg.. knapa ada org kata nk share hantaran dgn kak kis k?"


hah.. sempat lg mariam nk tnye ttg org.. dan org tanye mariam, " mariam rasa bpe org kena letak hantaran tuk org?"


mariam terdiam... pastu dia ketawa, "hahaha .. ntah kak kis"


org senyum je...
sambung keje lain




senyum2... ^_^
ini org tjumpa mse fb  walking
"kalau pengetahuan agama tak tahu, jahil aqidah, halal haram x reti.. buang duit je tu"
org x nk di katagorikan sbg 'pembuang duit'






persoalan : siapa suami org? wallahu 'alam.. share hantaran?? ntah sbb berapa hantaran tuk org pun org x fikir pun.. 1 je org terfikir.. org nk bg nama kat bakal suami org tu la... 'Encik Sulaiman'... ^_^V.. boleh? .. org x kenal dan x tahu pun siapa dia.. nt akan dtg, ble tiba msenya dan dh ada org nya.. org akan announce nama sebenar pemilik nama 'Encik Sulaiman' tu..ok mariam .. zura.. mel..

biopsy

kluar drp stor @ bilik labcoat


"balkis, jom ikut akak"


"hah?!... ok jom", men ikut je kak ody (puan ody, staff lab cytology, jabatan patologi )


"kak yus sy pinjam sorg student", kata kak ody pd kak yus (kkdng org pnggil dia adk yus ..sje je.. teringat kat adk yus ble pnggil dia adk yus.. kak yus plak panggil org kak kis..mcm2~~~)


...oh~~
rupenya org ikut kak ody tuk wat biopsy sorg patient yg ada scc (squamous cell carcinoma).. tgk doctor buat fine needle aspiration cytology (FNAC) nodule pd neck




mse on the way.. astaghfirullah hal 'azim... org yg terasa nervousnya...




"kak sy nervous...", mmg palpitate 


"awk nervous? mcm awk yg nk kena cucuk ea"


terbayang org yg akan wat FNAC tu


dan


alhamdulillah selesai ... org suke dr rina..bila dia kata pd cucu patient yg ada dlm bilik tu


"sy nk col dr pakar dulu ye .. sy rasa better dia yg confirmkan.. sbb ada contraction dsbbkn rwtn radioterapi"


mse dia col tuk panggil dr pakar patologi, " dr sy nk minta dr naik tuk wat FNAC sbb sy ada rasa 2 nodule.. jd sy nk minta tlg dr pastikn sbb sy x nk berulang kali cucuk.terima kasih dr"


ini bukan kelemahan tp kelebihan dr rina.. org suke dia~~ 




........ 




petang, kat bilik grossing, lab patalogi anatomi


kak ody, " balkis, ptg ni ikut akak lg ea"


"g?"


"wad 16 tuk buat FNAC"


"pukul?"


"4.30 ptg ni la"


"ok"


"ptg ni kte bawa troli .. nk bawa mikroskop ke wad"


"o..ok"


wad 16-HDW..


patient ni seorg aunty chinesse


kali ke 4 org masuk kat dlm wad 16-wad CCU/CRW/HDW(3 kali melawat dan sekali sbb FNAC ni)




sedih sbnrnya ble msuk wad ni ngn ICU.. rasa nk ceritakan sesuatu je pd diorg ttg islam.. tp masalah utamanya, x tahu nk cerita apa dan org x pndai bercerita.. patient non-muslim lg la org terasa takut nk bercerita.. tp time ni la patient betul2 boleh tersentuh hatinya sbnrnya.. dan x cuba, xkn tahu.. kpd yg pndai bercerita tu, ceritakn ssuatu ttg islam.. cubeee..


ni kali ke 2 org ikut FNAC tuk hari ni


nervous..


org tgk je aunty tu.. tgn dia di ikat pd katil (jgn risau xde pape.. tuk kebaikan aunty tu jgk sbb x nk dia mencabut segala wayar2 kat bdn dia).. aunty ni msih lg gunakan ventilator tuk bernafas..


dr akn wat FNAC for thyroid pd aunty tu


aunty tu meronta2 ble nmpk jarum.. suara doctr mmg lembut tp aunty tu msih lg x terpujuk.


org bdiri blkng dr..(dr yg suruh.. info: org dlm keadaan tanpa glove.. dr kata "nt sy suruh awk tekan, awk tekan ye".. org tanya dr , "dr nk sy tekan apa?".. balas dr, "nt sy bg tau"...) org igtkn dr akan suruh org tekan button mesin..


"ok awk tekan"


"hah tekan?", org terkejut


"tekan ni bg drh dia bhenti", smbil jari doctor tekan gauze pd leher aunty


"ok" bls org.. tkejut lg sbnrnya.. tp x kn nk suruh dr tunggu org amik glove.


dlm hati ," x pakai glove ni.. bismillahi tawakaltu alallah je la.. nk sakit, bila2 je boleh sakit.. hasbunallahu wani'mal wakil (cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Dialah sebaik2 pelindung)."


siap je doctor letak spesimen FNAC thyroid aunty kat slide,org tgk kak ody.. pandang tapak tgn kiri org (yg kanan tgh menekan gauze pd leher aunty tu.. ni je yg boleh org buat tuk bg isyarat org x pakai glove sbnrnya).. tp kak ody x fhm apa org buat.. sbnrnya, org x nk doctor tahu ..tp xde pilihan.tpaksa org ckp.. "kak sy x pakai glove..."


dr terkejut, "hah awk x pakai glove?!"


"x"


so, org kena tegur dgn doctor la, "next time make sure u get prepare"


"baik~" bls org pd doctor




sbnrnya.. mse pegang gauze tu.. aunty msih lg dlm keadaan terkejut dan takut sbb gara2 dia nmpk syringe pistol yg dgunakan tuk procedur FNAC.. syringe pistol tu nmpk menakutkn bg patient..so,dia meronta2 .. mcm mna nk pujuk ni? org pun x tahu.. kesian aunty..suara org dh la x selembut suara doctor.. ksian tgk aunty tu..jd, org sentuh lutut aunty tu lembut dan tepuk perlaha-lahan.. org wat eye contact dgn mata dia (wah.. blink2.. )..dan akhirnya aunty tu pun diam.. alhamdulillah bjaya jugak tenangkan dia.. wlpn sbnrnya org x la tenang sgt. sbb x pakai glove .. tp org tenangkn jgk diri dgn 'hasbunallah hu wani'mal wakil'.. jgn risau, org ok je.. 


p/s :get prepare tu penting....dann  igt Allah.. sampaikn dgn cara yg termampu walau apa pun.. 


mood: sedih

Tuesday, 14 February 2012

m-u-j-a-h-a-d-a-h



M-U-J-A-H-A-D-A-H.

Bermujahadah, dalam erti kata yang lain, kita menanam sepenuh-penuh keazaman yang jitu untuk mencapai redha Allah. Ia adalah suatu kesungguhan yang tiada tolok banding, yang mana kekuatan itu kita sandarkan terus kepada Allah. Dengan penuh rasa kehambaan dan pengharapan, kita memohon agar Allah menyalurkan kekuatan kepada kita untuk menjauhi dan meninggalkan apa-apa yang Allah tidak suka, walaupun nafsu kita berkehendak akan perkara itu.

Mujahadah ini ialah satu ibadah. Allah memandang usaha kita, tidak kepada hasil. Ini adalah kerana ‘memberi hasil’ ialah perbuatan Allah sedangkan perbuatan manusia ialah ‘berusaha’. Dalam konteks ini, kita berusaha bersungguh-sungguh untuk menjauhi dosa, dan Allah akan menilai tahap kesungguhan kita dan akan memberi kejayaan atau sebaliknya, masing-masing sebagai nikmat dan ujian.



 
“Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah bersama-sama dengan orang-orang yang berbuat baik”- Surah al-Ankabut ayat 69.


Mujahadah ialah tugas kita. Mujahadah ialah tanggungjawab kita. Mujahadah ialah peperangan kita! Jika benar kita bersungguh, maka tanamkan azam. Betulkan niat, perhalusi niat. InsyaAllah… jika benar-benar kita telah berusaha, Allah pasti akan menangkan kita kerana janji-Nya dalam surah Ar-Ra’du ayat 13, “…Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum, sehingga mereka mengubah diri mereka sendiri…”

Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. InsyaAllah.




Sunday, 12 February 2012

siapa wali?

org klik kat dashboard blog dibawah langit Allah. sje nk blogwalking. dh lama x blogwalking.

tergerak hati org tuk klik blog alambukansemulajadi blogspot. salah satu tajuk postnya adalah "siapakah waliullah atau tok wali".. on the spot, org teringat slot 'Tanyalah Ustaz' kat tv9..



Seorg penonton yg btanyakan kpd ustaz yg mengendalikan slot Tanyalah ustaz hari tersebut


"apakah makud wali. sy confuse dan minta penjelasan ustaz sbb banyak sgt yg sy dengar tantang wali ni.siapa sebenarnya wali itu?"

wah.. menarik.. org pun nk tahu jgk apa tu wali.terbayang2 kat kpala org wali songo.. 0_o

tp org x dpt tangkap apa mksud ustaz tu
mgkn silap org juga ..slh dengar dan salah faham

tp alhamdulillah diberi peluang tu tahu 'apa tu wali'
di blog
Alam Bukan Semulajadi
siapakah-waliullah-atau-tok-wali


Dato’, selalu kedengaran orang menyebut perkataan waliullah, tok wali ataupun orang tertentu yang digelar wali Allah. Siapakah mereka itu sebenarnya, dan apakah di zaman kita ini ada wali-wali Allah yang disebutkan?
ABU HUZAIFAH
Kuala Lumpur

Wali adalah perkataan mufrat ataupun singular, kata prural atau jamaknya adalah auliya’. Makna asal perkataan ini ada berbagai-bagai, di antaranya bermakna ‘amat hampir’. Wali Allah maknanya orang yang benar-benar hampir dengan Allah SWT.
Orang ini ialah insan yang amat memahami dan mentaati perintah Allah dalam semua keadaan dan menjauhi larangan Allah dalam semua hal. Istilah wali berlawanan dengan istilah ‘adaawah’ yang beerti bermusuh.

Orang yang hampir kepada Allah dipanggil wali, orang yang bermusuh dengan Allah digelar ‘aduu. Musuh Allah ialah orang yang melawan hukum, perintah dan menderhakai Allah sedangkan wali adalah orang yang paling taat kepada Allah.

Waliullah memang wujud dari dahulu hingga sekarang. Al-Quranul Karim, menyebut (mafhumnya):
“Ingatlah sesungguhnya wali-wali Allah itu tidak ada ketakutan ke atas mereka dan tidak pula mereka itu berdukacita.

“Wali-wali Allah itu (adalah) orang yang sungguh-sungguh beriman kepada Allah dan mereka bertaqwa kepada Allah SWT. (Surah Yunus, ayat 62 dan 63 ).

Dalam tafsir yang muktabar seperi Tafsir al-Qurtubi dan Tafsir al-Maraaghi, ketika menghuraikan ayat ini menyebut bahawa wali-wali Allah adalah orang-orang yang ikhlas mematuhi perintah Allah dan berserah diri kepadanya, tanpa mensyirikkannya tanpa sesuatu apapun. Mereka mengasihi-Nya dengan sebenar-benar kasih dan mentaati-Nya dengan sepenuh ketaatan.

Ali bin Abi Talib (karammallahu wajhah), bersabit dengan ayat di atas menyebutkan, “Wali-wali Allah adalah orang yang kelihatan pucat-pucat muka mereka kerana banyak beribadat, mata-mata mereka kuyu dan layu kerana banyak berjaga malam untuk beribadah, perut-perut mereka cerut dan kempis kerana banyak berpuasa dan kurang makan.” Itulah gambaran waliullah oleh Ali.

Merujuk kepada ayat ini, Umar bin al-Khattab (r.a) pernah berkata, “Saya pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, ‘ada di antara manusia, adalah menjadi hamba-hamba-Nya yang sebenar. Mereka bukan para Nabi dan bukan juga para Syuhada, tetapi amat disegani oleh para Nabi dan Syuhada di hari Kiamat kerana makam mereka amat istimewa disisi Allah pada hari tersebut.

“Lalu ditanya kepada Rasulullah s.a.w siapakah mereka dan apa amalan mereka, semoga kami boleh mencontohi dan mengasihi mereka, lalu Rasulullah bersabda, ‘mereka adalah kaum yang berkasih sayang kerana Allah, tanpa ada hubungan darah dan harta benda yang mengikat mereka, muka mereka bercahaya indah dalam kilauan cahaya dalam cahaya, mereka tidak takut ketika sekelian insan takut dengan azab Allah, mereka tidak berdukacita ketika insan sekelian berdukacita kerana takut kemurkaan Allah SWT.” Lalu Nabi membaca dua-dua ayat dari Surah Yunus tadi.

Itulah gambaran waliullah yang disebut banyak kali oleh al-Quran. Dalam hadis yang sahih, Nabi pernah menyebut perkataan wali dengan jelas yang mafhumnya, “Barangsiapa yang memusuhi wali-wali aku, maka sesungguhnya dia mengisytiharkan perang dengan aku dan aku benarkan wali aku memerangi mereka. (Hadis Qudsi).

Waliullah, disemuapakati oleh ilmuan Islam yang terbilang, terdiri dari para Rasul (tanpa khilaf), kerana merekalah yang paling hampir kepada Allah, paling cinta dan mematuhi perintah Allah. Wailullah adalah orang yang makam mereka amat tinggi disisi Allah. Mereka disebut sebagai muqarrabuun.

Firman Allah (mafhumnya), ” Dan orang-orang paling dahulu beriman, mereka yang paling dahulu masuk syurga. Mereka itulah yang paling tinggi makamnya (disisi Allah). Mereka di tempatkan di syurga-syurga yang penuh dengan kenikmatan. Dahulunya berbondong-bondong begitu ramah. Dan yang mutakhir ini amat berkurangan.”
(Surah al-Waqiah ayat 10-14).

Maksud muqarrabuun adalah orang-orang yang berlumba-lumba melakukan kebaikan di atas perintah Allah SWT, mereka itulah auliya Allah. Mereka wujud dari dahulu hingga sekarang. Dahulunya ramai,. sekarang ini amat berkurangan.
Apa yang penting, waliullah adalah orang yang amat istimewa disisi Allah SWT.



p/s : tlg igt ye... alam ini bukanlah semulajadi.. Allah menciptakan sesuatu... bukan terjd dgn sendirinya ok~



bulan

lokasi : bandar tasik selatan
masa: malam sekitar 8.30mlm


mse tu dlm perjalanan kat jejantas dr terminal bersepadu selatan (TBS)ke stesen LRT bandar tasik selatan (bts) 


tiba2..


 "akak.. tgk bulan tu cantik..", mak

...

org bhentikan langkah yg sblm tu org jln menonong je. dan org gerak ke bhg tepi jejantas, terus dongak ke langit cari mana bulan

"eh.. ha a la mak.. cantik.. beso(besar- yela org muar kan..)nya bulan.. dia paling menyerlah..terang lah.."

"mcm belon kan. tgk lampu2 jalan tu pun kalah terang dia"

org senyum

"cantik la mak (dlm hati subhanallah cantik.. sayu je rasa hati)"


...

"mak.. org nk cube amik gambr la" org ambil kamera dlm beg

"x nampak la kak" kata mak

"xpe mak.. nk cube.. klu dslr msti nampak..xpe la cube je"





...
...
...

" mak....."

"mak... hmmm..sblm ni, org rasa mcm kecik je bulan tu.."

"dia mmg beso mcm tu ke mak selama ni? ataupun selama ni org x perasan bulan tu mmg beso ngn cantik mcmtu?"

ulang sekali lg

"org x perasan bulan sebesar  dan secantik tu"
"org x perasan bulan sebesar dan secantik tu"
"org x perasan bulan sebesar dan secantik tu"

astaghfirullah hal 'azim sibuk sgtkah org..
pandang lah ke atas tuk melihat betapa kerdilnya diri


persoalan:  


bilakah kali terakhir kita mendongak ke langit melihat bulan, bintang serta langit?
-subhanallah
bilakah kali terakhir kita perasan penciptaan bulan, bintang dan langit itu indah?
-subhanallah

bilakah kali terakhir kita mendongak ke langit dan berdoa pd Allah dgn sepenuh hati dan merendah diri?
-astaghfirullah hal 'azim
              

~SeKaLi SEkala DonGAk LaH ke LAngIT~
~LIhaT BEtaPA BEsaRnya KUaSa DAn PenCIPtaan ALLAH~




Tuesday, 7 February 2012

voucher buku 1 malaysia

alhamdulillah.. ptg 6 feb 2012,org kluar dgn adk yus ke bndr muar. mmg plan tuk ke kedai buku Popular kat Kompleks Lagenda Muar tuk gunakan voucher buku 1 malaysia yg bnilai RM 200 kepunyaan adk yus.

"org x dpt voucher la",org
"nah x pela.. amik voucher org sekeping", adk yus
"ea? nk kena bayo ke?", org
"xpe.. amik je", adk yus
"btul?? bole je .. haha..hmm .. tp nt la..nk tgk buku dulu", org
"ala..amik je la..org pun bukannya tau nk beli buku apa pun", adk yus
"x mau bli ensiklopedia ke?", org tnye sbb adk yus minat ensiklopedia sbnrnya
"ensiklopedia apa?",
"ntah.. sukati adk yus la"

sampai kat kedai Popular
masing-masing x tau nk bli apa

target org buku
adk yus?? ntah .. mula2 dia cari buku..
lastly, dia lari g kat bhg alat tulis

mula2 tgn kosong
last2 dia dtg kat org dgn bakul yg dh berisi alat tulis
dannnn
ada 2 buah botol air 800ml dgn 1600ml



"botol air tmasuk dlm voucher ke?", tnya org
"eh.. ha a kn... xpe la tnye org kdai"

adk yus g tnya

hasilnya,
"dia kata buku dan alat tulis je la"

"kompem(confirm)?"sj je tnye lg kat adk yus

"xpela cbe tnye botol air ni tmasuk x?" cadang org

hasilnya,
"botol air boleh!"

ooooo
suke adk yus..
dia suke design corak botol air tu
siap cadang lg, "nt g jejalan, bwk botol air ni tho (tau)"


org tgk botol air tu biasa je
biasala kan pndgn mata setiap org tu berbeza


pape pn ini apa yg org dpt drp vaucher adk yus
4 buah buku, sebatang pensil mekanikal dan bekas alat tulis
yg bernilai RM86.41




nota: bila fikir semula.. terharu ade adk mcm ni.. pe je yg dia beli. mcm x de pape wlpn gunakan vaucher 3 keping, bnilai RM 150.org plak yg lebih2, bli mcm2..pdhal, dia kata nk bg vaucher sekeping je(RM50) kat org.. tp org guna smpi RM86.41.. cube tgk gmbr barang2 dlm bakul tu (atas), ada 1 bundle A4 paper kn?..adk yus cancel A4 paper tu sbb nk cukupkan bajet RM 150 spy dpt cover buku2 yg org nk beli..nak nangis ni.. terharu.. 

xpe ea adk yus.. dpt elaun 23 feb ni org topupkn elaun perlancongan tuk adk yus..



adk yus ckp kat mak td, "mak td beli barang mcm org kaya... amik je apa yg nak"
dan bila fikirkn semula.. msti adk yus nk amik lg banyak tp x dpt sbb org dh amik dlu... pdhal org ada elaun buku sendiri.. kesian adk yus dan telintas juga.. bestnya kalau kolej org dpt vaucher buku ni.. 



ada kwn2 org bwh tajaan SPA KKM dpt plak vaucher buku ni. tp kolej org x dpt. mgkn faktor dia adalah student SPA KKM kat kolej swasta kot. mls nk tnya pihak kolej. xpela.. x nk bebankan rakyat dgn cukai lg nt.org kn dh ada elaun buku.. time ksh adk yus~~~jazakillah..

balance lg sekeping (RM 50) tu cukup kn nk cover adk yus.. heee~~~

Monday, 6 February 2012

samsung PL151

alhamdulillah.. sempat jugak nk temankn mariam tuk uruskan urusan PTPTN dan KLMU 2 minggu lepas 26 januari 2012..harap2 semuanya ok tuk mariam dan dia dpt semula refund PTPTN drp KLMU sebanyak RM 13 ribu tu.


sblm tu memang plan nk ke samsung center tingkat 4 plaza low yat..sj nk tanye perkembangan kamera samsung PL151 org.boleh je col talian samsung (samsung careline) tp alang2 dh ke sana, saje je nk tanye face to face.


ptg hari sebelumnya (rabu) adk yus dpt msg drp samsung tentang kamera dh siap dan bleh diambil siap pamerkan kos lg kat msg tu 'RM 200.90'.

lepas ke KLMU, org ngn mariam g la ke samsung center..jln terkedek2 akhirnye sampai kat lowyat 6.30 PM. 

dh lama sbnrnya kmera org kat samsung center tu drp hujung bulan november 2011 hinggalah skng.


last2, org suruh adk yus ambil je kamare tu.. x pyh betulkan


kat low yat masa adk yus nk ambil kamre tu dia tnye sama ada org nk betulkan @ nk ambil sbb samsung center ada col org 2 3 kali tuk confirmkn nk repair @ x.rupa2nya x siap gara2 org mls nk angkat fon col..patut la x siap!


org wat kputusan tinggalkan je tuk direpair.kali ni adk yus bg samsung center kat sana no fon dia...  

lpas 2 minggu, kamera pun siap.


lama dh x pegang kamre samsung PL151 ni. terasa dh ilang chemistry tuk amik gmbr...


maknanya, kna keluar rumah..duk amik gmbr smpi rasa kepuasan tu ada la nmpknya..


pic : kerengga...kat pokok asam jawa dpn umah




repair kamera RM 200.90...
pd pendapat kalian la kan.. RM 200.90 ni lbh baik beli kamera baru @ repair je??

baru???

repair???

baru???

atau

repair???

RM200.90


baru ke repair???

confirm baru kn?? org tau ramai yg kata, bli baru je la...


sbb mmg sblm ni x de sape pun yg org tanye akan kata, "repair je la~"

termasuk la mak
mak kata, "beli baru je la kak"
abah lg la, "akak beli je la yg baru nt abah bg duit"

mula2 org mmg dalm dilema jugak.. ada je terasa "beli baru je la.. function lg best..beli DSLR terus ke"

tp ok la.. repair je.. dan ada duit nanti beli yg lain.


sayang dgn apa yg ada.. jaga selagi masih mampu nk jaga..guna selagi boleh.


RM 200.90 tuk betulkan kamera yg org bli dgn harga RM699..(sblm ni org dh ganti motherboard kamera ni sbb tertumpah air 100plus,kna cas RM 400++) sbb tu mak ngn abah kata beli baru je.. tp org x nk beli yg baru! nilai sentimental kamera ni terlalu tinggi utk org.. 


dan kali ni RM 200.90... hmmm.. drp beli baru dlm range yg org nk RM400 - RM700.. lbh baik org repair dgn harga RM 200 tu.. perlu ke keluarkan duit lg tuk kamera baru??

pape pn, depends la pd diri nk apa dgn apa yg ada.. org??? org xnk mmbazir.lgpun, cukuplah dgn apa yg ada.. alhamdulillah..

org tertarik dgn hadis ni.. Drp Abu Humaid al-Saidi ra, Nabi saw bersabda : "perelokkanlah cara kamu dalam menuntut perkara dunia. Sesungguhnya setiap orang adalah dipermudahkan bedasarkan untuk ketentuan yang telah ditetapkan kepadanya" (riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)

org teringat juga pesanan, syaitan x paksa manusia tu ikut ajakannya. Syaitan cume mengajak dan menghasut. lepas bjaya menghasut manusia, dia akan lepas tangan dan x akan menolong org yg dh disesatkan tu kat akhirat nt.


Firman Allah, “Dan berkatalah pula syaitan setelah selesai perkara itu. Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu; dan tiada bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu yang menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan aku tetapi salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan aku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan (perintah Tuhan) yang kamu sekutukan daku dengan-Nya.” Sesungguhnya orang-orang yang zalim beroleh azab yang tidak terperi sakitnya.” (Ibrahim : 22)



Sunday, 5 February 2012

seharian kat IJN

jumaat, 2 feb 2012

follow up kat IJN kali ke-7 (kali ke-3 lpas operation)


(1)

9.20am, sampi kat IJN dan terus daftar kat NCL tuk wat echo (echocardiogram-wat ultrasound jantung )

...

" mak.. org takut la tetiba.. sblm ni x pnh pun takut g cek kat IJN wlpn doctr pakse wat operation" sambil org keluarkan buku 'Kau Hadir Dalam Munajatku' yg ada kat dlm beg.

org tgk buku tu.. nk baca tp terasa x nk baca (mcm mna tu?)

mak diam.. x lama lpas tu, "knapa akak takut?"

"ntah.." , saja org ckp entah sbb x nk g tau mak

...

"knapa?", tanye mak lg skali

"org takut sbb org dh baik.. "
"takut.. ble lpas cek nt dia kata injap org rosak lg"

takut org smpi pegang buku pun menggigil..tp x lama. org dpt kwl rasa takut tu.. pujuk diri dgn mse nk operation x takut, x kn nk cek takut kn? klu sakit lg skali nk wat mcm mna redha.. (redha dan pasrah tu berbeza)
...

giliran org wat echo.. alhamdulillah yg wat echo tuk org tu adalah kakak 

echo kali ni, kali ke-2 org trasa mengantuk.. nk je tido mse wat echo tu.. tp x dpt tdo sbb akak tu asyk suruh org gerak2 tuk dptkn imej jantung yg baik.

akak tu ok.. asyk mintak maaf je sbb risau org rasa sakit.tp mmg x sakit pun dia wat.

lama gak org kat dlm bilik echo tu. stgh jam rasanya.

sedeh.. sbb akak tu x bg gmbr echo tu kat org . T.T

tp org dpt bljr drp dia.. dia tnjukkn ckit2 echo org..

org nmpak injap mitral org..blood flow..bunyi jantung (skng dh lub dup (rab rab) ..klu x, dulu bunyi nye zup zup zup)

alhamdulillah, injap org dh ok spenuhnya


keluar drp bilik echo.. org g kat mak.. dan mak tgh baca buku 'kau hadir dalam munajatku' ..org senyum je..


(2)

lpas NCL org g ke klinik dr pakar. bilik dr jeswant 114.


mse menunggu.. mak masih lg baca buku tu.. org dengar mp3 lagu 'opick- ya nabi salam'.. lagu ni org ulang2 dengar..best..

nama org dipanggil.. org g la kat akak nes tu.. diri dpn dia.. nk tau apa blaku? ade ke patut dia tercari2 dan pnggil lg nama org. pdhal org dh ckp "sy" 2 kali plak tu

dia bawa org ke ke bilik lain.. bilik dr shahrul.. kali ni x dpt jmpa dr jeswat lg.. tp org x la rasa sedih... kali ni,org ok je.. sama je mana2 dr.. lgpn Allah yg jodohkan dgn sapa yg org akn jmpa.. Allah yg tetapkan dgn sapa org akn jumpa.

bukak je pintu org ucap, "assalamualaikum" org nmpk dr tgh tunduk baca fail org

"ops"..org tutup mulut dgn tgn.org igtkn dr shahrul

mak masuk, "slmt pg dr"

"slmt pg.. duduk puan"

huuuuu... dr non-muslim.. nk wat cmne dh tlepas

org suke dr loh dia baik..dan mmg baik la.. terasa boleh masuk dgn dia. ckp dgn dia mcm ckp dgn org dh lama knal.

soalan org kali ni bnyk ckit sbb ada kemusykilan terutama ble teringat dr shahrul 'clumsy' (bkn dr shahrul yg org igtkn kat bilik ni.. tp dr shahrul, assistant dr jeswant mse org operation)

"dr sy ada terima blood transfusion x?"- org dan family x dimaklumkn ttg penerimaan blood transfusion. tp org rasa, org ada trima blood transfussion sbb sblm operation ade mild anemia. jd org terasa berkemungkinan ada blood transfusion. org kena tahu ttg blood transfusion sbb ada plan tu operation seterusnya. 

nk tau apa yg blaku?.. dr loh baca semula kes org (kesian tpkse dia tcari2).. mmg pnjang ceritanya dlm fail tu.. dah tu BI plak tu(x ksian kat doc tp ksian kat dri org x fhm~~ tulisan halus plk tu).. selak2 x jumpa.. geram, jd..org pun sibuk2 jugak la cari sma dgn dr loh... wahh, xcitednya kteorg ble terjumpa.. ada blood transfusion rupanya.. 1 pt of packed cell.

eeeee.. teruk~~~ bukannya nk g tau org ada trima drh.. (kes dah lepas, x nk org mrh2.. sumpah seranah.. x puas ati.. ok la dpt tahu skng ni drp x tahu langsung.. lg pn nk wat cmne, dh dr nye mmg jnis clumsy.. -org pun clumsy jgk)

lg 1.. dr loh tnya ttg ubat dan org.. konsisten x mkn ubat.dia tegur spy org mkn penicillin dan perindopril elok2.

penincillin org boleh terima tuk teruskn tp perindopril ni org agk musykil jgk tuk teruskn.. sbb org tau bdn org.. tekanan drh org rendah lpas operation.. nk teruskn mkn mcm x perlu je.. lg pun sbnrnya, org x mkn sgt pun perindopril tu org mkn ble trasa tekanan drh tinggi je (boleh dikatakan org x mkn langung la sbnrnya).. org x tahu nk susun ayat mcm mna.. xkn nk ckp, "dr sy x nk perindopril.tkanan drh sy dh rendah"...ayat ni x sesuai confirm dr kata org blagak pandai.... tetiba terkeluar ayat "dr, kalau sy x nk mkn perindopril boleh x?"

"xpe.. ok.. nt sy cek"

bp-97/62

"awk dh mkn ubat x hari ni?"

"x"

ok.. sy jumpa surgeon jap..

dr toh bgun tinggalkan org..

mak tanye, "knapa akak x nk perindopril?"

"tkanan dr org dh rendah.. klu mkn lg rendah nt..mak.. x pe.. x rendah sgt pun.. ok2 je.. boderline antara rendah dgn normal"

smbil tunggu dr, org tgk 2 org nes tgh wat keje.. rasa nk bangun je tgk file2 yg ade tu.. file org x de kat ats meja dr.. dr dh bawa g jumpa dr jeswant... klu ade, dh lama org belek2 fail tu.


...


"ok.. surgeon awk kata awk dh boleh bhenti perindopril"


org senyum bahagia


"dr ada ckp x awk kna mkn penicillin smpi umo brapa?"


"ada... 20... 20... 20.." lupe 20 brapa tp 24 rsenya.. baru je org nk jwb


dr toh senyum, "30 tahun"


"... 30 tahun.?.. bukan 24 tahun ke dr?"


"tak ..30 tahun" jwb dr toh


"btul? confirm?.. nt btmbh lg x dr?.. huhu"


"ya 30 tahun"


"lpas ni awk kna dtg cek tuk wat echo setiap tahun"


"..ok"


"awk kena buat echo.. kte x nk injap awk rosak lg."


sambung dr toh, "bkn harap injap awk rosak ye.. sbb tu awk kna dtg cek smpi 30 thn.. sbg langkah untuk pantau jantung awk je. tp mmg kte harap jantung awk ok.x perlu operation lg.. tp risiko tetap ada"


dr bg preskripsi penicillin tuk tempoh setahun


~~~


(3)


farmasi


farmacist, "cik dh mkn ubat ni dh lama kan?"


"ya"


"dh brapa lama ye?"


"setahun... eh x.. 2 tahun.... 2 tahun lebih" (lupe plak dh bpe lme mkn penicillin)


"dh pandai kan mcm mna nk mkn penicillin?"


"pandai..."- eh blagaknya.. x tahu nk jwb apa.. tp sesuatu yg biasa tu pandai la kn? (yeke?).


dh 2 thn lebih rupanya org kna mkn penicillin.. masyaAllah..cepatnya masa berlalu.. 2 tahun lebih org ada stok penicillin dgn org.




(4)


tetiba teringat ttg braces (pendakap gigi).. org trasa mcm nk pakai pendakap gg tuk gg atas.. sedey sbb ada yg kata org dracula~~

"mak.. ala lupe nk tnye doctor td fsl braces"

"akak nk g tnye ke?"

"nak.... tp... dh kluar x kn nk masuk semula.. doctor bz dgn org lain"

"akak nk jumpe x?"



"hmmmm...nak lah"


org ngn mak g bilik doctor smula.. tunggu dan tunggu.. xde pun org kluar.. lamanye..
org ketuk dan bukak pintu doctor (x guna ketuk pintu tu, kayu keras sgt, doctor kat dlm x kn dgr.)

eh... ada org rupenya...

lpas org tu kluar, org masuk ngn mak..

doctor senyum je..
nes plak tercengang, "eh.. adk lg.. knapa?"
"nk tnye.. braces"

"xpe, awk duduk dulu.."

"hmmm.. u nk pakai kat gg tu?"

"ha a.. boleh ke doctor.. sbb sblm ni dr jeswant kata gusi sy x belh biarkn berdarah"

"owh.. mcm tu..kejap ye"

org tau dr loh g jumpe dr jeswant.. xpe.. ok je... x tahu, dia g tnye pd yg pakar tu confirm kan



"ok... boleh x de masalah"

"ooo.. ok doctor.. tu je sy nk tnye"

doctor senyum je.. "jgn tinggalkn ubat"





p/s: mne boleh x tinggal ubat.. msti akan ada tertinggal punye.... tp usaha la spy jgn tertinggal.. t kna operation.. sakitttt~~
























rasulullah- maulidurrasul 1433H @ 2012M

video


video


video


video


nota: dimana rasulullah dihati kita? apa yg dikejar? apa yg dicari? apa yg dituju? apa yg diusahakan?