x terhitung salahku

Wednesday, 26 October 2011

PENDIAGNOSAN MAKMAL PARASIT MALARIA (morfologi)

gambarajah 1 : Plasmodium falsiparum dalam pencelupan giemsa


gambarajah 2 : Plasmodium malariae dalam pencelupan giemsa


gambarajah 3 : Plasmodium ovale dalam pencelupan giemsa



gambarajah 4 : Plasmodium vivax dalam pencelupan giemsa


nota: td org dh post, tetiba teringat kat blog walker... tuk student MLT @ environmental health @ medic.. tau la kan benda apa ni..k.. utk yg x tahu.. ni gambar2 parasit yang ada dlm drh.. sgt2 bahaya.. pnh dgr kn, demam malaria.. jd, demam malaria ni disebabkn ada parasit ni dlm darah.. bile kte wat pencelupan (pe tu pencelupan..senang citer, pencelupan tu proses mewarnakan darah pd slaid..), akan nampak la parasit ni dlm darah tu tp syaratnye, tgk bawah kanta mikroskop la.kalau tgk dgn cermin mata @ kanta biasa tu x kn nmpk la ye...bayangkan dlm darah kte ada parasit.. dan parasit ni ada peringkatnye dlm darah.ada trofozoit (parasit dewasa),skizon ngn gametosit.. leh baca kat pengenalan dia kat " pengenalan malaria "<< klik je...

nota lg : hebatkan ciptaan Allah.. ni antara makhluk kecik yg dia cipta.. walaupun kecik, tp leh bawa mudharat.. tp Allah x beri kn itu sbg penyakit tanpa penawarnya. dan Allah x bg penyakit tuk kita jd org yg x redha, ptus asa, murung... tp kita tgk semula sekuat2 mana pun kita, sehebat mana pun kita x kn dpt lwn kuasa Allah. Allah bg segalanya pd kita..jgn sombong pd Allah.igt, firaun x pernah sakit dan dsbbkn dia x pernah sakit, dia anggap dia terhebat dan dia lah tuhan... tp wat yg sihat tu, jgn pulak minta doa tuk berpenyakit.Allah bg sihat tu sbg kesempatan la tu.. jgn lupe...sakit sbg ujian dan x sakit tu pun tetap sbg ujian.

org sakit jantung disebabkan streptococcus sp... hebat streptococcus 2, benda kecik2 leh rosakkan injap org yg besar ni... ish...ish... rupenya, itulah hebat nya kuasa Allah... jgn tersalah pandang siapa yg hebat ye..igt ALLAH. (kebarangkalian tuk injap org rosak semula masih ada...masa kat lab mikrob ospital muar, org wat sputum culture dan sputum culture org, masih lg ada Streptococcus aureus..dah jd normal flora bg org ke? pas final exam, org msuk lab mirob smula. so nk wat culture lg. nk tgk cmne. ujian sensi plak x pyh..)





PENDIAGNOSAN MAKMAL PARASIT MALARIA (PENCELUPAN)

PENCELUPAN MALARIA
1.                    Pencelupan field iaitu terbahagi kepada pencelupan field cara cepat dan cara lambat.
2.                    Pencelupan giemsa. Juga terbahagi kepada pencelupan cara cepat dan pencelupan cara lambat.

PENYEDIAAN PENCELUP
PENCELUP FIELD
Pencelup A   : methelene blue, medicinal          0.8g
                          Azure I                                             0.5g
                          Disodium hydrogen phosphate  5.0g
                          NaHPO4 anhydrous                    
                          Potassium dehydrogen phosphate
                          KH2PO4                                            6.25g
                          Air suling                                         500ml
Larutkan garam sodium dan potassium dalam air suling dengan mengacaunya dengan menggunakan pengacau kaca. Masukkan methulene blue dan larutan Azure I yang pada mulanya telah digilingkan dengan sedikit larutan phosphate dalam mortar, sebelum disebatikan.
Pencelup B   :  Eosin, kuning, larut air    1.0g
                          Na2HPO4 anhydrous         5.0g
                          KH2PO4                                6.25g
                          Air suling                             500ml
Larutkan garam fosfat dalam air suling dan campurkan eosin sebelum disebatikan dengan pengacau kaca.

Pencelup-pencelup ini mesti disimpan dalam botol pyrex dan dibiarkan ‘masak’ selama 24 jam. Kemudian pencelup ini dituras sebelum digunakan.

LARUTAN TAMPAN FOSFAT UNTUK PENCELUPAN MALARIA

                        Disodium hydrogen fosfat (Na2HPO4) anhydrous        1.0g
                        Potassium dihidrogen fosfat (KH2PO4)                           0.7g
                        Air suling                                                                               1000ml
Ini ialah larutan tampan hipotonik dengan pH 7.2. larutan ini digunakan dalam pencelupan Malaria. pH yang tepat akan memberikan tindakbalas pencelupan Romanosky yang baik. Kebanyakan sifat-sifat yang sangat penting untuk menentukan malaria dalam filem darah, akan dipertunjukkan dengan jelas dalam pH 7.0- 7.2. Uji pH larutan tampan ini sebelum digunakan.

PENCELUP GIEMSA
                        Serbuk giemsa (Revector)             3.8g
                        Glycerol (Analar)                              250ml
                        Methanol (Analar)                            250ml
Gilingkan dengan bersungguh-sungguh serbuk pencelup kedalam mortar gelas. Tambahkan glycerol perlahan-lahan sambil gilingkan dan sebatikan pasa setiap tambahan. Tuangkan lebih kurang setengah isipadu methanol yang telah disukat ke dalam mortar dan gilingkan
Pindahkan pencelup ini kedalam botol gelap yang bersih. Tambahkan setengah isipadu methanol yang tetinggal ke dalam mortar, giling dan sebatikan sisa pencelup yang tertinggal
Biarkan pencelup ini ‘masak’ selama 2-3 hari pada suhu 37°C dan mesti digoncang 6-10 kali setiap hari sehingga bahan ini larut. Turaskan pencelup dan simpan didalam ‘drop bottle’ sebelum digunakan.


PENCELUP GIEMSA- CARA WALKER
Sediakan flask Erlenmayer (Pyrex) yang bersih atau botol yang sesuai dengan 50 bijian gelas yang berdiameter 5mm
1.    Biji-bijian gelas dibasuh engan methanol dan dibiarkan kering
2.    Bijian gelas kemudiannya dimasukkan kedalam flask, kemudian basuh sekali lagi cengan methanol.
3.    Isipadu methanol (Analar, bebas aceton)yang telah disukat dituangkan kedalam flask yang telah disediakan dan masukkan serbuk giemsa(Revector).
4.    Flask ditutup ketat dan serbuk giemsa dibiarkan tenggelam dengan perlahan-lahan hingga ke bawah flask.
5.    Flask digoncang secara bulatan selama 2-3 minit.
6.    Glycerol ditambah (Analar) dan proses goncangan diulang. Goncang pada setiap 30 minit, sekurangnya 6 kali.
7.    Eram pada suhu 37°C selama 24 jam dan goncang dari semasa ke semasa.
8.    Pencelup tersebut dituran dann disimpan dalam ‘drop bottle’ untuk digunakan






CARA PENCELUPAN UNTUK FILEM DARAH NIPIS MALARIA

PENCELUPAN FIELD (CARA CEPAT)
1.    Filem darah nipis difixkan dengan methanol selama 30 saat
2.    Slaid dibasuh dalam air untuk menghilangkan methanol dan dimasukkan kedalam pencelup B selama 3 saat.
3.    Ia dibasuh sekali lagi dala air untuk tempoh beberapa saat.
4.    Slaid kemudiannya dimasukkan kedalam air untuk beberapa saat
5.    Basuh dengan air
6.    Slaid ditegakkan diatas rak slaid untuk mengeringkannya dan periksa di bawah mikroskop.

PENCELUPAN GIEMSA (CARA LAMBAT)
1.    Filem darah nipis dibiarkan kering dan difixkan dengan methanol selama 30 saat
2.    Larutan pencelup 10% Giemsa disediakan dengan larutan tampan fosfat pH7.2 sambil menunggu filem darah nipis ini kering.
3.    Pencelup Giemsa cair ini kemudiannya dituangkan ke atas filem tersebut dan biarkan pencelupan selama 20 minit.
4.    Slaid dibaruh dengan air yang berarus.
5.    Slaid dibiarkan kering dan diperiksa dibawah mikroskop.

PENCELUPAN UNTUK FILEM DARAH TEBAL MALARIA
PENCELUPAN FIELD (CARA CEPAT)
1.    Filem darah tebal dibiarkan kering sama ada dibiarkan dalam ‘slide tray’ atupun dibiarkan di bawah cahaya matahari selama 3-5 minit.Inkubator bersuhu 37°C juga boleh digunakan.
2.    Slaid dimasukkan ke dalam pencelup A selama 3 saat.
3.    Slaid kemudia dibasuh dengan perlahan lahan dalam air selama 10 saat,
4.    Slaid kaca direnjiskan untuk meghilangkan air yang berlebihan.
5.    Slaid kemudian dimasukkan kedalam pencelup B selama 1 saat.
6.    Kemudia basuh seperi langkan 3 selama 10 saat.
7.    Slaid dibiarkan kering pada suhu bilik. Jangan gunakan incubator atau pemanas udara ‘hair dryer’

PENCELUPAN GIEMSA (CARA LAMBAT)
1.    Filem darah dibiarkan kering.
2.    Larutan pencelup 10% giemsa dengan larutan tampan fosfat pH 7.2 disediakan semasa menunggu filem darah untuk kering.
3.    Slid diletakkan diatas 2 batang keluli gelas dan pencelup Giemsa cair dituangkan keatasnya. Slaid dibiarkan selama 10 minit.
4.    Perlaha-lahan baruh dengan air bersih selama 10 saat.
5.    Slaid dibiarkan kering dan diperiksa dibawah mikroskop.
PEMERIKSAAN MIKROSKOP
PEMERIKSAAN FILEM DARAH NIPIS
Memandangkan pemeriksaan bagi filem darah nipis adalah 10 kali ganda lebih panjang daripada pemeriksaan untuk filem darah tebal, pemeriksaan sebagai rutin adalah tidak digalakkan kerana hanya sedikit slaid yang boleh dibaca dalam sehari kerana tempoh masa yang panjang untuk melakukan pemeriksaan keatas filem darah nipis ini.
Walau bagaimanapun, pemeriksaan filem diperlukan dalam keadaan berikut :
·         Kesukaran  untuk memeriksa filem darah tebal  kerana morfologinya telalu kecil, atau juga disebabkan autofiks
·         Apabila perlu untuk konfirmasikan spesies

Apabila pemeriksaan filem darah nipis dilakukan, kaedah standad perlu dilakukan seperti:
1.    Petakkan slaid keatas pentas mekanikal mikroskop
2.    Letakkan pada posisi kanta 100X dengan diletakka setitis oil immersion.
3.    Periksan filem darah bedasarkan pergerakan yang ditujukkan pada gambarajah dibawah. Iaitu slaid digerakkan sepanjang filem darah dalam keadaan vertical atau horizontal dan kembali kepada pergerakan lateral . langkah ini diulang.
4.    Teruskan memeriksa sehingga 100 field samaada filem darah adalah positif atau negetif bagiu infeksi malaria


Gambarajah pemeriksaan filem darah nipis (sama aga secara vertical atau horizontal tapi dala keadaan selari)


PEMERIKSAAN FILEM DARAH TEBAL

Pemeriksaan filem darah tebal dilakukan adalah sebagai proses penyaringan keatas sampel darah sama ada positif malaria atau negatif malaria. Spesies malaria yang terinfeksi tidak dapat diketahui perbezaan morfologi malaria dalam filem darah tersebut telah berubah. Filem darah tebal ini juga diperiksa bagi 100  field.
Teknik bagi pemeriksaan filem darah tebal adalah :
1.    Dengan menggunakan kanta objektif 40X, imbas keseluruhan filem darah sama ada terdapat parasit malaria. Dalam masa yang sama, pilih kawasan yang tercelup dengan baik iaitu bebas skum, SDP dan lain-lain.
5.    Titiskan oil immersion pada filem darah tebal tersebut dan lihat dibawah kanta 100X dan lakukan pemeriksaan dengan slaid digerakkan sepanjang filem darah dalam keadaan vertical atau horizontal dan kembali kepada pergerakan lateral . langkah ini diulang.
6.    Gunakan tally counter untuk melakukan pembilangan parasit dalam 100 field.


Pemeriksaan filem darah tebal.

Tuesday, 25 October 2011

PENDIAGNOSAN MAKMAL PARASIT MALARIA

SPESIMEN

Spesimen  yang diperlukan untuk pendiagnosan makmal parasit malaria adalah darah.
Pengumpulan dan pengendalian sampel darah memberikan risiko terhadap jangkitan yang boleh tersebar melalui darah seperti hepatitis dan AIDS dan malaria itu sendiri. Walau bagaimanapun, risiko ini boleh dikurangkan dengan mengambil langkah berjaga-jaga. (langkah berjaga2, cari sendiri.. biasa2 je.. dlm universal precaution)



PENYEDIAAN FILEM DARAH


Filem darah nipis dan filem darah tebal disediakan untuk pemeriksaan mikroskopi. Iaitu:
1.              Filem darah nipis : terdiri daripada 1 lapisan sel-sel darah merah yang disediakan dengan tujuan untuk membantu mengenalpasti spesia malaria selepas parasit dilihat dalam filem darah tebal. Ia juda memudakan penglebalan pesakit untuk mengenal pasti pesakit dalam filem darah tebal.
2.              Filem darah tebal     : filem darah ini dibuat dengan menggunakan sejumlah darah merah yang perlu dihaemoglobinized. Dengan filem darah tebal ini, apa jua parasit akan tertumpu di kawasan yang lebih kecil daripada filem darah nipis dan lebih cepat dilihat di bwah mikroskop.

PENYEDIAAN FILEM DARAH TEBAL DAN FILEM DARAH NIPIS

Perkara-perkara berikut diperlukan bagi penyediaan filem darah:
1.              Bersihkan slaid
2.              Pastikan lancet adalah steril
3.              Sediakan spirit dan air
4.              Sediakan kapas lembut yang berkeupayaan untuk menyurap
5.                     Sediakan kotak slaid untuk mengelakkan gangguan daripada lalat dan habuk.
Filem darah nipis dan filem darah tebal hendaklah disediakan pada 1 salid yang sama bagi seorang pesakit.

PENYEDIAAN FILEM DARAH NIPIS DAN FILEM DARAH TEBAL DENGAN 1  SLAID



1.        Peganag tangan kiri pesakit dan halakan tapak tangan ke atas.pilih jari manis. (bagi bayi, ambil dibahagian tepi tumit kaki)
2.              Bersihkan jari dengan swab alcohol
3.              Urut-urut bahagian atas jari yang telah di swab untuk merangsang pengaliran darah.



4.              Lakukan tusukan pada jari dengan menggunakan lancet.
5.              Dengan menggunakan tekanan yang keluarkan darah dari tempat yang dicucuk dengan lembut untuk mengelakkan darah lyse dan lap darah yang pertama keluar dengan kapas kering. Kemudian ambil sampel darah yang keluar kemudiannya.

 

6.                     Ambil sampel darah dan letakkan pada slaid dengan 1 titik darah di bahagian tengah slaid untuk menjadikannya filem darah nipis dan titiskan beberapa titis darah merah pada jarak 1 ck daripada setitis darah yang telah diletakkan pada salid tadi untuk dijadikan filem darah tebal.


7.              Untuk filem darah nipes. Gunakan spreader dan sebarkan 1 titisan darah agar menjadi setebal 1 lapisan sel yang rata dan kemas sepanjang separuh slaid yang tidak mengenai filem darah tebal yang akan dibuat disebelahnya. Tolak spreader dengan lembut dan cermat sepanjang slaid dengan spreader berada pada kedudukan 45° dengan dalam keadaan yang sama rata.


8.              Filem darah tebal, dengan menggunakan hujung spreader, buat 3-6 kali bulatan pada  titisan-titisan  darah dan pastikan  ia  sekata  dan tebal. Jangan  mengacau  darah  tapi  buat  1 putaran yang lembut.
Diameternya adalah dalam 1cm.      

        

9.              Tuliskan label pada hujung filem darah nipis pada bahagian hujun
            yang tebal dengan menggunakan pensil. Keringkan slaid dan
            elakkan daripada gangguan keatas slaid.



gambarajah contoh untuk perlebelan slaid.



KESILAPAN PENYEDIAAN FILEM DARAH
Filem darah yang terlalu tebal dan darah yang digunakan adalah terlalu banyak

Darah yang dititisa terlalu sedikit dan tidak mencukupi

Slaid yang digunakan berminyak dan semasa pencelupab filem darah boleh tertanggal.


Penggunaan spreader yang sumbing menghasil filem yang tidak sekata.




rujukan : Basic Malaria Microscopy, part 1 learner guide, WHO.2nd edition.


nota : ish... boring pulak ble baca smula pendiagnosan malaria ni.. ada lg yg org nk post... sj je org post assigmnt yg org wat tuk sem 4 ni.. ble tgk kat group fb, ada yg x siap lg. konon2nya bermurah hati nk bg..(abaikan).tp x la bermurah hati sgt. org x bg right click.. nt ada copy paste. klu x leh right click, sesape nk amik kna la taip.xpe, smbil menaip tu bole baca. 


ingatan : ni assgmnt org.. x perfect pn.tp kpd yg amik, rujuk la buku2 yg patut.





PENGENALAN PENYAKIT MALARIA


DEFINISI
Malaria adalah merupakan infeksi yang berlaku pada sel darah merah manusia yang disebabkan oleh parasit Plasmodium.
Malaria dapat tersebar sama ada melalui gigitan nyamuk betina Anopheles (sebagai vektor) ataupun dengan melalui tranfusi darah yang terkontaminasi. Infeksi malarian ini sering berlaku di Negara-negara tropika. Pendatang daripada negara tropika ini yang berkemungkinan telah terinfeksi akan menyebabkan penularan wabak ke negara yang dikunjungi.
Terdapat 4 spesies parasit malaria yang menyebabkan jangkitan malaria adalah Plasmodium vivax, Plasmoduim ovale (ditemui di Afrika dan Pasifik barat), Plasmodium falsiparum (malaria tropika), dan Plasmodium malariae.
Kitar hidup parasit malaria bermula apabila seekor nyamuk betina Anophles mengigit manusia yang telah menghidap penyakit malaria. Nyamuk akan menghisap darah yang mengandungi parasit malaria peringkat mikrogametosit dan makrogametosit. Seterunya ia memasuki kelenjar liur nyamuk. Makrogametosit dan mikrogametosit malaria ini akan bersenyawa didalam lambung perut nyamuk dan akan matang daripada peringkat zigot ke ookinate dan membesar ke peringkat Oocyst. Oocyst ini akan matang dan pecah dan mengeluarkan sporozoit. Sporozoit akan bepindah ke kelenjar liur nyamuk. Apabila nyamuk ini kembali menggigit manusia, sporozoit ini akan memasuki sistem peredaran darah manusia dan memasuki hati untuk berkembang biak di dalamnya.

Gambarajah kitar hidup Plasmodium falciparum

Plasmodium vivax dan Plasmodium ovale akan berada di dalam sel hati dalam 1 tempoh masa (hipnozoit) dan secara periodic ia akan melepaskan parasit yang matang kedalam aliran darah sehingga menyebabkan gejala-gejala malaria.
Plasmodium falciparum dan plasmodium malariae akan keluar dari hati. Jika pesakit tidak dirawat, parasit Plasmodium falciparum ini akan kekal berada didalam aliran darah sehingga berbulan-bulan lamanya dan Plasmodium malariae pula akan berada di dalam aliran darah sehingga bertahun-tahun lamanya dan akan mengakibatkan gejala malaria yang berulang.
Gejala biasanya mulai timbul dalam tempoh masa 10-35 hari setelah sporozoit parasit masuk kedalam tubuh badan manusia daripada gigitan nyamuk..gejala awal adalah demam ringan yang hilang timbul, sakit kepala, sakit otot, dan menggigil diikuti dengan malaise. Kadangkala permulaan gejala adalah menggigil dan diikuti dengan demam. Malaria falciparum boleh megakibatkan serebral malaria dengan simptom demam 40°C, sakit kepala yang teruk, delirium. Ia boleh mengakibatkan kematian.
Bagi semua jenis malaria, bilangan sel darah putih adalah normal tetapi jumlah limfosit dan monosit meningkat. Jika tidak dirawat, ia akan mengakibatkan jaundis dan hepatomegali dan spleenomegali.
Black water fever adalah komplikasi malaria yang jarang berlaku. Demam ini berlaku akibat daripada pemecahan sejumlah sel darah merah. Sel yang pecah akan melepaskan hemoglobin kedalam aliran darah.Hemoglobin ini akan dibuang melalui urin dan urin akan kelihatan gelap.

GEJALA DAN POLA MALARIA

1.    Plasmodium vivax dan Plasmodium ovale

Satu serangan yang dimulai dengan samar-samar menggigil, diikuti berpeluh dan demam yang hilang timbul. Dalam seminggu akan terbentuk pola yang khas dari serangan yang hilang timbul. Satu tempoh sakit kepala, tidak sedap badan diikuti dengan menggigil. Demam akan berlangsung selama 1-8 jam. Setelah demam reda, pesakit akan merasakan dirinya sihat sehingga dia merasa menggigil berikutnya. Bagi malaria daripada Plasmodium vivax serangan berikutnya cenderung terjadi setiap 48 jam.

2.    Plasmodium falciparum

Satu serangan yang dimulai dengan menggigil. Suhu badan akan naik secara berperingkan dan kemudian ia tiba-tiba turun. Serangan boleh berlangsung selama 20-36 jam. Pesakit akan mengalami kesakitan yang lebih teruk berbanding penghidap malaria vivax. Diantara serangan (dalam selang waktu 36-72 jam) pesakit biasanya mengalami tidak Selesa badan dan mengalami demam ringan.

3.    Plasmodium malariae

Serangannya menyerupai malaria vivax dengan selang waktu adatara 2 serangan adalah 72 jam.


PENDIAGNOSAN MAKMAL

Pendiagnosan adalah bedasarkan gejala.dimana terjadi serangan demam dan menggigil secara periodic tanpa penyebab yang jelas.
Pendiagnosan dilakukan dengan menggunakan specimen darah dan filem darah  dilakukan. Pendiagnosan ini juga perlu dilakukan berulang kali kerana kadar parasit dalam darah bervariasi dari waktu ke waktu.


RAWATAN

Ubat malaria adalah bergantung kepada jenis parasit dan resistansi parasit tersebut kepada kloroquine. Ubat yang bisanya diberikan adalah kloroqkuin dan primakuin.


LANGKAH PENCEGAHAN

Orang yang tinggal disekitar kawasan yang mempunyai kes malaria artau disyaki sebagai kawasan malaria atau sesiapa yang akan pergi ke kawasan tersebut, hendaklah ;
·         Hendaklah menggunakan repellent
·         Memasang kawat nyamuk di pintu dan tingkap
·         Memakai pakaian yang menutupi tubuh
·         Terdapat juga ubatan yang boleh diminum untuk mencegah malaria selama berada dikawasan yang berisiko. Ubat ini boleh diminum seminggu sebelum melakukan perjalanan ke kawasan malaria dana diteruskan selama berada dan sebulan selepas di kawasan tersebut. Ubat yang sering digunakan adala klorokuin. Tetapi terdapat kawasan Plasmodium falciparum dimana nayamuknya telah resistan kepada klorokuin. Ubat lain yang boleh digunakan adalah meflokuin dan doksisiklin. Doksisiklin ini tidak boleh digunakan oleh kanak-kanak bawah 8 tahun dan wanita hamil.

(sumber: drp buku yg telah org translatekn guna google crome dgn bantuan kemahiran mnyusun smula ayat. x lah.. sumber sebenar drp buku Pengenalan Parasitologi Perubatan oleh Noor Hayati Mohd. Isa. Terbitan DBP 2006. Edisi pertama)