x terhitung salahku

Tuesday, 28 June 2011

HOME documentary-must watch




x tau nk cari apa

...



org pn taip
youtube search engine : full movie

...

keluar senarai
dan plg atas

"HOME"

About this movie

Running time:1:33:18
Released:5 june 2009 (worldwide)
jom tgk!
klik link bwh ni   
HOME full documentary movie


bawah ni plak vdeo klip lagu Allah Maha  Besar- opick.
dan sbnrnya,vdeo klip yg dgunakan dlm lagu ni drp movie HOME.


org, smbil tgk home... org dgr Allah Maha Besar - opick



subhanallah... cantik.. persepsi org mse mula2 tgk movie ni.

movie no ceritakan tentang bumi, manusia, dan alam semulajadi.gambar2 yg diambil sbnrnya drp international photographer Yann Arthus-Bertrand dan movie ni dhasilkan oleh Luc Besson dgn suara latar oleh Glenn Close.

gambar2 diambil drp 54 buah negara serata dunia dgn 120 lokasi selama lebih daripada 217 hari. dlm movie ni, kite akn dibawa utk melihat bumi dari segala perspektif mcm mna mother nature berubah disebabkan manusia dan manusia.. 

dan

lihatlah tanda2 kiamat pd movie tersebut.cukup2lah tgk movie yg mengarut-ngarut. cbe lah tonton movie yg btul2 menyentuh diri (bukan mcm Nur Kasih The Movie.)

..i have seen... HOME.. must watch kebesaran Allah..
(ish bru skng org jmpa?dh 2 thn movie ni kluar)

klu kite nk g ke 54 buah negara pun xkn nampak apa yg ditayangkan dlm movie ni.mgkn kte nmpk shopping center.

manusia diciptakan dgn keadaan lalai..itulah.. lalai dunia, lalai juga utk akhirat (lg la kot).



 Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya) dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai. 
(al-a'raf:205)


Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.  
(hud:123)


Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Dia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku).  (ibrahim:042)



Kalau sudah demikian, adakah Allah yang menciptakan semuanya itu sama seperti makhluk-makhluk yang tidak menciptakan sesuatu? Maka patutkah kamu lalai sehingga kamu tidak mahu beringat serta memikirkannya.
( an-nahl:017)


Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta dia menurut hawa nafsunya dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran. 
(al-kahfi:028)


Dan demi sesungguhnya, Kami telah menciptakan tujuh jalan di atas kamu dan Kami pula tidak lalai daripada (menyediakan keperluan) makhluk-makhluk Kami.
(al-mukmin:017)


(Sekalipun demikian, orang-orang yang ingkar tidak juga berfikir) bahkan hati mereka tenggelam di dalam kejahilan, lalai daripada (memahami ajaran Al-Quran) ini dan mereka pula mempunyai lagi amal-amal (yang jahat) selain dari itu, yang mereka terus-menerus mengerjakannya.
( al-mukmin:063)


Mereka menjawab: Maha Suci Engkau (wahai Tuhan kami)! Sudah tentu tidak patut bagi kami mengambil sesiapa pun yang lain daripadaMu sebagai pelindung yang disembah (dan tidak patut juga kami menyeru orang menyembah kami); tetapi engkau (wahai Tuhan kami) telah melimpahkan kemewahan kepada mereka dan kepada datuk neneknya sehingga mereka lalai dan cuaikan ajaran agamaMu dan menjadilah mereka kaum yang binasa.
(al-furqan:018)


Dan katakanlah (wahai Muhammad): Segala puji tertentu bagi Allah (yang melimpahkan nikmat-nikmatNya yang tidak terhitung), Dia akan memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda kekuasaanNya supaya kamu dapat mengetahuinya (dengan jelas nyata) dan Tuhanmu tidaklah lalai akan segala yang kamu lakukan.
(al-naml:093)


Wahai umat manusia, sesungguhnya janji Allah (membalas amal kamu) adalah benar; maka janganlah kamu diperdayakan oleh kemewahan hidup di dunia dan janganlah Syaitan yang menjadi sebesar-besar penipu itu berpeluang menyebabkan kamu terpedaya dengan (kemurahan) Allah (lalu kamu lalai dan menderhaka). 
(fathir:005)


Supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada kaum yang datuk neneknya telah lama tidak diberikan peringatan dan amaran; sebab itulah mereka lalai. 
(yasin:006)


Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.
(al-baqarah:074)


(Mereka yang menentang Nabi Muhammad) tidak ada lagi yang mereka tunggu melainkan saat kiamat yang akan datang kepada mereka secara mengejut dan dalam keadaan mereka lalai leka dengan perkara-perkara keduniaan. 
(az-zukruf:066)


(Serta dikatakan kepadanya): Demi sesungguhnya! Engkau di dunia dahulu berada dalam keadaan lalai tentang (perkara hari) ini, maka kami hapuskan kelalaian yang menyelubungimu itu, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam (dapat menyaksikan dengan jelasnya perkara-perkara hari akhirat).   
(qaf:022)


Oleh yang demikian (wahai orang yang lalai) bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar (sebagai bersyukur akan nikmat-nikmatNya itu). 
(al-waqiah:74)


Sedarlah wahai orang-orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu) bahkan kamu sentiasa mencintai (Kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya.
(al-qiamah:020)


Kami jadikan api (yang tercetus dari kayu basah) itu sebagai peringatan (bagi orang-orang yang lalaikan kebenaran hari akhirat) dan sebagai benda yang memberi kesenangan kepada orang-orang musafir. 
(al-waqiah:73)

nota: ingatan tuk diri org... tp lg baik klu yg lain2 terasa teringat sama..

Sunday, 26 June 2011

simbol pd botol minuman


post kali ni ada sikit info yg org nak share.


perasan x simbol kitar semula yg ada pd botol air plastik ..sje org ckp ttg botol air plastik (cth air mineral, minuman, air gas...sumer tula).sbb biasanya mmg botol air plastik je yg korang akan tgk.btul x?sbb botol plastik la korng akan gunakan semula slagi boleh..tp ada org yg gunakan botol plastik ikut nombor yg ada dlm gmbr kitar semula tu..cth no 1, mknanya sekali je korng akan guna. tul x?klu 10 kali, 10 kali la korg guna (ada ke).. sbb korng kata klu guna lbh dr apa yg tertulis pd simbol tu, korg dah x ikut arahan.akan merbahaya pd kesihatan..


x tahu mcm mna nk ckp.. tp org sbnrnya dh naik mnyampah ble ada yg cakap mcm tu.. 
slalunya, org akan tnya, "sapa yg kata?"..
jwpn diterima ,
"memangla kak kis"
"semua org kata mcm tu la"
dan hujah yg bole la difikirkn utk diterima ble ada yg kata
"cikgu mse kat sklh ckp mcm tu dulu"


ble ckp ttg sekolah... org ada blajar ttg plastik ni sikit2 sbb org ambil kos pengajian pengurusan makanan kat sekolah teknik dulu.tp... nk berhujan dgn diorg ttg simbol tiga segi yg ada nombor kat dlm tu org rase diorg x kn percaya selagi org x tunjuk bukti..nk tunjuk bukti plak, org trasa mls nk mencari. tfikir nk cari buku teks yg org guna tp mls.x dek keje..balik umah selongkar almari cari buku teks pastu bwk g KL.. 


tgk gmbr ni.. tgk.. apa sbnrnya mksud simbol 3segi dgn nombor yg ada dlm dia.




tulah sbnrnya dia.. bukanya bpe kali boleh digunakan.. tp jenis plasti, cirinye dan utk apa dia boleh digunakan..


nota : memang akan merbahayakan kesihatan ble penggunaan x ikut simbol.. x kira sme ada tuk botol minuman @ bks mknn ...tp cek smula simbol dan penggunaan utk apa..jgn tsalah guna
sekian...

Saturday, 25 June 2011

jawatan kerajaan dibekukan



sbnrnya tuk post ni... special ckit.. org ambil drp wall post dan komen kat group fb "anak umi nani"


group "anak umi nani" ni close group ...group utk batch KTMP2010 kat KTMP (utk yg x tahu, KTMP stand for Kolej Teknologi Makmal Perubatan) sahaja..dan group ni utk student batch org ngn lecturer kolej je (pembaca blog org yg bkn dr sem org maaf sgt2 korg x boleh join.xpe..insyaAllah, apa yg menarik org akan share kat sini).. dlm group ni x de mngumpat2, mengata, mengejek, dan mengeluarkan kata2 yg x beretika.. mencari barang, share assignment tu ada la.. terima ksih kpd adminnya.. first, badrul hisyam pastu bertukar kpd fauzi. 


apa yg special smpai org nk share kat blog ni?


2 bnda yg special.. first,tentang berita terkini kat Malaysia.. ke2, wall postnye mnyebabkan org aktif mengomen. org ni x aktif kat group "anak umi nani".. kenapa? sbb wall postnye, x perlu org komen apa2.. skadar baca je.




ok... bermula dgn wall post drp badrul hisyam..


ok.. komen stakat ni. berhenti sampi situ utk wall post drp badrul hisyam.. pastu, org pun mulakan sesi mencari apa2 yg boleh diorg wat rujukan tentang pembekuan jawatan kerajaan ni kat google.. dan hasilnya, org terjumpa surat ni.. dan org postkan sbg picture pd group "anak umi nani"....




dan tiba2 dpt komen drp munirah.. dan bermulalah penerangan drp org..




dan badrul pun mengepost lg 1wall post..kli ni special utk munirah.. spy dia x risau..pelatih2 lain pun, org harap jgn la risau k..



itu sahaja update komen setakat ni...


skng, kerajaan memang dh bekukan pengambilan kakitangan kerajaan.. sampai bile wallahu 'alam.. tp setakat apa yg org dengar sehingga 31 julai 2011.itu sekadar org dgr kabar angin k.


kepada yg telah grad, diharapkan jangan bersedih (org tahu ada yg mmbaca ni akan kata, "bole la hang nak kata lagu..hang x rasa mcmmna kami rasa..jd pengangguq").. spe kata org x pernah rasa?? org dpt spa mse umur 22.. org x la blajar kat IPTA sblm tu. org blajar kat kolej swasta.msuk2 je SPA hutang dh rm22 ribu dgn sakit jantung lg..hah nk kate apa?.korang kat luar tu? ok.. ada ijazah kn.. PTPTN brapa? kbanyakannya x sampai RM20 ribu.betul x?..jd, sabar lah.. tentang hutang PTPTN, hampir semua org merasa...manoriti.. dan korang jgn pulak simpan niat x nk byr hutang. kte sbg org islam, hutang tu wajib utk kita bayar...


pd org, setakat ni.. jgn memilih kerja kat sektor kerajaan.. ambil.mohon je apa pun jwtn ekonomi kerajaan skng x stabil jd, jgn memilih...bila dpt, teruskan apa je yg ada supaya korang ada tapak dlm kerajaan ni.. ble dh ada tapak baru bole ada step yg lain..


ble korang dh sah jwtn, time tu korang dh mudah utk apply jwtn yg lbh tinggi dgn kelulusan yg korg ada.. siap ada kelebihan lg.. korang akan ada kelebihan sokongan kenaikan pangkat atau 'kenaikan pangkat secara lantikan'..snang cerita ia akan jd lebih mudah.


ok .. dh la tu je stakat ni k.. sekian.. jgn tinggalkan doa setiap saat...doa bjaya dunia, bjaya akhirat.


nota: kpd student2 kat luar sana.. bak kata badrul, study perabes dulu.. ye.. korg study le k.study memolek, dpt result baik2 yg penting krn Allah...dan ..baca kat bwh ni :



Allah doesn't require you to be the BEST
He just want you to do your BEST
and He'll take care of the rest..insyaAllah
ALL THE BEST to all of us!Allah doesn't require you to be the BEST
He just want you to do your BEST
and He'll take care of the rest..insyaAllah
ALL THE BEST to all of us!

tudung vs hujan





arini org nk share cerita ttg tudung vs hujan


abis exam, sblm bmulanya cuti sem sbln dan plus g praktikal selama setahun.. org dgn kwn2 g la bjalan kat KL.. x la jln mna pun. g Maju Junction(MJ), sogo ngn kwsn sekitar tu je pun.


ditetapkan, mse kte org nk balik.. hujan pun turun. nk kata lebat x la lebat tp bukan gerimis.sedang2 je.


lmbat betul bas rapid @ metro ni. ada 2 bas yg bole bhenti kat bus stop medan slera kg baru tu. klu rapid U4 dgn lg 1 rapid pe nth lupa.kalau nak naik metro plak, metro16.


tunggu dan terus tunggu bas smpi ..ujan pun x reda..


dlm 15 minit lpas tu bas smpi.
panjang queue (Q) kali ni.dtambah dgn ujan. ish, payung org x bwh plak... klu x beratur, confirm kna bdiri @ x pun, silap2 kna tggu bas selepasnye.


plg org x suke, ble ade yg potong Q..ish..tp mmg la kan..bile time ujan terdesak , time tu la kte akn nmpk identiti msing2... ptgkn diri@ setia kawan @ tolak ansur @ degil pun ada jgk ..


kwn2 org stkt ni smuanya setia kwn ngn tolak ansur dan degil tu ada dlm diri diorg.. 


tp kli ni.. nk x nk org brutur je la dlm ujan. kwn2 lain pun bratur dlm ujan. pyung, diorg pun x bwk.


time tgh bratur, eh... ada sorg akak ni tetibe je bdiri sblh org...
dpn orgada sorg je lg tuk naik bas,  faizah (roomate org) ..lpas dia naik bas, turn org la naik...sbnrnya, kaki org dh pun pijak tangga pintu bas tu.. tggu faizah naik, org pun naik la.


tp faizah x dpt naik cpt2 sbb ada org kat dlm tgh Q tuk byr tambang. guna kad rapid cepat la. tp ada yg byr cash tu yg jd lambat.guna kad, scan je.(rapid skng dh canggih guna kad je, tp tuk certain org, guna kad tu untung.. tp tuk certai org, guna kad tu sbnrnya lbh merugikan. dlm kad rapid org skng ada baki rm 3 lbih (ala rm3 lbh je apa nk kisah kn tul x?-utk kata2 org kaya.. kalau rm3 lbh tu utk sst yg org nmpk org gunakan, org x kisah tp ni burn rm 3 lbh, duet tu baik org guna isi minyak motor. harga minyak melambung skng. x yh kluar brita dh .tg2 esk mse isi minyak, "eh, dh naik lg harga minyak?").. baki dlm kad kat mne nk guna? kat muar mne ada rapid...aish.. membazir..3 bln lpas tarikh topup kad, kad tu expired klu x ditopup.. kalaulah kad rapid tu dpt guna tuk naik LRT, awal2 lg abis dah org gunakan sblm balik ke muar stahun...pe nk wat apa yg tertulis pd kad tu ttg boleh guna tuk LRT hnyalah gambar semata. .. sbnrnya mmg akan dtg boleh digunakan utk LRT.tp itu cerita akan dtg stahun akan dtg?2 thn akan dtg?10 thn akan dtg? @ tunggun pun mmg x dtg2?..entahla.., x yh lah ltak gmbr LRT tu skng kan.. ada lg gmbr lain - KTM, PARKING, FASTFOOD,DINING, 24 HOUR STORE, MOVIE, SHOPPING,PETROL, MEDICAL HEALTHCARE.. semua ni x pyh dletakkan spatutnya dan lg 1 gambar, TOLL tp gmbr ni dipalangkan.maksudnya ket tol je x leh guna kad ni dan yg ni org setuju dia diletakkan....)


KAD RABBIT dgn simbol kat mne kad ni boleh dan x digunakan


k.. balik cerita asal


dlm nak naik tu, akak yg potong Q boleh plak..


"bg org yg x pakai tudung dulu naik la. yg pakai tudung x pe naik lambat"
"nt kena ujan sakit kepala plak ni"

"awak pakai tudung, xpela naik lambat" sambil dia pandang org.


rasa2nye apa tindakan org?org kat sblh dia je..


...
...
...
...


jwpnnya, 


org senyum je kat dia.. 


nmpknya bdn org dgn kaki yg sblh dh ada tekanan tuk naik bas dan tgn sblh dh pegang besi penghalang pd pintu pun melangkahkan kaki lg satu tuk naik bas... maaf ye akak.. sy naik dulu.


dlm hati org, . wah diskriminasi ke apa ni?


dah sekian... 


p/s : moralnya ..  fikirlah..


tp org nk highlight .. tutup lah aurat (nada slow, bukan org marah @ dgn nada tinggi). ada sbb Allah suruh kte tutup aurat kan syg.. 

nota : sila baca artikel dibawah.yg  org petik drp link aurat wanita muslimah menurut syarak

Aurat Wanita dalam Hayaatul ‘Am (Kehidupan Umum/Public Life) 
Yang dimaksudkan dengan hayaatul ‘am adalah keadaan di mana wanita itu berada di luar dari kawasan rumahnya di mana mereka bercampur dengan masyarakat. Pakaian wanita dalam kehidupan umum iaitu di luar rumahnya terdiri dari dua jenis iaitu

(a) libas asfal (baju bawah) yang disebut dengan jilbab, dan
(b) libas ‘ala (baju atas) iaitu khimar (tudung).

Dengan dua pakaian inilah seseorang wanita itu boleh berada dalam kehidupan umum seperti di jalanan, di pasar-pasar, pasar raya, kampus, taman-taman, dewan orang ramai dan seumpamanya. Dalil wajib memakai jilbab bagi wanita adalah berdasarkan firman Allah,

Wahai Nabi! katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin, ‘Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya.” [TMQ Al-Ahzab (33):59].

Oleh sebab Al-Quran adalah berbahasa Arab, dan perkataan “jilbab” itu adalah perkataan Arab, maka kita hendaklah memahami apakah yang dimaksudkan “jilbab” di dalam bahasa Arab. Dengan kata lain, kita hendaklah memahami dan mengikuti apakah yang orang Arab faham bila disebut jilbab. Maka inilah pakaian yang diperintahkan oleh Allah kepada perempuan. Di samping itu, perincian tentang pakaian ini telah pun dijelaskan di dalam banyak hadis sahih yang wajib diikuti oleh setiap orang.

Jadi, apakah makna jilbab itu? Selain dari melihat sendiri kepada nas-nas hadis tentang pakaian yang dipakai Muslimah semasa zaman Rasulullah, kita juga boleh merujuk kepada banyak kamus Arab untuk mengetahui makna “jilbab”. Dalam kitab Al-Mu’jam Al-Wasith karya Dr. Ibrahim Anis [Kaherah: Darul Maarif ms 128], jilbab diertikan sebagai ats-tsaubul musytamil ala al-jasadi kullihi (pakaian yang menutupi seluruh tubuh), atau ma fauqa ats-tsiyab kal milhafah (pakaian luar yang dikenakan di atas pakaian rumah, seperti milhafah (seperti jubah), atau al-mula’ah asy-tamilu biha al-mar’ah (pakaian luar yang digunakan untuk menutupi seluruh tubuh wanita).

Berdasarkan pengertian ini, jelaslah bahawa yang diwajibkan ke atas wanita adalah mengenakan pakaian yang satu (sekeping) yang lurus dari atas hinggalah ke bawah, yakni hingga ke mata kaki. Maksud milhafah/mula’ah (Arab) adalah pakaian yang dikenakan sebagai pakaian luar [di dalamnya masih ada pakaian dalam (pakaian rumah) atau pakaian sehari-hari tetapi bukan hanya coli dan seluar dalam] lalu diulurkan ke bawah hingga menutupi kedua mata kakinya. Untuk pakaian atas, wanita disyariatkan/diwajibkan memakai “khimar” iaitu tudung atau apa sahaja bahan/kain yang serupa dengannya yang berfungsi menutupi seluruh kepala, leher, dan lubang leher baju di dada.

Dalil mengenai wajibnya mengenakan pakaian bahagian atas (khimar/tudung) adalah Firman Allah,

Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka” [TMQ An-Nur (24):31].

Pakaian jenis ini (jilbab dan khimar) wajib dipakai oleh seorang Muslimah (yang telah baligh) apabila hendak keluar menuju ke pasar-pasar atau berjalan melalui jalanan umum. Setelah memakai kedua jenis pakaian ini (jilbab dan khimar) maka barulah dibolehkan baginya keluar dari rumahnya menuju ke kehidupan am tanpa sebarang dosa. Jika tidak, maka dia tidak boleh (haram) keluar dari rumah kerana perintah yang menyangkut kedua jenis pakaian ini datang dalam bentuk yang umum, dan tetap dalam keumumannya dalam semua keadaan. Mana-mana wanita yang telah baligh dan melanggar ketetapan Allah ini, maka berdosalah mereka dan layak mendapat seksa Allah di akhirat nanti.  








Thursday, 23 June 2011

ECHO (gambar)


ni result mse wat ECHO pd follow-up kat ijn 10 jun 2011 yg lpas.
alhamdulillah semua ok
dan msih dlm proses pemulihan lg
next follow-up lg 8 bln
dan jantung org akan discan lg
nt org akan minta gmbr echo bln feb 2012 pd pegawai yg buat

 atas: jantung org di scan drp bhg apex. nmpk 4 chamber
(pd org x bpe nk ok gmbr yg dia amik.yg ptg doctor tau)
gmbr atas: nmpk aorta valve org (tgh2 tu)
dan pulmonari valve (atas bulatan,kiri)



chamber org pun dh ke saiz normaldenyutan pun normal,x de tachycardiac(dnyutan laju drp normal)
 

alhamdulillahx sangka org akan tgk jantung org sendiri.seronok ble dpt tgk organ dlmn sndiri yg Allah dh bg pd org..
sbnrnya, org ske yg ada ifrared.dpt tgk aliran drh dlm jantung..



mse wat echo
subhanallah

kuasa Allah.. 
hebat
hebat 
hebat


saiz segengam penumbuk utk tmpung fisiologi tubuh org ni..
dgn berat 58kg,tinggi 164.


nota: encik ECHO pesan sblm org kluar dr bilik ECHO.. "gmbr ni awk simpan la dlm diari".. skng gmbr ECHO tu org ltak bwh alas meja..x tau ble nk simpan dlm fail

Wednesday, 15 June 2011

kejar kak kis!


“kak kis, jom main badminton kak kis”,adila
“jap dila, 5 minit”, org
 “adik.. jgn ajak kak kis main2 sgt.. dia x sihat tu..”, makcik ha
“hah kenapa?”, adila
“kak kis tu dia x mcm kita”, makcik ha
Adila senyap
“xde la makcik ha org dh ok.dh mcm org biasa”, org

org tgk tv.sambil tu org ambil raket badminton yg adila hulurkan pd org.
org libas2kan raket yg dila hulurkan..
“waaa..ringannya”
Org tgk apa yg ttulis pd raket tu
“eh.. fleet professional.”
Klu org, bli raket badminton kat kdai runcit je.maklum la main pun dpn umah je.
“bila ni kak kis nak main.jom la.”, adila
“ok..jom”org
Dlm hati mls nk main sbnrnya. Trutama main ngn bdk2..dila, 10 thn.. xde lain, asyik servis je la…
tp yg servisnye org.dila pun naik bosan.
“ish kak kis ni.. kak kis.. kak kis bole..bole..bole.. kak kis kejar la bola tu ..kak kis ni!",adila geram
Mse adila ckp mcm tu..
Org terbayangkan usrah
Sedey bila kenangkan org tinggalkan cm tu je..
Ye..org kena kejar..
Kejar
Kejar
Kejar
Tp kat muar ni, org kena cari.. harap org jumpa. fillah..

Friday, 10 June 2011

awak dh mcm org normal biasa


alhamdulillah

td appoiment yg ke 2 lpas operation repair injap mitral (bhsa kat sklh injap bikuspid) kat IJN.

org diserahkan semula pd Dr shahrul akmal... utk operation, dr shahrul serahkan org pd Dr Jeswant Dillon..

alhamdulillah semua ok bdasarkan ECHO. dan masih dalam pemulihan kata dr Shahrul dan Dr jeswant.. Dr Jeswant kebetulan masuk dlm bilik Dr Shahrul tuk bincang ttg sorg patient yg request tuk wat operation tp keadaan patient tu nmpk complikated.. dan diorg pun kata org ok.

td org tnya pd Dr Jeswant dan Dr shahrul ttg rasa sakit yg org rasa kat jantung.. diorg senyum. diorg kata org masih dlm proses recovery dan jantung org sedikit lemah lg sbb operation tu ckit rosakkn saraf.dia kata xpe.. semua ok.. tp ambil masa.

yg penting... Doctor2 tu kata org ok. org dh boleh buat smua bnda mcm org normal lain buat.

nota: org x kata pape.. cuma terfikir je.. sblm operation org normal jugak. x penat. panjat tngga tinggi2 pn bole, pnjat tngga tinggi bole, flying fox, jungle tracking, jogging (walaupun x jauh), bjalan jauh2 (langkawi, perlis, pulau besar, melaka) alhamdulillah semua ok.

tp lpas org mngadu ttg sakit pd jntung org org ada rasa kdg2.. baru org sedar..rupanya smakin mnuju akhir tahun 2010, jantung org smakin lemah sebab terlalu kerap sgt rasa sakit...tp org masih lg boleh senyum.. org berlagak konon x penat.. betul x penat.. tp kerap sakit..alhamdulillah dr jeswant paksa org tuk wat operation.. dan org teringat jugak mse sain borang persetujuan tuk general anesthetic, org ckp kat doctr bius tu org x nk operation, org mintak tangguh. tp hasilnya dia x bg. doctr tu ckp org x apa2 skng tp akan dtg x tahu mcm mana.dan dia kata Dr jeswant tahu apa yg tbaik. dr bius tu kata 1 hari bila jantung org btul2 lemah, masa tu mungkin org x boleh tuk wat operation dan terpaksa masuk ICU dan kena tunggu masa tuk operation yg x tahu bila..(*masa tu org x tahu keadaan ICU mcm mna,org igtkn ok.. rupanya, ICU menyakitkan.)

lg 1, td Dr Shahrul kata diuretic dan slow K boleh dihentikan..jd, 2 2 ubat tu dihentikan...coversyl pulak diteruskan mcm biasa..dan org perlu tambah 1 ubat ..org perlu mkn antibiotik penicillin..org ckp kat Dr shahrul org x nk penicillin sbb org rasa x de guna org terus mkn penicillin sedangkan bakteria streptococcus yg sbbkn injap org rosak akan resistant dgn antibiotik tu.

org tanya dr shahrul, "sampai bila sy kena mkn penicillin."
tp dr shahrul kata org perlu mkn ubat tu sehingga umur org 25 tahun..
"kenapa 25 tahun?"
"sbb risiko utk awk yg pnah ada injap rosak ada risiko tinggi utk kena jangkitan bakteria semula ..sbb bnda ni biasa dtg semula utk org yg umur bawah 25 tahun.jd, awk kena mkn penicillin smpai umur 25 tahun ok.supaya bakteria tu x dtg semula."
(doctr igt org x tahu ttg bakteria tu (streptococcu sp..).. org amik makmal perubatan, dia x tahu.. sme je, mse dr jeswant msuk bilik dr shahrul dia ckp pasal patient yg ada anemia, cervix cancer CIS, kindney failure tp org dgr je..sambil diorg bincang, org tgk fail patient managemen org.. emmm .. dh tebal dh fail org.. org cari ECG sblm operation tp x sempat, dr shahrul dh dtg)

so, dia bg prescription ubt coversyl ngn penicillin tuk 8 bln akan dtg... nmpknya org kna mkn ubat2 tu.. tp org ni... x pnh consistent dgn ubat kecuali warfarin je.

pape pun...org sihat.. alhamdulillah.InsyaAllah

Wednesday, 8 June 2011

kolej form6


KBKK- Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif
Skng tgh cuti sem. X lama.. sebulan je. Bukan 4 bln mcm IPTA walaupun kolej org kolej kerajaan.
Hakikatnya, org x suka cuti lama2.. sminggu cukupla. Kat wall fb kwn2 msing2 mngadu otak tepu (maaf kasar bahasa), kebosanan, dan lain2 .. yg x biasa on9 fb dah jd slalu on dan terhasillah mat2 dan minah2 fb yg baru (tmasuk org, tp org dh lama..) eh.xnk la guna mat ngn minah.. tukar jd, akhi dan ukhti fb..
Jd, kdg2 cuti ni otak org bjalan utk KBKK.. kdg2 sme cuti..kdng2, otak org akan terfikir kn sesuatu. Dan kdg2 org diam, x share dgn sesiapa (harap bukan lngkah yg silap) dan kdg2 org akn luahkn dan share dgn org lain..yg org simpan tu sbb org  nk simpan tuk wat research @ thesis tuk master nanti (perasan..tp insyaAllah.)
Tp biasanya, waktu ada kuliah, org jarang nk fikirkn sst yg luar drp silibus.sbb yg dlm silibus tu bnyk yg nk kena catch-up. Klu fikir yg lain, yg lbh penting org terabaikn plak.tp hakikat sbnrnya, sst ilham tu dtg drp Allah.
Sblm cuti, faizah ckp kat org sklh teknik dan vokasional kerajaan akan dijadikn kolej x lama lg. mknanya, muda2 lg diorg dh bgelar pelajar kolej. Entah la.. pape pun tuntut la ilmu..tp, mmg org perasan, duk kat kolej skng ni. Mmg jarang org update berita. Tgk kat intrnet pn x dpt berita sepenuhnya.sbb org x mncari.itu je sbbnya.
Tp, tiba2 bila faizah ckp mcm tu.. org terfikirkn  ttg form6… knapa kn.. trasa mcm form 6 ni diabaikn.. knapa kurang difikirkan ttg form6? Sedangkan silibus form6  lbh rumit drp matrix dan diploma.dan diakui yg form 6 ni sama level dgn A-level (level education yg agak tersusah kat dunia (dunia je.. tp dunia ni jambatan ke akhirat..biarlah kita berjaya dunia dan akhirat.. bukan dunia je.. dan bukan akhirat je))
Nk jdkn sklh teknik dan vokasional sbg kolej.. org dh terperasan sesuatu.. bnyk pembaziran dh blaku dgn sklh teknik dan vokasional ni. Sblm ni. Tahun 2009, sekolah teknik dan vokaysional diasingkan. Sekolah teknik adalah utk aliran teknikal (snang cerita aliran sains dan ada teknikal). Dan vokasional utk aliran vokasional(bljr subjek teras SPM tp ada blajr ttg kemahiran dan teknikal). Sblm thn 2009 sklh teknik digabungkan dgn vokasional, maksudnya nama sklh teknik tp dlm sklh tu ada aliran teknik dan vokasional..tp tahun sblm tu dlm tahun 1995, skolah teknik dan vokasional diasingkan juga…perubahan dilakukan (pusing2 bnda yg sama).. dan pembaziran sbnrnya.. bygkan.. sklh teknik, diturunkan mjd sklh vokasional.cikgu dipindahkan.. belanjawan sekolah ada yg dh membazir…blok2 makmal tuk subjek sains tulen dh x digunakan..mgkn ada yg kata.. xpe la.sklh teknik dan vokasional ni bwh kementerian pelajaran teknik vokasional..dn lepas ni sklh teknik vokasional nk dijdkan kolej. Kena bina blok baru. So, fikirlah sendiri. Gunakan KBKK masing2.
Dan kat sini org nk jelaskan ttg form 6 bandingkan form 6 dan juga sklh teknik vokasional.ye.. ada yg kata, sklh teknik dan vokasional bukan mcm skolah harian biasa. Dia bwh kementerian pelajaran teknik vokasional.tp.. ttp bawah kerajaan.kenapa xde siapa yg nk mempertahan @ membantu student form 6?
Dlm fikiran org skng.. nk jd kan sklh teknik vokasional sbg kolej..jd, kenapa x dijdkan form6 sbg kolej? Nama dh pra-Universiti.tp still keadaan sekolah harian biasa. Kenapa x buat 1 sekolah khas utk form6 je?org tahu.. ada yg ckp, “bdk form 6 ni bukan lama pun msuk form 6.lpas sbln dua.. cabut msuk IPTA, SPA, IPTS.last2 tinggal bape ketul je dlm kelas.”.. okeh.. itu korng tgk utk satu sekolah.. knapa x tgk bg semua sekolah yg ada form 6. Ini lah maksud org. bina 1 sekolah khas utk form6. Dan student drp smua skolah yg ada form6, msukkn kat situ. Dan buatkan asrama utk diorg.msing2 lpas umur 17 thn, lpas SPM akan buat haluan sendiri bukan duduk rumah, duduk rumah bukan pilihn biarkan mrka duk ostel, bgaul dgn studnt2 form 6 tu sendiri.. dan kalau ada yg keluar drp sklh form6 tu utk lain2 panggilan sma ada IPTA, IPTS, SPA8.. biarkan. Sbb yg lain masih ada. Dan cikgu pun x kn ilang semangat utk mengajar.student pun x kn putus asa bila masih ramai lg kwn2 lain yg msih teruskan perjuangan tuk blajar di form6. Jd, semangat student form 6 tu xkn ilang.
Ttg cikgu2, utk sapa yg x tahu, org bg tahu.. cikgu2 form 6 bukan gred cikgu biasa DG41. Gred diorg tinggi drp cikgu biasa.dan ckgu2 yg berpengalaman. Biasanya, diorg x kn mengajar utk SPM dan diorg x disamakan dgn ckgu2 biasa..(hubungan kwn sekerja sama tp sbnrnya thp diorg lg tinggi) Sbb diorg berharga. Tp ada juga ckgu yg mengajar utk SPM sbb alasannya klau x ckgu tu x de kerja..jd, msukkn ckgu2 tu ke sklh form6, senang.. diorg dlm kalangan diorg juga, dlm gred yg sama..
Harapan org 1 hari nt ada skolah form 6.. 1 daerah 1 sekolah form 6… KOLEJ FORM 6~~

nota: membazir buat sekolah lg.. eh! mcm mna pulak sekolah yg kurang pelajar tu kn?

Monday, 6 June 2011

kak balkis! bile nak kawen?!




soalan yg biasa ditanya pd org
normal setakat ni x terasa pape lg..
fitrah manusia tuk cari psgn hidup... zauj n zaujah
tp mgkn masanya x sampai lg
insyaAllah

ni kata2 dr adk2 kat kolej org
"kak balkis! bila lg nk kawen ni"
"kak balkis, tgk... kwn2 kak balkis dh kawen dah ni..kak balkis bila lg? jeles x dgn diorg?".. kata2 diorg bila dpt tahu beberapa org kwn org yg sebaya, satu skolah, tp diorg dh nikah.(dlm berbelas org kwn sklh org yg dh kawen dan beberapa yg msih btunang.)
"kak balkis, nape lmbt sgt"
"kak balkis, kteorg nk nasik minyak..cepat2 tau"
"kak balkis, rasa2nya sem 6 nt.. kak balkis dh kawen x kn?"
"kak balkis, nt jemput kiteorg tau... x kira mcm mna, jauh drp terengganu pun org nk g umh kak balkis."
"kak balkis, naik sem 6 t kak balkis dh 24 tahun..jgn lmbt2"
"hah..naik sem 6 nt msti kak balkis dh tunang kaaaannnn?"
dan jwpn org bg soalan2 tu..

"emmmm. ..insyaAllah."
"korng nk suh org kawen, mne nk cari calon? nt org duk kat bank negara.. ne tau dpt org kaya.leh sponsor korng dtg majlis org kn.kn.... jom spe nk ikut org g bank negara?" (nada gurau.. xdek maknenya org nk g bank negara tu.. baik org g tmpt2 yg boleh mndatangkan faedah.duk bilik pun lbh baik drp g sne niat bukan2)
"emmm..24 kn umo org mse sem6".(buat2 lupa)
"cukup bajet org jemput la."(bila wat anggaran kira2, huh.. bajet lari pulak maklum la kalau wat majlis mse study ni, elaun sbln baru 600. tkluar kira2nya.. suh diorg byr r tuk dtg majlis org.. aci x??)
"nak kad ke nk sms?xpun org invite kat fb je la bole?"
"doa2kn la ye utk org..ne tau doa korng lbh cpt dimakbulkn."

tp yg paling best...

"balkis, mu dh nk kawen ke? mu nk aku tlg cari kn x? untung mu kalau aku carikn..insyaAllah. ada ramai kat luar sana yg baik2."
org senyum je.. sbb bnyk yg nk kena fikir.bukan fikir utk diri sendiri.tp kna fikir bg pihak lelaki...lg1, cakap agak mudah tp utk tunaikan sbnrnya susah.
tentang 'baik', dia baik.. tp 'baik' kah org utk llki tersebut?? xpela.. Allah tahu dan Dia dh tetapkan jdh utk org.

kesimpulannya.. InsyaAllah org akn kawen..tp,nt2 la ye org jemput.. cbe kte tgk drp post ni smpi 1 masa nt org jemput ke majlis org, bpe lama tempoh tu.

nota: org x suka KAPEL2..DATING2... cinta tu x salah, syg tu pun x salah..cinta lah..syg lah...sbb tu fitrah....tp drp fitrah tu, jaga diri kita jgn smpi jd fitnah ada KAPEL2.. DATING2.. duk tempat yg PRIVACY2 (malu kononnya ..tkut org nampak duk llki n pmpn) ..dan plg teruk kononnye.. blandaskan ISLAM kononnya bawa teman (teman mcm mna tu, cukup syarat kah???), lebih malang lg ada pulak terselit bergurau senda, msih jln.. duduk.. dekat2..  

(maaf emotional.tp mmg org tgh marah.. marah bila ada yg btanya pd org.. "kak balkis, kenapa diorg mcm tu?".. "kak balkis..x suka la." apa org nk ckp? maaf org x kn back-up korng ustz, ustzh yg mcm tu... xkn nk backup bnda yg salah... cmne nk mendidik??.. ketam ajar anak bjalan lurus..)

nikmat plg indah dlm diri seseorg tu islam dan iman.. tp knapa nk letakkan islam dan iman tu jauh2 ble ada rasa sayang dan cinta pd yg blainan jantina??

nauzubillahi min zalik.

video

Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah..kerana si soleh dan si solehah adalah insan biasa. Perkahwinan adalah sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI